Pelakon Hairul Azreen, 28, tidak kisah dikecam, sebaliknya mengakui berbangga dapat mendidik anaknya, Yusuf Iskandar supaya berani melakukan aktiviti lasak.

Hairul Mahu Yusuf Membesar Menjadi Anak Yang Berani Dan Aktif. Bab Belajar Hanis Akan Pantau

Hairul berkata, sebagai bapa, dia begitu menitikberatkan kemampuan diri dan cara didikannya itu sentiasa dipantau isterinya, Hanis Zalikha yang sering mengingatkan aktiviti bersesuaian untuk dilakukan anak kecil.

“Saya gembira dengan pendedahan yang diberikan kepada Yusuf. Saya ajar dia melompat sampaikan emak saya sendiri marah, tetapi Hanis ada untuk mengingatkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai langkah berhati-hati,” katanya.

IKLAN

Biarpun tidak mempunyai banyak pengalaman memandangkan Yusuf adalah cahaya pertamanya, Hairul berpuas hati apabila permata hatinya itu membesar menjadi anak yang lasak.

IKLAN

Kecenderungan Yusuf itu juga membuatkan Hairul terfikir untuk meneroka lebih jauh potensi anaknya itu. Pada masa sama, Hairul turut bersyukur melihat perkembangan positif anaknya dalam pembelajaran.

IKLAN

Hairul Mahu Yusuf Membesar Menjadi Anak Yang Berani Dan Aktif. Bab Belajar Hanis Akan Pantau

“Dalam hal berkaitan akademik, saya serahkan tanggungjawab itu kepada Hanis. Saya lihat Yusuf cepat belajar. Tanpa saya sedar, dia sudah boleh mengenal abjad dan sekarang mula belajar mengira,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI