Awal Ogos yang lalu, Bintang Youtube, Ainan Tasneem berkongsi dengan peminat di akaun media sosial miliknya bahawa dia sedang hamil anak kembar. Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, dia mendedahkan jantina kembar yang bakal dilahirkan nanti.
Menurut Ainan, berdasarkan detail scan yang dijalankan, dia bakal dikurniakan kembar sepasang. Dalam kapsyennya juga, Ainan berasa bersyukur diberikan rezeki menimang sepasang cahaya mata.
Jelasnya juga menerusi scan yang dibuat, doktor memaklumkan bahawa keadaan bayi dalam kandungannya baik dan sihat.
Sebelum ini Ainan pernah juga mendedahkan bahawa anak kembar yang dikandung merupakan kembar tidak seiras.
“Semalam buat detail scan sebab nak tahu sangat condition & jantina baby twins ni.
“Alhamdulillah Allah rezekikan Ainan dan Ariff untuk dapat sepasang kali ni. InshaaAllah baby boy & girl.
“Kami semua happy dengan berita ni Salsabiela pun excited sangat nak dapat 2 adik hehe. Yg girl boleh la teman Salsabiela main masak-masak. Yang boy pula boleh teman abuya pegi solat jemaah and main futsal okay. Hihi. Tak sabarnya nak start shopping baju-baju baby!
“Based on result detail scan, doc cakap inshaaAllah keadaan bayi semua sihat. Cukup sifat & organ dalaman pun semuanya berfungsi dengan baik. Semoga Allah jaga & lindungi bayi2 ni. Aamiin.”
Dalam pada itu, Ainan juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada semua followersnya yang sentiasa mendoakan kesihatan dirinya dan juga anak-anak dalam kandungan. Dia juga turut memohon doa agar dipermudahkan segala urusan bersalinnya nanti.
Sempat juga dia menitipkan doa buat pasangan lain di luar sana untuk dikurniakan zuriat.
Disamping itu juga, Ainan turut berkongsi tip kepada ibu di luar sana bilakah waktu sesuai untuk membuat detail scan kandungan.
“Terima kasih kpada semua followers yg tak jemu2 doakan kesihatan Ainan. Doakan juga semoga baby lahir cukup umur dan smooth delivery inshaaAllah. Ainan juga doakan pada semua yg masih menanti zuriat akan dikurniakan rezeki zuriat tak lama lagi. Aamiin Ya Rabb.
“By the way untuk info, mommies boleh start buat detail scan baby bila usia kandungan dah mencecah 20 minggu ya. Paling lambat 26 minggu, sebab bila kandungan dah besar dah susah nak cek nanti.
“Ianya sangat2 digalakkan supaya kita dapat tahu condition bayi dalam kandungan. At least kalau ada apa2 yg berlaku pada bayi kita dah boleh prepare mental & fizikal di saat bayi lahir nanti,” tulisnya.
Ainan telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
Sumber: IG Ainan Tasneem
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Adakah anda sudah bergelar papa & mama? Atau baru disahkan hamil atau juga sedang menyusukan anak? Jika ya, anda layak join kelab komuniti keibubapaan terbesar di bawah jenama Pa&Ma.
Pa&Ma Club mengalu-alukan semua ibu bapa, ibu hamil dan ibu menyusukan anak mendaftar sebagai ahli kelab.
Anda berpeluang mendapat :
* Voucher & sample produk percuma
* Hadiah cabutan bertuah
* Info terkini setiap hari dan banyak lagi
Klik https://www.majalahpama.my/pendaftaran/untuk join sekarang!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI