Mereka yang selalu gulung, lempar “pampers” anak dari tingkap kereta atau campak ke dalam longkang menjadi punca tersebarnya jangkitan penyakit.
Pesanan peringatan yang dikongsi di laman facebook Public Health Malaysia ini patut dijadikan panduan supaya jangan menjadi penyebar virus pelbagai penyakit kepada orang lain.
Anak buang air besar?
Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah celah semak atau di dalam longkang.
Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini , ternyata begitu rendah tahap siviknya… Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.
IKLAN
Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.
Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air.
Owh ya, sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab.
IKLAN
Bukan kena basuh pun, mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul
Cara-cara membuang lampin pakai buang
1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.
IKLAN
2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).
3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka.
4) Masukkan dalam plastik dan ikat.
5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya.
6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Elyana mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki Sindrom Down yang diberikan nama Tulus sejak sebulan yang lalu.
Elyana, 31, yang sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu memberitahu berita tersebut menerusi laman Instagram semalam.
“Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya.
“Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga,” tulisnya menjawab soalan-soalan peminat di Insta Story.
Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah berusia tujuh tahun.
Sebelum ini, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya dikhuatiri akan membahayakan diri dan bayi yang dikandung.
Sumber: ig elyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak mama papa alami panik bila baby menangis? Sudah disusukan & ditukar lampin tapi tangisannya semakin kuat. Jom kenali 5 jenis tangisan bayi yang bermaksud 5 keperluan dirinya.
Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, semua bayi mamalia termasuk bayi manusia banyak menangis pada beberapa bulan di awal kelahirannya. Bayi kecil masih belum berupaya untuk bercakap untuk menyampaikan keinginannya. Mereka berkomunikasi menerusi tangisan untuk memenuhi keperluan diri. Justeru, mama dan papa perlu tahu bagaimana untunk menghentikan tangisan bayi.
Memang benar, bayi menangis adalah normal. Namun jika tangisan itu berlarutan tanpa henti, pastinya ia merisaukan mama dan papa. Tahukah anda setiap tangisan bayi mempunyai pengertiannya tersendiri dan terdapat lima jenis tangisan bayi? Setiap tangisan bayi jika didengar secara teliti ternyata kedengaran berbeza.
5 JENIS TANGISAN BAYI
Mama papa perlu faham makna tangisan bayi supaya lebih mudah untuk menghentikan tangisan dan menenangkannya. Paling penting, bayi dapat ditenangkan dan dia kembali ceria, selesa dan gembira.
“NEH”
Bunyi tangisan ini membawa maksud bayi sedang kelaparan. Bunyi ini terhasil akibat daripada “sucking reflex”pada bayi.
“HEH”
Bila bayi menangis dengan bunyi seperti ini, ia bermaksud bayi rasa tidak selesa. Ia mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, pakaian terlalu ketat, lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.
“OWH”
Bunyi tangisan seperti ini bermaksud bayi sedang mengantuk dan ingin ditidurkan atau didodoi. Tangisan ini terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
“EH”
Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
“EAIRH”
Bunyi tangisan ini mewakili keadaan bayi yang kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
KEBAIKAN MENGETAHUI JENIS TANGISAN BAYI
Dengan mengetahui jenis-jenis tangisan ini, mama dan papa akan dapat memenuhi keperluan bayi dengan lebih mudah. Apabila bayi dapat ditenangkan, maka bayi akan lebih ceria dan gembira. Perkembangannya juga tidak terganggu dan terhindar daripada masalah sawan tangis.
Susu lebat dan stok mencukupi selepas cuti bersalin adalah menjadi impian setiap ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Puas sudah Anis memerah tetapi penghasilan susunya semakin sedikit. Stok susu ibu perahan menyusut ekoran pengumpulan susu di pejabat yang semakin sedikit. Dahulu boleh mengumpul 20oz sehari, kini hanya mampu mengumpul 10oz atau kurang. Anis cukup risau jika perkara ini berlarutan kerana tempoh penyusuan eksklusif kepada bayinya masih panjang.
Mungkin ada yang mengalami situasi yang dialami Anis. Tambah-tambah lagi bagi ibu yang ingin menyusu eksklusif selama enam bulan, 8 tip ini amat berguna untuk anda.
Menurut kaunselor laktasi, Faliyana Muda, kebanyakan ibu mengalami masalah untuk memerah payu dara setiap tiga hingga empat jam sekali apabila mula bekerja. Ia lazimnya dialami selepas cuti bersalin kerana tuntutan tugas dan kekangan masa. Hal ini dan beberapa faktor lain berkemungkinan besar menjadi penyebab penghasilan susu oleh payudara menjadi perlahan dan sedikit.
Menyedari risiko penghasilan susu yang bakal menjunam selepas kembali bekerja ibu-ibu yang menyusukan perlu lebih kreatif dalam menangani isu ini menggunakan pelbagai kaedah.
MIND SET
Elakkan daripada merasa perlunya tempat spesifik untuk memerah.
KEMUDAHAN
Gunakan kemudahan yang ada seperti nursing cover yang boleh menutup bahagian dada ketika memerah. Maka sesi memerah tidak dirasakan sesuatu yang membebankan ibu-ibu kerana boleh memerah di mana sahaja.
ALAT BANTU
Menggunakan peralatan bantuan memerah seperti Freemie iaitu alat untuk menakung susu ibu yang boleh digunakan dengan mana-mana pam yang mempunyai tubing. Dengan adanya alat ini dan pam payudara yang boleh dicas, proses memerah masih boleh dilaksanakan dengan bebas tangan semasa ibu bekerja.
ELAK EMOSI CEMAS
Emosi cemas dan tertekan perlu dijauhi sebaliknya cari jalan penyelesaian dengan tenang. Misalnya sekiranya tidak boleh memerah kerana suntuk masa atau perlu berkursus, cuba cari jalan untuk melakukannya dengan cara lain. Misalnya memerah semasa berkursus tanpa perlu ke surau dengan cara memakai nursing cover, jaket atau menutupnya dengan tudung.
STIMULASI PAYUDARA
Lakukan stimulasi pada payudara. Perlu difahami penghasilan susu bergantung kepada supply and demand. Permintaan tinggi akan menyebabkan penawaran (penghasilan susu) meningkat. Cara untuk mengelakkan penghasilan susu ibu merudum ialah dengan sentiasa memberi stimulasi payu dara sama ada dengan menyusu secara terus ataupun memerah.
PERAH TIGA JAM SEKALI
Wujudkan sesi memerah yang konsisten setiap tiga jam sekali dan jangan hanya memerah apabila merasa payudara sudah penuh. Sesi perahan yang dilakukan bukan semata-mata untuk mendapatkan susu ibu perahan tetapi adalah satu cara memberi signal kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu. Proses untuk menghasilkan susu baru tidak akan nampak dalam jangka masa singkat. Perlu diketahui, sekiranya hari ini ibu menambah sesi perahan,peningkatan penghasilan susu tidak akan dapat dilihat keesokannya. Ia akan mengambil masa seminggu atau dua minggu bergantung kepada individu.
SOKONGAN
Dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, rakan-rakan, adik beradik, pengasuh dan majikan. Beri penjelasan dan penerangan kepada orang di sekeliling supaya mereka memahami dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang sedang anda lakukan.
FIKIRKAN SESUATU YANG INDAH
Fikirkan yang indah dan keseronokan semasa memerah. Tinggalkan segala masalah buat seketika. Relaks dan perahlah payu dara dengan gembira. Tatap gambar dan video bayi anda semasa memerah bagi membantu hormon oksitosin iaitu hormon kegembiraan yang membantu penghasilan maka susu bertambah. Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penghasilan susu merosot.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!