Seronoknya mama papa bila anak mula tumbuh gigi. Bila senyum comel je nampak gigi di depan. Tapi bila anak sudah makin berusia dan semua giginya tumbuh, ada yang susunan menjadi jarang dan tidak cantik.
Menurut Dr Iqbal Rosali dalam satu perkongsiannya di Facebook, perkara ini bukanlah sesuatu yang serius untuk si kecil yang masih mempunyai gigi susu. Pada usia sebegini apa yang paling penting adalah penjagaan dan kesihatan gigi si kecil.
Jelasnya lagi ibu bapa seharusnya mendapatkan pemeriksaan gigi berkala buat anak-anak dari awal tumbuh gigi dan membiasakan anak-anak dengan doktor gigi untuk kesihatan gigi yang baik sehingga mereka dewasa.
Ini perkongsian daripada beliau:
“Kenapa gigi anak saya umur 5 tahun makin jarang-jarang? Boleh ke pakai braces masa ni untuk rapatkan balik?”
Gigi susu jarang-jarang begitu kerana saiz gigi susu ini kecil sahaja. Tidak berubah saiznya. Sedangkan tulang rahang mulut anak itu membesar. Makin besar anak memang akan nampak jarang pada gigi susu.
Gigi susu ada 20 batang.
Gigi kekal paling kurang akan ada 28 batang.
Saiz gigi kekal juga lebih besar. Ruang antara gigi susu, dan rahang yang membesar adalah untuk persediaan untuk gigi kekal tumbuh.
Ads
Pakar Orthodontik mencadangkan untuk mendapatkan konsultasi tentang susunan gigi bila anak umur 7 tahun. Masa ini gigi geraham kekal dan gigi kacip (kapak) kekal sudah mula tumbuh.
Jadi kalau umur 4 tahun tak ada nak bimbang pasal susunan gigi kekal ni.
Lebih kurang umur 7-9 tahun, gigi anak kecil kita ni makin tak cantik susunannya. Ada gigi nak tumbuh, ada gigi nak tanggal. Lagi-lagi bila gigi kacip tumbuh. Nampak besar semacam. Orang putih panggil ‘ugly duckling stage’.
Sebab tu penting mak bapa tahu bila gigi susu tanggal, bila gigi kekal keluar.
Kalau ada mak ayah yang bimbang tentang susunan gigi anak, itu bagus. Mak ayah prihatin. Tapi pada umur 4 tahun macam tu, adalah lebih baik pentingkan dulu penjagaan kebersihan gigi. Jangan bagi rosak. Ajar anak gosok gigi dengan betul. Itu sepatutnya. Susunan gigi ni nanti-nantilah duk bimbangnya.
Apa yang penting, dapatkan pemeriksaan gigi berkala untuk si anak sejak tumbuh dua batang gigi susu. Biasakan anak dengan klinik gigi, dengan doktor gigi. Walaupun gigi tak rosak, tak ada mengadu sakit, bawa sahaja. Kita periksa. Kalau semua okay, anak happy, mak bapa pun happy.
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Jom join Virtual Merangkak Race kami. Mudah je kali ni hanya hantar video anak merangkak secara virtual. Dengan Tema SUPERHERO video paling kreatif dan menarik akan berpeluang dipilih sebagai pemenang dan memenangi hadiah berupa wang tunai yang akan dikreditkan dalam akaun SSPN anak.
Jangan lepaskan peluang dan cepat-cepat hubungi nombor telefon yang tertera! Siapa tahu rezeki anak yang baru boleh merangkak tu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa susu saya sikit? Bila tengok orang lain dapat hasil yang banyak rasa kecewa. Dah cuba macam-macam cara tapi rasa cukup-cukup je untuk anak.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom pernah kongsikan pengalamannya sendiri yang pam hari ini untuk bekalan esok, tapi tetap mencukupi untuk anaknya.
Berikut perkongsiannya
Kenapa susu saya sikit? Saya perah cuma dapat 7-8oz je untuk satu sesi, tapi orang lain boleh dapat sampai 10-12oz,” luahan seorang mommies yang sangat kecewa dengan perahannnya.
Jawapan saya kepada mommies yang kecewa tu :
Banyak tu sis 7-8oz untuk 1 sesi. Sebenarnya kalau sis nak tahu, saya sendiri nak dapat 5oz pun susah. Selalu 2-3oz je. Tapi ajaibnya, susu saya sentiasa mencukupi. Kadang-kadang oversupply lagi.”
KENAPA HAL INI BERLAKU?
Kerana penghasilan susu kita tu Allah dah jadikan mencukupi untuk keperluan anak kita.
Pernah saya perah hari ni untuk bekalan esok, stok memang kering kontang. Tapi alhamdulillah tetap mencukupi.
Keywordnya: Keperluan setiap bayi berbeza, maka penghasilan susu juga akan berbeza. Mungkin yang dapat sampai 10-12oz tu anaknya minum sampai 6-8 botol sehari berbanding sis yang anak minum hanya 4 botol sahaja. Jadi supply dia adalah lebih tinggi seiring dgn demand anaknya yang tinggi.
Bila sis dah tahu tentang fakta ni, biasanya kita takkan terjejas dengan hasil yang org lain dapat. Jadi, jangan membandingkan hasil kita dengan orang lain kerana keperluan bayi kita adalah berbeza.
Ada mommies yang mengadu susu cuma 2oz setiap kali perah. Bila saya selidik, rupanya jadual pam tak jaga.
Bila breast dibiarkan penuh melebihi 3 jam, FIL hormone (Feedback Inhibitor Lactation) akan bertambah di breast. Senang cerita macam ni, bila FIL bertambah, otak akan trace yang demand semakin berkurang.
Jadi, otak ‘tak nak’ hantar hormon prolaktin dan oksitosin (hormon susu) ke breast. Makanya, production akan berkurang dan itulah puncanya kenapa susu mommies drop.
Tapi saya bersyukur kesedaran mommies sangat tinggi. Bagus pada mommies yang tak segan untuk bertanya dan minta nasihat untuk atasi masalah ini.
Alhamdulillah ramai yang dah berjaya semula untuk increase production. Just focus untuk maintain demand & supply.
Hati ibu mana yang tak sedih tatkala melihat anak yang dilahirkan sihat beberapa bulan lalu, tiba-tiba diuji dengan penyakit yang jarang berlaku sehingga terpaksa bergantung dengan ubat yang boleh memberi kesan sampingan pada si comel ini.
Kisah adik Nur Ainul Mardhiah, 5 bulan pernah dikongsikan oleh ibunya, Norzuzita Abd Rahman pada akhir November lalu apabila melihat keadaan Ainul yang seolah seperti terkejut atau menyentak berulang kali secara tiba-tiba sehingga meleleh air matanya.
Selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, doktor pakar mengesahkan Ainul menghidap penyakit Infantile Spasm. Penyakit ini jarang-jarang berlaku.
Setelah mendapat keputusan penyakit Ainul, doktor dah mula memberi ubat prednisolone tapi lepas makan ubat tersebut, Ainul masih lagi menyentak tapi tak sekerap seperti sebelum ni.
Menurut apa yang diberitahu, doktor akan tengok dulu tindak balas badan Ainul pada ubat ini kerana ia permulaan untuk Ainul menerima ubat tersebut. Walaupun Ainul dibenarkan keluar wad semalam (3 Disember) masih banyak lagi rawatan susulannya.
Ainul juga perlu melalui beberapa prosedur lain iaitu 9 Disember ini ultrasound, 15 Disember janji temu dengan pakar di Hospital Kuala Lumpur dan 25 Disember buat MRI.
Banyak kesan sampingan ubat prednisolone
Apa yang merisaukan hati seorang ibu, apabila doktor memberitahu banyak kesan sampingan ubat prednisolone ni. Antarany kurang antibodi, mudah kena jangkitan kuman, tulang mudah rapuh dan perkembangan jadi lambat.
Ya Allah berat sungguh dugaan untuk anak kecil ibu. Tolong doakan untuk Nur Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh dan terus kuat. Ibu tahu anak ibu kuat. Sepanjang berada di hospital pun Ainul tak meragam. Makan ubat semua ok.
Terima kasih pada semua kerana selepas saya berkongsi kisah Ainul, ramai yang mendoakannya cepat sihat. Baru tahu rupanya banyak jenis sawan yang boleh berlaku pada anak kecil ni. Doakan Ainul terus kuat ya!
**Teringin nak dapatkan barangan pada harga hebat, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak yang sedang membesar memang sangat aktif dan cergas. Lumrah bagi kanak-kanak untuk sentiasa aktif bermain kerana rasa ingin tahu dan mempelajari perkara baru membuatkan mereka ingin meneroka lebih mendalam. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan sihat dan positif untuk kanak-kanak. Namun, dalam masa yang sama kanak-kanak yang aktif juga cenderung untuk mendapat risiko kecederaan ketika bermain.
Kecederaan akibat terjatuh yang dialami oleh kanak-kanak semasa mereka bermain boleh menyebabkan luka yang serius dan boleh meninggalkan kesan parut. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahu melindungi anak-anak daripada sebarang kemalangan.
Sangat penting sebagai ibu bapa untuk mengetahui rawatan yang terbaik untuk merawat luka anak anda dan untuk mengelakkan parut luka kekal lama. Pemilihan produk yang sesuai amat penting untuk memastikan luka cepat sembuh dan tidak meninggalkan parut degil.
Sebelum membeli sesuatu produk penjagaan kulit, anda perlulah menilai dahulu produk tersebut agar berkesan apabila digunakan. Ciri yang bagaimana anda perlu cari?
1. Membantu membaik pulih dan melindungi kerosakkan kulit
Pastikan kandungan bahan yang terdapat dalam produk tersebut boleh membantu kesihatan kulit dengan menyuburkan kulit, meningkat imuniti kulit serta membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas. Meningkatkan penghidratan kulit serta membekalkan khasiat bagi membantu membaiki sel-sel kulit yang rosak.
2. Sesuai digunakan seisi keluarga termasuklah bayi, kanak-kanak dan orang dewasa
Bukan senang untuk mencari produk yang sesuai digunaakan oleh seisi keluarga. Pastikan bahan yang terdapat di dalam produk tersebut mesra bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Setiap rumah perlu mempunyai produk seperti ini untuk digunakan pada waktu kecemasan.
3. Pengiktirafan jenama produk
Pilih jenama produk penjagaan kulit yang diiktiraf dari dermatologis dan diuji di makmal Pierre Fabre.
Eau Thermale Avène sebuah jenama dermokosmetik berasal dari Perancis bertaraf antarabangsa telah memperkenalkan Cicalfate Restorative Skin Cream untuk melindungi kulit yang sensitif, melegakan ketidakselesaan pada bahagian tangan dan merawat luka yang tidak bernanah. Krim pemulihan ini diuji secara klinikal dan terbukti 2x dapat mempercepat proses pemulihan serta mengekalkan kesan penyembuhan yang optimum.
Bahan yang terdapat dalam produk ini seperti Sucralfate, Cooper-zinc Sulfate Complex, Avene Thermal Spring Water. 81% melihat penambah baikkan pada kulit selepas 14 hari pengunaan.
Kelebihan yang terdapat dalam Cicalfate Restorative Skin Cream adalah:
1. Membantu melindungi dan memulihkan kulit secara optimal
2. Mempercepatkan proses penyembuhan
3. Boleh digunakan pada permukaan badan, muka dan bibir
4. Sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa
Bagaimana cara penggunaan supaya ianya berkesan?
Bersihkan dan keringkan kulit terlebih dahulu kemudian sapukan Cicalfate Restorative Skin Cream dua kali sehari pada kawasan yang terjejas. Elakkan menyimpan cream ini di kawasan beku ataupun terdedah kepada suhu dibawah 32◦F.
Untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis produk Eau Thermale Avène Cicalfate boleh hubungi Eau Thermale Avène menerusi Facebook:@AveneMY, Instagram: @eauthermaleavenemy atau ditalian 03-5569 4588.
Anda tidak perlu risau lagi untuk mencari produk yang mesra pengunaan dan boleh digunakan oleh seisi keluarga kerana produk EAU THERMALE AVENE CICALFATE RESTORATIVE SKIN CREAM mampu melindungi kulit anda sekeluarga. Keselesaan kulit anda dan keluarga amat penting supaya banyak aktiviti boleh dilakukan bersama tanpa memikirkan kulit sensitif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.