Ibu bapa akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk memastikan si manja mereka membesar dengan sihat dan bijak.

Tempoh yang penting untuk perkembangan otak adalah sebelum si manja mencecah umur 5 tahun.

Menurut kajian, otak kanak-kanak akan berkembang sehingga 90%1 sebelum mencecah umur 5 tahun. Oleh itu, keupayaan mereka untuk melihat, mendengar dan bertutur pada tahap ini akan berkembang pesat.

Perkembangan lobus frontal (bahagian depan otak) yang betul adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Lobus frontal yang berkembang baik adalah penting untuk aktiviti kognitif termasuk perhatian, perancangan dan penyelesaian masalah-masalah.2

Memilih makanan berkhasiat untuk anak bukanlah terlalu sukar sebenarnya. Apa yang penting ibu perlu menyediakan pelbagai makanan daripada empat kumpulan makanan penting dan ia dikira menjadi kemungkinan pemakanan terbaik untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembelajaran anak anda.

1.Buah dan sayur-sayuran

Buah dan sayur-sayuran memberikan tenaga, vitamin, anti-oksida, fiber dan air pada badan si kecil. Ia membantu melindungi badan anak daripada pelbagai jangkitan penyakit.

2.Makanan bijirin

Makanan bijirin termasuk roti, nasi, pasta, jagung, dan pelbagai lagi. Kumpulan makanan ini memberikan tenaga untuk anak membesar.

Makanan bijirin dengan rendah indeks gylcaemic seperti pasta dan roti diperbuat daripada gandum penuh memberikan tenaga berpanjangan kepada kanak-kanak.

3.Makanan tenusu

Susu, keju dan yogurt terkenal dengan kandungan protein dan kalsium yang tinggi membantu membina tulang dan gigi yang sihat. Cuba hidangkan makanan tenusu berbeza kepada anak setiap hari seperti minuman susu, kepingan keju, semangkuk yogurt dan bermacam lagi.

4.Protein

Jangan abaikan protein dalam penyediaan makanan anak. Protein penting untuk tumbesaran dan perkembangan otot kanak-kanak.

Makanan yang tinggi protein termasuk daging, ikan, telur ayam, kacang, kacang kuda, tofu dan kekacang. Makanan ni turut mengandungi lain-lain vitamin dan mineral seperti zat besi, vitamin B12 dan asid lemak omega-3.

Zat besi dan asid lemak omega-3 daripada daging merah dan minyak ikan adalah paling penting untuk perkembangan dan pembelajaran otak kanak-kanak.

60% otak kita juga terdiri daripada lemak dan salah satu lemak yang paling penting adalah DHA atau docosahexaenoic acid3 kerana ia membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Kajian menunjukkan bahawa dengan penambahan DHA dalam diet kanak-kanak meningkatkan kognisi (proses pemikiran seperti mengingati, menaakul, menganalisis dan menyelesaikan masalah) dan tingkah laku4 serta fokus5 mereka.

Tidak hairanlah bahawa ramai ibu di Malaysia memilih Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA7.

Bukan itu sahaja, setiap hidangan susu Dutch Lady Nutri Plan™ mengandungi FOS (sejenis fiber) serta 20 vitamin dan mineral untuk menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

RUJUKAN/Reference:

1 Early Childhood Education Degrees, The Milestones of Your Little Rocket Scientist’s Development, 2013, available at http://www.early-childhood-education-degrees.com/milestones/.

2 Anderson V., Fenwick T., Manly T., Robertson I. Attentional skills following traumatic brain injury in childhood: A componential analysis. Brain Inj. 1998;12:937–949. doi: 10.1080/026990598121990.

3 Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590.

4 Kuratko CN, et al. Nutrients. 2013 Jul; 5(7): 2777–2810.

5 Lauritzen L, et al. Nutrients 2016;8(1):1-17.

7 Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (tahun 2009)

 

 

 

 

Tinggalkan Komen