Mama papa perlu ambil langkah berhati-hati dalam memilih botol susu untuk anak. Pastikan andai periksa 6 perkara ini dulu! Ketahui juga tanda-tanda botol sudah tidak selamat digunakan

Bagi bayi yang menyusu sama ada susu ibu perahan atau susu formula,botol susu tentunya satu kemestian. Namun bagi ibu baru, tentunya hal ini agak janggal. Memilih botol susu untuk si manja yang bersesuaian dengan selera anak pasti agak sukar. Tapi pastikan botol yang dipilih selamat, tepat dan praktikal untuk si kecil.

Adakah semua botol susu yang anda belikan sesuai dengan si kecil? Tentunya tidak semua diminatinya terutamanya si manja yang cerewet. Rata-rata mahukan puting susu yang mempunyai saiz dan bentuk seakan-akan payudara ibu. Mama papa boleh ikuti panduan ini dahulu sebelum membuat pilihan.

BELI SATU DAHULU

Jika anda fikir anda ingin menggunakan jenama tertentu, belilah satu atau dua dahulu dan lihat responsnya. Hal ini kerana jika anda membeli satu set botol susu dalam jumlah banyak, ia akan menjadi pembaziran jika si manja tidak menyukainya.

BENTUK PUTING

Jika anda akan menyusukan bayi anda tetapi kadang-kadang menggunakan botol, anda mungkin perlu membeli botol dengan puting lebar yang menyerupai payudara ibu.

KADAR ALIRAN PUTING

Kelajuan susu melalui puting botol berbeza mengikut jenama atau kategori. Ada beberapa jenama yang menjual puting direka untuk aliran cepat, sederhana atau lambat. Kebanyakan bayi baru lahir perlu aliran puting yang lebih perlahan pada mulanya. Aliran terlalu cepat boleh menyebabkan masalah perut si kecil. Belilah puting yang mempunyai aliran lebih cepat apabila si kecil mula membesar.

BAHAN BOTOL – KACA ATAU PLASTIK

  1. Botol kaca yang klasik popular semula kini kerana tersebarnya isu bahan kimia yang ditemui dalam plastik. Botol kaca mudah dijaga dan tahan lama, tetapi menimbulkan risiko luka kepada ibu atau bayi jika  pecah. Beberapa syarikat membuat balutan botol comel daripada silikon atau foam untuk membantu melindungi botol kaca dari pecah.
  2. Botol plastik mungkin tidak bertahan lama, tetapi lebih murah. Pilihlah botol yang bebas Bisphenol A (BPA). Jika anda memilih untuk menggunakan botol polikarbonat yang mengandungi BPA, jangan dedahkan botol  kepada haba yang tinggi dan pastikan untuk membuang botol jauh jika mempunyai tanda kerosakan menjadi keruh atau melihat tercalar.

PUTING

Pemilihan puting perlu diberi keutamaan. Puting silikon tidak memerangkap bau atau rasa, walaupun selepas digunakan berulang kali. Ia juga tidak mempunyai potensi untuk menimbulkan alahan seperti puting getah atau lateks. Puting silikon juga lebih sukar untuk ‘dikunyah’ oleh bayi, maka kurang risiko tercekik.

SAIZ BOTOL

Bagi si manja baru lahir memadailah botol bersaiz 2oz. Jika anda ingin menggunakan botol dari awal lagi, belilah botol berkapasiti 7oz daripada mula lagi, kerana si kecil akan memerlukan lebih kuantiti susu seiring pembesarannya.

Tinggalkan Komen