Kebanyakan ibu hamil mengalami  masalah kekurangan hemoglobin (Hb) darah. Untuk mengatasinya, ada banyak jenis makanan yang boleh diamalkan dalam membantu menambah darah.

Anda perlu betul-betul jaga makan. Lebih-lebih lagi jika kurang Hb. Hal Ini penting untuk dititikberatkan kerana isu ini boleh membahayakan diri dan kandungan.

Apabila kandungan darah anda tidak mengandungi sel darah merah yang cukup, ia tidak dapat membawa oksigen bagi keperluan tisu badan anda sendiri dan pembentukan bayi.

Lebih daripada itu, ia boleh mencetuskan  komplikasi serius yang lain seperti kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan dan mungkin boleh mengalami perkembangan yang lewat.

Antara simptom yang biasa ditunjukkan ibu hamil yang kekurangan Hb termasuklah pening kepala, lesu, kelihatan pucat, sesak nafas dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan. Jadi, atasi masalah anemia yang dihadapi dengan mengamalkan makanan tambah darah ini.

IKLAN

Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A ini merupakan makanan penambah darah yang kurang diketahui ramai. Selain daripada terkenal sebagai makanan yang membantu memperbaiki kesihatan mata, vitamin A yang ada di dalam tembikai sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Hal ini kerana ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin ‘mengikat’ oksigen.

Jambu batu

Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana kebanyakannya mengandungi vitamin C. Vitamin ini boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C dua kali lebih banyak daripada oren.

Buah-buahan kering

Jadikan kismis, kurma, prun, aprikot, buah tin dan buah kering yang lain sebagai kudapan setiap hari ketika hamil. Buah-buahan kering ini dapat membantu menambah darah kerana memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.

IKLAN

Sayur berdaun hijau

Sayur-sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi adalah daripada jenis berdaun hijau. Antaranya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, sawi juga ada zat besi yang boleh membantu ibu hamil mengelakkan risiko anemia.

Ikan

Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Antaranya salmon yang boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika hamil kerana ia turut mengandungi vitamin B12 untuk pembentukan sel-sel darah.

Bagi yang gemar telur ikan pula, ia juga bagus kerana mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.

IKLAN

Daging merah

Berbanding daging putih (ayam atau burung), daging merah daripada kambing, kerbau dan lembu lebih kaya dengan protein dan mengandung banyak zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, Omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.

Walau bagaimanapun, daging merah juga tinggi kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko kesihatan yang lainnya pula.

Kuning telur

Telur mengandungi protein, kalsium, vitamin dan zat besi. Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan menambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur mengukutvyang disarankan oleh pakar pemakanan.

Roti dan bijirin berserat tinggi

Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semula jadi dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain) juga baik untuk ibu hamil menangani masalah kekurangan Hb.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI