Jangan suka goncang bayi untuk tujuan meredakan tangisan atau menggembirakannya seperti menimang kerana ia boleh menjadi punca kepada kecederaan otak kekal atau lebih buruk maut!

Tabiat orang dewasa yang suka menggoncang bayi dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome atau Sindrom Goncang Bayi. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan komplikasi serius terutamanya pada otak.

Shaken baby syndrome juga dikenali sebagai trauma penderaan kepala, sindrom kesan goncangan, kesakitan kecederaan kepala atau sindrom goncangan sentakan adalah kecederaan otak yang serius kesan daripada goncangan kuat pada bayi dan kanak-kanak.

Shaken baby syndrome merosakkan sel otak si kecil dan menghalang otak mereka daripada mendapat cukup oksigen. Sindrom ini sebenarnya salah satu daripada cabang penderaan anak yang boleh mengakibatkan kerosakan otak kekal atau kematian.

Sindrom ini boleh dicegah. Ibu ayah sepatutnya kena peka dan tahu mengenai perkara ini bila ada bayi. Paling penting maklumkan kepada pengasuh atau penjaga anak tentang bahaya sindrom goncang bayi.

Hati-Hati Dengan Sindrom Goncang Bayi Kerana Berisiko Menyebabkan Kecederaan Otak

Ini antara simptom bayi yang kena Shaken baby syndrome:

  • Terlampau cerewet atau lekas marah
  • Kesukaran untuk berjaga
  • Masalah pernafasan
  • Masalah pemakanan
  • Muntah-muntah
  • Kulit kebiruan atau pucat
  • Kejang
  • Lumpuh
  • Koma

Anda mungkin tak nampak tanda kecederaan fizikal di bahagian luar badan anak. Kadangkala, mukanya nampak bengkak/lebam. Kecederaan mungkin tidak serta-merta kelihatan termasuk pendarahan dalam otak dan mata, kerosakan saraf tunjang dan patah tulang rusuk, tengkorak, kaki dan lain-lain tulang.

Ramai kanak-kanak yang melalui sindrom goncang bayi menunjukkan tanda dan simptom penderaan kanak-kanak terdahulu.

Dalam kes sederhana sindrom goncang bayi, anak tersebut mungkin nampak normal selepas digoncang, tetapi lama-kelamaan dia mungkin akan mempunyai masalah kesihatan atau tingkah laku.

Penyebab

Bayi mempunyai otot leher yang masih belum kuat untuk menyokong kepalanya yang berat selain saluran darah yang masih lembut di dalam otak. Jika bayi digoncang dengan kuat, otaknya yang masih lembut akan bergerak ke belakang dan ke depan dalam tengkorak kepalanya. Ini akan menyebabkan lebam, bengkak dan pendarahan.

Shaken baby syndrome biasanya berlaku apabila ibu bapa atau penjaga kerap menggoncang bayi atau kanak-kanak disebabkan marah atau geram – biasanya disebabkan si kecil tak berhenti menangis.

Shaken baby syndrome biasanya tidak disebabkan perbuatan melantunkan anak di lutut anda, terjatuh tanpa sengaja secara perlahan atau bermain secara kasar.

Mereka yang mempunyai masalah tekanan, di bawah pengaruh alkohol, situasi rumah tangga yang tidak stabil, kemurungan antara yang berisiko melakukan perbuatan menggoncang bayi dengan kuat sekiranya tidak dapat mengawal emosi apabila si kecil menangis tanpa henti.

Hati-Hati Dengan Sindrom Goncang Bayi Kerana Berisiko Menyebabkan Kecederaan Otak

Komplikasi

Sebenarnya goncangan bayi dalam masa singkat boleh menyebabkan kerosakan otak yang tak dapat dipulihkan. Ramai bayi yang terjejas oleh sindrom ini boleh meninggal dunia.

Bayi yang masih hidup mungkin boleh mengalami kecacatan seumur hidup seperti:

  1. Separuh buta atau buta sepenuhnya

2. Perkembangan lambat, masalah pendengaran atau tingkah laku

3. Kecacatan intelektual

4. Gangguan kekejangan

5. Cerebral palsy

Hati-Hati Dengan Sindrom Goncang Bayi Kerana Berisiko Menyebabkan Kecederaan OtakPencegahan

Ibu bapa muda yang baru pertama kali ada anak sepatutnya faham dan tahu tentang bahaya keganasan menggoncang bayi dan seharusnya ada kaedah selamat untuk memujuk anak yang menangis serta menangani stres akibat anak yang menangis tanpa henti.

Bila bayi menangis dan sukar dipujuk, anda mungkin juga akan jadi panas baran dan hilang kawalan untuk menghentikan tangisannya, tetapi sentiasa supaya kendalikan anak dengan sabar dan lembut. Jangan sekali-kali menggoncang anak anda!

Sekiranya anda menghadapi masalah sukar untuk mengawal emosi atau tertekan dengan anak, mintalah bantuan dari ahli keluarga atau berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jika anak berada di bawah jagaan pengasuh atau ahli keluarga lain termasuk atuk nenek, pastikan anda beritahu mereka tentang bahaya perbuatan menggoncang bayi ini.

Sumber: Mayo Clinic

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI