Wow, Karnival Karangkraf 2015 kembali lagi dengan acara yang lebih gempak, lebih hangat! Dianggarkan lebih 150,000 bakal berkunjung ke acara tahunan Kumpulan Media Karangkraf ini yang akan bermula dari 30 Januari hingga 2 Februari depan. Selain diskaun hebat untuk pelbagai judul buku, novel, majalah dan Al Quran serta lain-lain terbitan Kumpulan Media Karangkraf, para pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang pastinya sangat menarik!

Antaranya “The Largest Frozen Kids Gathering@Karnival Karangkraf” yang bakal menghimpunkan kanak-kanak yang menggayakan pakaian bertemakan filem animasi hebat ‘Frozen’.

Sudah tentu masing-masing akan bergaya cantik ala Princess Elsa dan Princess Anna. Pakaian tercantik bakal memenangi hadiah berbentuk wang tunai. Jadi, kepada anda yang berkelapangan boleh hadir beramai-ramai membawa anak-anak ke acara ini.

 


Berikut tentang himpunan tersebut:

TARIKH : 1 FEBRUARI 2015
MASA PENDAFTARAN : 10.00 PAGI
MASA AKTIVITI : 11.00 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran bermula jam 10.00 pagi
  • Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas (kanak-kanak di bawah umur 4 tahun boleh hadir tetapi tidak boleh ambil bahagian atas faktor-faktor keselamatan).
  • Goodies bags istimewa untuk 300 penyertaan pertama
  • Berpakaian gaya Elsa dan Anna
  • Masuk adalah PERCUMA

 

Jangan lupa singgah ke booth PA&MA kerana ada beberapa aktiviti menarik untuk anda:

  1. Peraduan PA&MA SMILEY SEARCH @ Karnival Karangkraf yang menawarkan hadiah sehingga RM8,000 termasuklah kerusi keselamatan dan pakej fotografi tajaan Camora Arts.
  2. GENIUS PA&MA CUBE PUZZLE CHALLENGE mencari ibu atau bapa bersama anak yang terpantas melengkapkan cube puzzle.
  3. BELI & MENANG HADIAH juga bakal menghangatkan booth Pa&Ma.

Selain itu, Karnival Karangkraf juga dimeriahkan dengan penampilan istimewa maskot Upin & Ipin, Chichi Chacha, BoBoiBoy dan Super Squad. Pelbagai program lain juga bakal berlangsung antaranya pelancaran Kempen Save Your Dara anjuran majalah Dara.com, program bersama Ustaz Kazim, pelancaran 100 Buku Kanak-kanak dan lain-lain lagi.

 

MOHON SHARE DENGAN RAKAN-RAKAN LAIN JUGA YA..Terima kasih semua!

Tinggalkan Komen