Musim-musim panas ni, penyejuk tekak anak mestilah ais krim. Tapi bila nak beli ais krim yang dijual dikedai pun tak berapa elok juga sebab kandungan gula tinggi.

Apa kata anda buat ais krim homemade berasaskan buah-buahan yang digemari anak. Bukan sahaja menyihatkan tapi anak mendapat vitamin dari buah tersebut.

Berikut antara perkongsian dari Puan Zarith.

Oh ya, aiskrim ni bukan sahaja sesuai untuk cuaca panas, namun sangat sesuai jika anak-anak terkena jangkitan HFMD yang susah nak makan dan minum, padahal mereka sangat perlukan Vitamin C yang tinggi untuk melawan virus.

Jom tengok macam mana nak buat aiskrim yang senang ni.

 

Homemade Aiskrim Mango

Zarith suka tambahkan chiaseed dalam aiskrim. Selain mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, ia juga kaya dengan Omega-3 yang sangat bagus untuk antibodi dan otak anak-anak kita.

Kadang tu Zarith suka hiris buah-buahan dan letak dalam aiskrim tu. Contohnya aiskrim kiwi, Zarith suka tergigit-gigit buah kiwi tu, sedap sangat!

Tapi untuk aiskrim mangga ni, Zarith kisarkan saja buah mangga berserta yogurt natural farm fresh tu. Zarith tak tambah air sebab nanti akan ada perasaan frost bite tu, macam kurang sesuai pula untuk anak-anak.

Kalau nak sedap lagi, lepas dah siap kisar tu boleh tambah buah-buahan kering macam cranberi atau strawberi, gaulkan saja, tak perlu kisar

Dah siap semua tu, boleh la masukkan dalam bekas aiskrim dan masukkan dalam peti sejuk. Tunggu la selama 24 jam, tapi kalau anak-anak dah tak sabar, ajak mereka tidur siang dulu, bangun tidur lepas main di taman permainan tu boleh la bagi.

Selamat mencuba! Senang je kan.

Sumber: ibuzarith

Tinggalkan Komen