Wow! Demi untuk kembali langsing, ibu cantik yang juga pelakon popular Nora Danish hanya makan kurma lepas jam 6 petang setiap hari.

Ada ke ibu-ibu lepas bersalin yang berani cuba cara beliau ini. Tapi hasilnya memang mengagumkan kerana Nora nampak langsing dan menawan walaupun Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Neyney baru nak masuk usia dua bulan.

Penampilan yang lebih menawan selepas melahirkan anak turut membuatkan ramai tertanya-tanya apa rahsianya kembali langsing dan menawan.

Memang gigih wanita ini ikat perut untuk kembali langsing lepas bersalin. Menurut Nora ketika mengandung beratnya naik sebanyak 15 kilogram dan semasa dalam tempoh berpantang dia turun sehingga 11 kilogram.

Hanya Makan Kurma Lepas Jam 6 Petang, Cara Nora Danish Turun 11 Kg Lepas Bersalin

Bagaimanapun pelakon filem Bukan Cinta Malaikat ini memberitahu dia masih ingin menurunkan sebanyak 5 kg untuk mendapatkan berat ideal dirinya.

IKLAN

Oleh kerana bersalin secara pembedahan caesarean, Nora mengakui dia memerlukan masa untuk proses tersebut kerana tidak boleh lagi melakukan ‘work out’ di gimnasium.

Bagaimanapun Nora memberitahu amalan menjaga pemakanan sepanjang berpantang antara faktor utama membantunya turun berat badan.

Dia yang dijaga oleh Natalis Berpantang hanya makan lauk pauk yang dimasak secara bakar sahaja selain tidak mengambil nasi langsung. Bahkan lebih gigih, Nora hanya mengamalkan makan kurma sahaja selepas pukul 6 petang!

Hanya Makan Kurma Lepas Jam 6 Petang, Cara Nora Danish Turun 11 Kg Lepas Bersalin

IKLAN

Selain sudah kembali sibuk dengan kerjayanya, ibu cantik ini juga semakin ligat melebarkan sayap perniagaannya. Terkini dia baru membuka sebuah salon rambut khusus untuk kaum wanita, Karvamy.

Sedih Bila Netizen Mengata Fizikal Neyney

Dalam pada itu, sebagai ibu Nora meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang tanpa sensitif mengutuk dan menghina fizikal bayinya Neyney.

IKLAN

Sebagai manusia biasa dia turut bersedih apabila mengenangkan apa yang diucapkan oleh netizen terhadap fizikal bayinya yang kecil dan tidak berdosa yang dikatakan tidak comel.

Dia sama sekali tidak dapat menerima kata-kata kejian yang dilemparkan kepada seorang bayi yang suci dan tiada sebarang dosa itu.

Nora turut mengingatkan masyarakat agar berhati-hati dengan apa yang diucapkan dan ingat keluarga sendiri.

Sumber: mstar & Instagram Nora Danish

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI