Baju raya dah siap. Kuih raya pun dah beli. Malah ada yang dah siap pek barang nak balik kampung.

Namun ada perkara yang ramai terlupa terutamanya persediaan kit kesihatan. Biasalah musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, sebaiknya ibu bapa kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.

Perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini boleh dijadikan rujukan oleh semua ibu bapa untuk menyediakan First Aid Kit Hari Raya. Perlu juga dingatkan bukan semata-mata raya sahaja perlu ada semua ini tapi hari biasa pun wajar disimpan di rumah ya.

Antara yang perlu ada untuk setiap keluarga adalah:

Tisu basah / Baby wipes : antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.

Paracetamol / ubat demam. Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).

Nasal Aspirator : ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda

 

Saline spray: ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.

Termometer: beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.

Ubat batuk. Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yang menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.

 

Oral aid: semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, kena atau apa-apa jenama di farmasi.

Calamine Lotion: Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.

Crepe bandage: ni bukan crepe yang isi durian tu. Ni pembalut kalau ada apa-apa kecederaan. Berguna benda ni.

 

 

 

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pengamal Perubatan

Tinggalkan Komen