Berapa ramai ibu ayah yang dapat bayi perempuan tahu bila masa sesuai untuk khatankan anak masing-masing? Bagi yang baru bergelar ibu ayah tentu keliru dan mungkin ada yang risau untuk khatankan anak kerana bimbang si kecil akan sakit.

Kalau anda baru menimang cahaya mata perempuan, boleh baca penjelasan lengkap yang ditulis oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak dalam facebook beliau.

“Bila nak bawak Hannan Khaira bersunat? Lagi awal lebih bagus ke atau lebeh elok tunggu dia besar sikit? Tapi…. macam seriau plak dengar sunat baby girl ni. Sakit tak kalau sunat baby girl ni ya?”

Bagi ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata bayi perempuan – ini salah satu persoalan yang semestinya akan bermain dalam kepala. Kalau anak laki sunat biasa la kan mendengarnya. Tapi, kalau sunat anak perempuan ni masih ada segelintir yang was-was tentang prosedurnya.

Berkhitan / berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya ‘melukakan’ sebahagian kulit pada bahagian atas clitoris. Bahagian yang dilukakan itu sangatlah kecil sebenarnya dan jauh sekali berbeza dgn proses bersunat lelaki. Jangan ingat sama pulak

Ibu Ayah Yang Dapat Bayi Perempuan, Kena Tahu Beberapa Perkara Sebelum Sunatkan Si Kecil

HUKUM BERKHATAN ANAK PEREMPUAN DALAM ISLAM

Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus.

Walaubagaimanapun, islam ini mudah – ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah WAJIB. Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Mari kita perhatikan beberapa perbahasan dan ulasan yang meletakkan hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam. Ianya merujuk kepada hadis Khitan anak perempuan dinaskan dalam syariat.

Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha:

IKLAN

إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج

“Apabila Engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, kerana itu lebih boleh membuat ceria wajah dan lebih disenangi oleh suami.”

Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafie dan Hambali hukumnya WAJIB bagi lelaki dan perempuan.

Ibu Ayah Yang Dapat Bayi Perempuan, Kena Tahu Beberapa Perkara Sebelum Sunatkan Si Kecil

Bila nak sunatkan baby girl?

Umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.

Tiada had umur, tapi saya personally prefer bayi perempuan yang kurang setahun umurnya – senang untuk handle, dan recovery cepat.

IKLAN

Macam mana sunat baby girl ni? Kena jahit ke mcm sunat laki?

Berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan melukakan sebahagian kecil selaput kulit pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan.

Para ulama juga menegaskan bahawa khitan perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong sehingga boleh mengakibatkan kemudaratan.

Kalau diikutkan, prosedurnya tak sampai 5 minit atau kurang. Ia menggunakan peralatan perubatan moden yg bebas kuman – saya gunakan jarum halus yg steril/bebas kuman dan bayi tidak perlu suntikan bius

Sebelum bawak baby girl anda bersunat –

Ibu bapa perlu memastikan keadaan kesihatan bayi adalah baik. Maksudnya, tangguhkan dahulu sekiranya anak demam, batuk, atau mempunyai masalah kesihatan lain.

IKLAN

Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan berkaitan kesesuaian umur anak dan keadaan kesihatan . Sebaiknya, carilah doktor yang berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini.

Ada penjagaan khusus ke lepas sunat?

Berbanding berkhatan lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang sgt cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan.

Lazimnya selepas ditekup dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.

Takda pantang apa-apa ye

Akhir kata berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan dan sgt dituntut.

Khitan juga dapat membawa kesempurnaan agama, keindahan, dan meluruskan syahwat.

“Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.”

(Direkodkan oleh Al-Baihaqi)

Dr. Muhammad Izzat Bin Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sumber: Muhammad Izzat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI