Selepas tular kes bayi tiga bulan mengalami masalah patah tulang paha semasa dalam jagaan pengasuh.

Ramai netizen membuat andaian masing-masing apatah lagi bila si bapa berkongsi luahan hatinya di facebook berkemunginan anaknya mengalami kecederaan yang disengajakan.

Ekoran itu, Dr Mahyuddin Mohamed, Pakar Bedah Ortopedik berkongsi maklumat dari sudut perubatan yang kemungkinan juga kecederaan tersebut berlaku disebabkan kekurangan Kalsium atau Vitamin D akibat kekurangan zat susu badan ibu bayi ini.

Kisah seorang bayi berusia 3 bulan yang mengalami kepatahan tulang peha semasa dalam jagaan pengasuh. Bapa bayi berkenaan telah membuat laporan polis dan mendakwa kepatahan tersebut adalah disengajakan dan bukan disebabkan kemalangan.

Dalam ilmu perubatan keadaan ini disebut sebagai Non Accidental Injury (NAI) atau kecederaan yang bukan kemalangan ataupun kecederaan yang disengajakan.

Post Facebook bapa ini menjadi panas apabila seorang Pakar Kanak-kanak (Paediatrician) mengatakan walaupun ada kemungkinan kepatahan ini disebabkan oleh NAI tetapi terdapat juga kemungkinan bayi ini mengalami kekurangan Kalsium atau Vitamin D akibat kekurangan zat susu badan ibu bayi ini.

Post saya ini bertujuan bagi membincangkan secara ilmiah kebarangkalian kedua-dua kondisi ini.

Berdasarkan ilmu BIOMEKANIK yang Pakar Ortopedik pelajari, kepatahan tulang peha berbentuk spiral (atau oblique) dalam xray (patah melengkung) ini HAMPIR PASTI disebabkan oleh twisting injury (kecederaan berpulas) dan kerap berlaku disebabkan NAI ini (lihat imej).

Secara fizikal, kanak-kanak yang mengalami NAI atau didera mempunyai tanda-tanda berikut:

Ekoran Kes Tular Bayi Patah Tulang Paha, Pakar Bedah Tulang Kata Ada Kemungkinan Bayi Kurang Kalsium Atau Vitamin D Dari Susu Ibu!

1. Lebam. Ini adalah tanda yang paling kerap berlaku. Anda perlu menjangka Dera jika lebam berlaku dibanyak tempat terutamanya di tempat yang sukar berlaku seperti di punggung, kemaluan, belakang tangan, badan dan telinga.

2. Kesan terbakar (Burn). Ini berlaku dalam 15-25 peratus kes dera. Kanak-kanak memang suka memegang objek. Dalam kes biasa, kecederaan burn berlaku pada tapak tangan. Jika ia berlaku di lokasi lain dan juga mempunyai bentuk objek seperti punting rokok, besi, dan mentol atau lighter kereta.

Ekoran Kes Tular Bayi Patah Tulang Paha, Pakar Bedah Tulang Kata Ada Kemungkinan Bayi Kurang Kalsium Atau Vitamin D Dari Susu Ibu!

IKLAN

3. Kepatahan. Kepatahan adalah kecederaan kedua paling kerap berlaku selepas kecederaan tisu (lebam). 85 peratus kes berlaku pada bayi dibawah usia 3 tahun dan 69 peratus dibawah usia setahun. Dera patut dijangka jika kepatahan berlaku pada bayi yang belum berjalan.

Antara karakteristik xray yang MUNGKIN disebabkan oleh NAI atau kes dera termasuk:

1. Spiral fracture pada tulang panjang (long bones) termasuk tulang peha (femur), betis (tibia) dan lengan (humerus). Tulang humerus dan femur adalah yang paling kerap patah.

2. Kepatahan pada kedua belah tulang

Ekoran Kes Tular Bayi Patah Tulang Paha, Pakar Bedah Tulang Kata Ada Kemungkinan Bayi Kurang Kalsium Atau Vitamin D Dari Susu Ibu!

3. Kepatahan hujung tulang iaitu pada kawasan metaphysis (metaphyseal corner fracture) yang disebut juga sebagai bucket-handle fracture

4. Kepatahan tulang rusuk

IKLAN

5. Kepatahan tulang scapula (tulang sayap), sternum (tulang depan dada) dan spinous process (hujung tulang belakang)

6. Tulang tengkorak bahagian parietal

7. Kepatahan pada beberapa tulang dengan pelbagai tahap proses penyembuhan sedang berlaku

Jika anak anda mempunya tanda-tanda ini, anda patut bertanyakan dengan lebih lanjut kepada pihak yang menjaga anak anda dan jika ada sebarang keadaan yang mencurigakan, laporkan kepada pihak berkuasa.

Pihak polis masih menyiasat kes ini di bawah akta kanak-kanak. Biarlah pihak polis menyiasat. Di sini saya ingin berkongsi ilmu mengenai kebarangkalian bayi ini mengalami kekurangan Vitamin D akibat kekurangan susu badan.

Mungkinkah bayi ini mengalami kekurangan Vitamin D?

IKLAN

Kekurangan Vitamin D yang teruk boleh menyebabkan kondisi yang dikenali sebagai Rickets. Ia boleh menyebabkan tulang menjadi lembut dan membengkok bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Bagi kanak-kanak remaja pula tulang boleh menjadi rapuh dan senang patah.

Kanak-kanak yang mengalami Rickets mempunyai pertumbuhan yang terbantut, otot yang lemah dan cara berjalan yang kurang stabil (waddling gait). Ia juga menyebabkan kesakitan pada tulang belakang, pinggul, rusuk dan kaki.

Kekurangan Vitamin D berlaku sekiranya pemakanan anda kurang mengandungi Vitamin D anda anda tidak terdedah kepada cahaya matahari. Ini adalah kerana Vitamin D dihasilkan pada kulit anda apabila ia terdedah kepada cahaya matahari.
Untuk membuat diagnosis ini, dan memastikan masalah lain yang mungkin menyebabkan kepatahan ini berlaku, kita perlu membuat pemeriksaan fizikal, ujian darah dan juga xray.

Ia menyebabkan pelembutan tempat pertumbuhan tulang
(growth plates) yang menyebabkan keadaan berikut dalam xray:

1) Tulang membengkok (Bowing of bone)
2) Flaring of epiphysis
3) Garisan seolah tulang retak yang dikenali sebagai Looser’s transformation zone

Keadaan ini tidak wujud dalam xray bayi ini.
Sememangnya menurut kajian, susu ibu hanya mempunyai kandungan Vitamin D yang sedikit namun jika anda lihat keadaan fizikal bayi ini, ia adalah bayi yang sihat dan gebu, menunjukkan ia cukup nutrisi. Tambahan pula, tiada tanda menunjukkan kebengkokkan sendi lutut beliau (bowing of knee) atau tulang dada yang menonjol seperti yang akan berlaku pada bayi Rickets.

Secara peribadi, saya berpendapat bayi ini mengalami NAI melainkan dibuktikan sebaliknya. Biarlah pihak polis dan SCAN (Suspected Child Abuse and Neglect) Team hospital akan menyiasat perkara sebenar yang berlaku.

Kita sama-sama doakan kesembuhan buat bayi ini. Syafakillah, Aamin.

Sumber: Mahyuddin Mohamed

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI