Walaupun baru disahkan hamil namun Diana Amir tetap bersemangat ke Bosnia untuk misi kemanusiaan.

Pengacara TV ini mengakui pada peringkat awal perasaan bimbang dan takut tetap ada kerana dia baru sahaja mengandung.

Tetapi Diana bertawakal pada Allah untuk jaga keselamatan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Oleh kerana berada di trimester awal kehamilan, Diana mengakui agak sukar dan mencabar ketika melakukan misi kemanusiaan di Bosnia.

Bagaimanapun Diana bersyukur kerana dikurniakan teammates yang banyak membantu dan menghulurkan pertolongan.

Keadaan jalan di sana yang berbukit bukau dan bersimpang siur seperti perjalanan hendak ke Cameron Highland selain tempoh masa perjalanan melebihi 6 jam membuatkan dia kerap pening kepala dan mual.

IKLAN

“Syukur ada teammates yang selalu bagi Diana balm, bawak asam-asam dan kudap-kudap, bagi baju buat bantal, belikan air dan aiskrim bila kereta berhenti, urut belakang badan Diana dan menjadi tempat Diana menangis bila rasa tak larat. Alhamdulillah sangat,” kongsinya di Instagram.

It’s not a one man mission . . I feel empowered to have my teammates with me.. Allah je tau berapa kali I rasa helpless masa misi, I was physically and emotionally challenged.. but what’s a mission without all the challenges ey? . . But my awesome teammates? They made space for me in the car, hahahahhaa preggy mummy cepat pening daaaaaa, jalan die berbukit mcm nakpi cameron tu simpang siur pastu setiap hari ambil masa perjalanan lebih 6 jam.. ?bagi diana balm, ada makcik kantin yg selalu bawak asam2 and kudap2 ?, bagi diana baju untuk buat bantal, belikan air and ice cream bile kita stop, urut belakang badan diana ( ustazah, i love u ?? ) , lend me their shoulder when i cried, hehee, alhamdulillah now dah balik Malaysia ingat balik rasa nak pengsan balik ?? . . tq ustazah @asnimansor @farahlee_ @ashrafmuslim @hafez1419 and team @ir_my @ukhwah4ummah !! i would be losing myself without all of u.. semoga Allah balas jasa kalian dengan dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat, amin! . . this mission is not gonna meet it’s objective without your helping hands too ❤️ thanks a lot kepada semua yang dah pun jadi support team Diana utk @misija4bosnia ,u rock!!! Yes they really need our help.. sorry posting2 diana panjang pulek kebelakangan ni, itu pun belum dpt cerita semuanya lagi..bear with me ?? . . Diana nak ajak anda jadi support team diana, percayalah Allah takkan kurangkan rezeki anda jika anda memberi kepada yang memerlukan.. kalau rezeki kita sendiri tgh tersekat saat ni, lagilah elok kalau kita bersedekah, semoga Allah buka lebih banyak lagi ruang rezeki untuk kita , amin! . . To participate as my team and donate just follow this 2 easy step : 1⃣ REGISTER – as team Diana Amir – https://goo.gl/o91sw5 (click link di BIO ????) . . 2⃣ DONATE – http://bit.ly/donate-squad . . A project by @ukhwah4ummah in collaboration with @ir_my . . ?Visit our website for more info: www.islamic-relief.org.my or http://www.ukhwahforummah.org . . #misija4bosnia #squadcelebrity #globalvolunteers #3continents #humanity #mission #charity #donate

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Kongsi Video Imbasan Pertama Baby

Ibu kepada dua orang anak perempuan ini berkongsi video imbasan pertama bayi dalam kandungan di Instagramnya baru-baru ini.

IKLAN

Ibu Khawlah dan Khadija ini turut berkongsi reaksi kedua anaknya apabila mengetahui mereka bakal mendapat adik.

Lucunya anak pertama Diana yang awalnya teruja untuk melihat ujian imbasan si adik akhirnya menjadi takut apabila melihat video imbasan berwarna biru.

IKLAN

Diana berdoa agar kehamilan ketiganya ini dipermudahkan segalanya dan dikurniakan seorang lagi anak yang soleh dan sihat sebagai penyejuk mata dan hati serta pengikat kasih sayangnya dan suami.

Diana antara selebriti yang menyertai kempen misija4bosnia yang dijalankan bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek-projek kemudahan dan pembangunan di Bosnia.

Lain-lain selebriti yang turut terlibat dalam Squad Celebrity Global Volunteer adalah Ashraf Muslim, Farah Fauzana, Farah Lee, Irma Hasmie, Lufya dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Dianaamir

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI