Minggu ini tidak tahu hendak pergi ke mana. Apa kata pergi ke Expo Negaraku 2017, di Dataran Merdeka. Selain masuk percuma, pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak boleh didapati di sini. Ekspo yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dibuka secara percuma setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam selama sebulan sehingga 15 Disember ini. Ada masa lagi, segera ke sana!

Terdapat lima kubah yang mesti anda dan keluarga lawati dan setiap kubah menyediakan pelbagai aktiviti yang berbeza. Ikuti perkongsian bapa ini, Reza Hamid mengenai tempat-tempat menarik di expo ini yang menerangkan aktiviti berdasarkan setiap kubah yang dilawatinya. Katanya, alang-alang kerajaan berhabis ribuan ringgit duit negara buat pameran tu, rugilah jika kita tak datang.

Kubah 1: Tuah Dikongsi Bersama

Expo Negaraku 2017 Memang Best! Masuk Percuma Antara Sebab Wajib Bawa Anak Ke Sini!

Kubah ini kena baris panjang sikit sebab nak masuk tengok video 5 minit tentang kisah Alia.

Kubah 2: Kemudahan Infrastruktur

Expo Negaraku 2017 Memang Best! Masuk Percuma Antara Sebab Wajib Bawa Anak Ke Sini!

Mula-mula masuk nampak terowong bawah tanah. Depan sikit boleh beratur naik tren LRT iaitu reka bentuk sama dalam tren cuma tak gerak.

Bahagian lain pula, anak-anak suka sebab ada simulator bawak bas RapidKL. Boleh anak-anak cuba pegang stereng bawa bas.

IKLAN

Bahagian belakangnya ada menara kawalan kat airport yang mana anak-anak bolehlah cuba jadi pilot untuk landing ke takeoff sambil tengok skrin besar kat depan.

Di kubah ini juga ada ada skrin gergasi bunga-bunga berguguran sambil ceritakan tentang penjimatan air. Sini ramailah orang amik gambar sebab pemandangan cantik.

Expo Negaraku 2017 Memang Best! Masuk Percuma Antara Sebab Wajib Bawa Anak Ke Sini!

Bahagian akhir ini memang anak-anak suka sebab ada ruang melukis guna warna kayu. Menariknya lepas lukis, boleh scan di mesin dan lukisan akan didigitalkan sebelum dipancarkan kat skrin gergasi. Pasti anak-anak melompat kegembiraan apabila lihat lukisan mereka di skrin.

Kubah 3: Kehidupan dan Kesejahteraan

IKLAN

Expo Negaraku 2017 Memang Best! Masuk Percuma Antara Sebab Wajib Bawa Anak Ke Sini!

Masuk je akan tengok ada 20 buah telefon dari zaman 60-an sampailah 90-an. Telefon ni akan bunyi dan bila angkat adalah rakaman suara beri penerangan ringkas pada kita. Khabarnya, PM Datuk Seri Najib Razak pun akan call kat fon tu dan tengoklah nanti siapa pengunjung yang dapat bercakap dengan beliau bila angkat panggilan.

Ruang lain pula ada pameran rumah PR1MA, perumahan, sekolah, hospital, TVET, wonder women, interaktif wall, video perikanan, pertanian dan sektor utama industri negara.

Kubah 4: Gaya Hidup Malaysia

Expo Negaraku 2017 Memang Best! Masuk Percuma Antara Sebab Wajib Bawa Anak Ke Sini!

IKLAN

Rasanya kubah ni paling ramai suka sebab masuk-masuk dah rasa suasana dalam hutan sebab akan akan nampak air terjun multimedia tinggi kedalamaan 10 meter. Bahagian depan tu boleh berjalan atas boadwalk kayu kiri kanan sambil kiri kanan pokok-pokok besar seperti meranti tembaga, keruing dan  mempisang.

Selain itu,  masuk bilik besar yang dalam design multimedia seakan dalam kereta kabel,  lif dari bangunan 118 tingkat Menara PNB118. Bolehlah rasa ‘dibawa’ naik kereta kabel Langkawi, lebuh raya PLUS  dan seluruh Kuala Lumpur. Menarik dalam kubah ini.

Kubah 5: Masa Depan Gemilang

Expo Negaraku 2017 Memang Best! Masuk Percuma Antara Sebab Wajib Bawa Anak Ke Sini!

Dalam kubah ini ada tilam polestrin empuk untuk baring dan sofa single untuk tengok tayangan multimedia mengisahkan pembangunan negara akan datang. Ada sambungan kisah Alia kat sini bersama Perdana Menteri. Nak tau kena datang sini!

Jika ikut pandangan saya, kubah 2,3 dan 4 yang kena luang banyak masa sebab banyak pameran interaktif untuk kanak-kanak dan dewasa. Lagi satu surau juga disediakan di kawasan berhampiran kubah. Kereta boleh parking kat basemen dataran. Tempat fully aircond  jadi memang sejuk terutama kubah 1 dan 5.

MASUK PERCUMA setiap hari sampai 15 Disember bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI