Ibu ayah yang ada anak kecil boleh guna tips doktor ini untuk rawat luka mereka serta-merta. Bila ada anak kecil memang biasa mereka akan terjatuh atau tercedera mengakibatkan terluka.

Kesakitan akibat terluka mungkin nampak remeh tapi jika tak dirawat dengan betul atau banyak menggunakan petua-petua mitos dibimbangi akan lebih memudaratkan. Dr. Kamarul Ariffin berkongsikan mitos-mitos merawat luka seperti yang banyak diamalkan oleh kita selama ini di dalam twitter beliau.

Guna Tips Dari Doktor Ini Untuk Rawat Luka Anak Dengan Serta-Merta. Penting!
Dr. Kamarul Ariffin

Ini thread tentang penjagaan luka. Terdapat banyak konsep penjagaan luka yang kita amalkan selama ini, ternyata salah. Jom tengok apa yang salah!

1. Lebih dalam luka, lebih sakit.

Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, lazimnya lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.

2. Luka wajib dicuci dengan ubat kuning setiap hari untuk elak jangkitan.

Ubat kuning digunakan untuk basmi kuman luka dan kulit sekeliling, ketika cucian pertama. Cuci seterusnya guna air steril cukup. Cuci luka guna ubat kuning berkala boleh sebabkan sel luka mati.

3. Mandi laut akan percepat luka sembuh.

Di hospital, ada luka dicuci dengan air garam (NaCl 0.9%). Tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut ada kuman, dan kepekatan larutan garam dalam air laut yang tinggi akan menyebabkan sakit pada luka.

IKLAN

Guna Tips Dari Doktor Ini Untuk Rawat Luka Anak Dengan Serta-Merta. Penting!

4. Luka kalau dibiar terbuka lebih cepat kering(sembuh).

Luka perlu dikekalkan lembap untuk pemulihan yang pantas & elok kerana sel yang bertanggungjawab untuk pemulihan luka perlu medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai

5. Keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik.

IKLAN

Kerupung tanda luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan pertumbuhan sel baru & halang luka sembuh sekata. Untuk elakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai

6. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman.

Plaster halang kuman masuk ke dalam luka, dengan syarat luka dicuci sebelum tampal plaster. Plaster lazimnya dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan dalam plaster.

7. Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah.

IKLAN

Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun, proses pemulihan luka memerlukan sumber protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka. Telur mentah adalah medium yang subur untuk kuman membiak

8. Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam.

Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka bukan kerana kicap.

9. Nak luka cepat sembuh, letak garam, limau dan lada.

Mengarut! Nak cuci luka ke nak buat cicah ikan bakar?

Ok lepas ni harap ibu ayah tak salah rawat luka anak ya. Jangan luka kecil jadi makin teruk disebabkan tersilap rawatan.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI