Aksi spontan dan selamba pasangan suami isteri, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bersama anaknya, Syeriv merakam gambar raya tahun ini telah menarik perhatian peminatnya kerana dianggap lain dari yang lain atau dalam bahasa mudahnya ‘rare’.

Mana taknya, pasangan ini pandai betul buat aksi-aksi yang tak pernah terfikir pun oleh kebanyakan suami isteri lain kerana biasanya gambar hari raya mestilah yang nampak elok dan boleh dijadikan kenangan.

Walaupun nampak lain dari yang lain, peminat memuji  gaya yang dilakukan oleh anak-beranak itu. Sehinggakan ada netizen yang memberi anugerah ‘gambar terbaik raya tahun ini’. Sampai macam tu sekali penangan gambar keluarga Shaheizy Sam.

Gambar Raya Keluarga Paling Rare. Aksi Shaheizy Dan Syatilla Yang Sempoi Buat Peminat Pecah Perut

Bagi yang selalu follow Instagram pasangan suami isteri ini dah tahu perangai sempoi mereka berdua. Kadang-kadang tu benda yang orang lain tak terfikir nak buat pun, mereka boleh lakukan.

IKLAN

Mat Yip Pun Dah Pandai Beraksi

Bukan mereka berdua saja yang menjadi tumpuan, tapi anak mereka Mat Yip pun dah mula menunjukkan ciri-ciri seperti ibu bapanya.

Gambar Raya Keluarga Paling Rare. Aksi Shaheizy Dan Syatilla Yang Sempoi Buat Peminat Pecah Perut

IKLAN

Kebanyakan gambar raya keluarga yang dimuat naik oleh Syatilla semuanya tak menjadi gara-gara Mat Yip buat pelbagai aksi. Tutup matalah, nganga mulutlah.

Aksi Mat Yip ini bukan dibuat-buat tapi ia berlaku secara spontan. Macam berlakon pulak kan? Tak mustahil la bila Mat Yip besar nanti akan ikut perangai ibu bapanya yang sempoi.

Gambar Raya Keluarga Paling Rare. Aksi Shaheizy Dan Syatilla Yang Sempoi Buat Peminat Pecah Perut

IKLAN

Sebab tulah Mat Yip selalu jadi perhatian netizen di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Sumber: Instagram Shaheizy Sam, Syatilla Melvin

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI