Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan sihat. Berikut 14 khasiat susu ibu buat si manja anda!

1.Vaksin pertama

Kandungan susu ibu pertama yang berkhasiat ialah kolostrum. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Merupakan vaksin semula jadi yang baik untuk bayi dan bertindak sebagai “imunisasi” pertama bayi. Susu ibu yang mengandungi banyak faktor bio yang kompleks ini memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan.

2.Kulit

Kulit bayi lebih sihat dan tidak kering. Malah mampu membantu mengelakkan dia mendapat alahan pada kulit seperti ekzema.

3.Tekak

Dapat mengelakkan jangkitan gejala sakit tekak yang merupakan penyebab berlakunya demam kepada kanak-kanak.

4.Telinga

Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan telinga yang menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.

5.Mata

Susu ibu yang kaya dengan vitamin A dan E membantu penglihatan bayi lebih tajam serta mengelakkan daripada penyakit mata.

6.Kecerdasan otak

Bahan penting susu ibu antaranya mengandungi kandungan protein dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders, Australia membuktikan bayi yang disusukan dengan susu ibu kecerdasan mampu memperoleh IQ sehingga tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

7.Mulut

Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia dapat membantu perkembangan otot bahagian muka yang baik.

8.Lidah

Khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari. Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi. Justeru, susu ibu yang mempunyai pelbagai rasa membuatkan bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pejal.

9.Sistem pernafasan

Kandungan kolostrum membuatkan bayi kurang mendapat jangkitan pernafasan, nafas kurang berbunyi, mengelakkan penyakit pneumonia dan selesema.

10.Jantung

Rendah paras kolesterol apabila dewasa kelak. Ini kerana ia mengandungi enzim I yang menghadam lemak. Kadar degupan jantung lebih rendah dan mengurangkan kadar serangan jantung.

11.Buah pinggang

Kadar kandungan garam yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang bayi.

12.Saluran kencing

Ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Malah dapat mengelak jangkitan pada saluran kencing.

13.Sistem penghadaman

Kandungan susu ibu yang mempunyai kolostrum mampu melawan jangkitan penyakit seperti cirit-birit dan sembelit. Bagi bayi baru lahir, ia dapat memudahkan pengeluaran najis (mekonium) selepas kelahiran.

14.Jalinan emosi

Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan ibu dan bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang secara semula jadi yang dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Dakapan dan sentuhan semasa penyusuan membuatkan bayi secara psikologi berasa selamat bersama anda.

 

Tinggalkan Komen