Adalah suatu perkara biasa bila mana ada wanita hamil berasa takut atau fobia untuk bersalin. Lebih-lebih lagi jika pernah mendengar pengalaman bersalin daripada keluarga, kawan atau melihatnya di media massa dan media sosial.

Tahukah anda perasaan takut itu akan memberi kesan tidak elok kepada proses kelahiran yang bakal berlangsung? Perasaan takut menjadi mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dahsyat dan  memberi kesan buruk kepada emosi ibu dan bayi dalam kandungan

IKLAN

1. Hormon stres terhasil
Apabila perasaan takut tidak dapat dinyahkan daripada fikiran anda,  sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stres catecholamine.

IKLAN

2. Darah dan oksigen sukar melalui plasenta
Apabila hormon catecholamine dirembeskan, saluran darah di sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu menyukarkan pengaliran darah dan oksigen ke plasenta untuk kegunaan bayi.

IKLAN

3. Rahim tidak berkontraksi
Kesan buruk akibat proses ini akan menyebabkan rahim tidak dapat bekerja dalam keadaan normal. Otot di kawasan rahim tidak boleh meregang lalu mengakibatkan bukaan rahim terganggu. Kesannya, anda mungkin perlu melahirkan secara pembedahan caesarean

  • 4. Kekurangan oksigen
    Kekurangan bekalan oksigen ke kawasan rahim bermaksud kekurangan bekalan oksigen pada bayi. Lalu boleh menjadi punca risiko bayi lemas sebelum dilahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI