Bayi mula mencapai objek dan menggapaikan tangan. Ketahui 5 sebab aktiviti penting untuk perkembangannya.

Bayi lahir tanpa boleh mengawal ototnya. Pada usia 6 minggu, ada bayi sudah mula menggapaikan tangan dan mencapai objek.Dia akan menggunakan apa juga cara untuk mendapatkan objek yang dikehendaki sama ada permainan, bantal, selimut atau apa sahaja yang menarik perhatiannya yang terletak berhampiran!

Galakkan Bayi Mencapai Objek, Ada Sebab Kenapa Aktiviti Ini Penting Untuk Perkembangannya!

Pada permulaannya, mereka akan menggunakan keseluruhan tapak tangan pada permulaannya dan masih belum menggunakan ibu tangan untuk mengambil objek. Latihan yang berterusan dan pada usia empat bulan, mereka akan mula pandai memegang objek sendiri seperti botol susu dan sebagainya.

5 SEBAB AKTIVITI MENCAPAI OBJEK INI PENTING UNTUK BAYI

IKLAN

Pergerakan ini penting untuk menggalakkan beberapa kemahiran kepada bayi. Antaranya ialah;

  • Memperbaiki skil mata-tangan.
  • Menggalakkan bayi membuka tangan agar tidak menggenggam.
  • Menggalakkan bayi menggunakan jari-jarinya.
  • Mempelajari tentang tekstur dan objek di sekeliling.
  • Menggalakkan perkembangan penglihatan atau visualnya.

Galakkan Bayi Mencapai Objek, Ada Sebab Kenapa Aktiviti Ini Penting Untuk Perkembangannya!

5 LATIHAN MENCAPAI OBJEK BOLEH BUAT UNTUK BAYI

IKLAN

Mama dan papa boleh melakukan aktiviti rangsangan ini dengan beberapa cara. Berikut ialah beberapa tip untuk melatih bayi melakukannya;

  1. Biarkan bayi mencapai objek dengan tangan sendiri tanpa bantuan. Anda boleh memberikan objek tersebut pada tangannya pada permulaan, tetapi selepas beberapa kali cuba berikan cabaran tersebut kepadanya. Biar dia cuba capai dan ambilnya sendiri!

Galakkan Bayi Mencapai Objek, Ada Sebab Kenapa Aktiviti Ini Penting Untuk Perkembangannya!

IKLAN
  1. Biarkan ia menyeronokkan. Gunakan baby gym dan gantungkan mainan supaya bayi boleh mencapainya dalam posisi berbaring.

Galakkan Bayi Mencapai Objek, Ada Sebab Kenapa Aktiviti Ini Penting Untuk Perkembangannya!

  1. Mainan yang berbunyi seperti rattle dan kerincing boleh menarik perhatian mereka dan menggalakkan mereka mencapai. Anda boleh pegang dan biarkan bayi menggapainya atau cuba mencapainya!

Galakkan Bayi Mencapai Objek, Ada Sebab Kenapa Aktiviti Ini Penting Untuk Perkembangannya!

  1. Jika dalam posisi meniarap, anda boleh letakkan objek berdekatan supaya bayi mudah mencapainya. Objek yang boleh digunakan ialah seperti bola, mainan lembut dan sebagainya.

Galakkan Bayi Mencapai Objek, Ada Sebab Kenapa Aktiviti Ini Penting Untuk Perkembangannya!

  1. Mama dan papa berikan semangat kepada bayi dengan mengatakan kata-kata yang disukainya.

Walau bagaimana pun, mama dan papa perlu menghentikan aktiviti ini sekiranya mendapati bayi kelihatan penat, putus asa dan kecewa apabila gagal mencapai objek. Buat aktiviti lain untuk mengalih perhatian si kecil kepada kekecewaannya tadi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI