Boleh ke cabut gigi anak yang hitam-hitam tu doktor? Tak cantik tengok, sebab bila cepat cabut cepat gigi baru tumbuh.

Tak semudah tu ye mak ayah semua. Gigi anak-anak yang hitam tu dipanggil karies. Gigi yang berkaries ada 2 jenis, satu yang aktif atau ada lubang, satu tak aktif tak berlubang.

Gigi Anak Hitam, Bukan Boleh Cabut Macam Tu Je. Sebab Apa? Ini Penjelasan DoktorMenurut Dr Izaza Mohd Zan, gigi karies yang tak aktif dipanggil ARRESTED CARIES, gigi tak akan rasa sakit sebab tak ada lubang, cuma warna hitam sahaja.

IKLAN

Arrested caries ni kebanyakan doktor gigi akan advice supaya gigi sentiasa dijaga dan diberus bersih supaya gigi tidak bertambah rosak.

Tunggu gigi kekal tumbuh baru dicabut. Sebab gigi kekal akan tumbuh berperingkat-peringkat dan ikut umur anak-anak.

IKLAN

Gigi karies yang aktif pula, selalunya jadi punca gigi sakit dan gusi bengkak. Sebab makanan akan masuk ke dalam gigi yang berlubang dan menyebabkan gigi sakit.

Gigi Anak Hitam, Bukan Boleh Cabut Macam Tu Je. Sebab Apa? Ini Penjelasan DoktorGigi yang berlubang, wajib ditampal. Jangan dicabut sekiranya belum masanya. Boleh dicabut sekiranya gigi tersebut reput atau tidak boleh diselamatkan.

IKLAN

Ingat ye mak ayah, gigi susu anak-anak perlu dijaga dan dibersihkan. Jangan dicabut sekiranya gigi tak sakit dan tak goyang.

Sumber: Dr Izaza Mohd Zan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI