Setiap ibu bapa kena rajin buat aktiviti cara rangsangan supaya anak membesar menjadi seorang yang genius atau bijak terutama apabila memasuki tadika nanti. Ya benar, ia mungkin mewarisi kebijaksanaan daripada ibu atau bapa itu sendiri. Namun kebijaksanaan si kecil boleh dipupuk sejak kecil. Apa yang boleh anda buat untuk merangsang kebijaksanaan si kecil? Ketahui 10 cara mudah untuk diikuti.

Setiap ibu bapa kena rajin buat aktiviti cara rangsangan supaya anak membesar menjadi seorang yang genius atau bijak. Ya benar, ia mungkin mewarisi kebijaksanaan daripada ibu atau bapa itu sendiri. Namun kebijaksanaan si kecil boleh dipupuk sejak kecil. Apa yang boleh anda buat untuk merangsang kebijaksanaan si kecil? Ketahui 10 cara mudah untuk diikuti.

  1. Belajar muzik

Belajar bermain alat muzik merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil kajian Universiti Toronto, Amerika Syarikat, pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecil di sekolah. Semakin lama anak anda belajar bermain muzik, semakin jelas hasilnya boleh dilihat. Oleh itu, dedahkan anak-anak dengan alat muzik atau lagu-lagu yang sesuai sejak kecil untuk kecerdasan otak.

Menurut hasil kajian Universiti Toronto, Amerika Syarikat, pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecil di sekolah.
  1. Tingkatkan kesihatan

Beberapa kajian telah membuktikan bahawa tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pelajarannya di sekolah. Kanak-kanak yang sihat akan aktif di sekolah dan meningkatkan keyakinan diri, sentiasa bersemangat dan dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri anak-anak. Justeru, tingkatkan kesihatan anak dengan amalan gaya hidup yang sihat di samping memberikan makanan yang berkhasiat untuk si kecil.

Pastikan hidangan yang berkhasiat dan elakkan makanan ringan dalan menu hariannya
  1. Elakkan makanan ringan

Seperti yang anda ketahui, makanan ringan tidak mempunyai khasiat, malah kebanyakannya boleh memudaratkan kesihatan bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah kepada orang dewasa juga. Kandungan gula yang tinggi, garam berlebihan dengan pewarna dan pengawet boleh mengakibatkan banyak penyakit. Berikan anak-anak anda makanan semula jadi yang sihat dan segar. Amalkan snek sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan malah membantu perkembangan otak untuk membesar dengan bijak dan sihat.

  1. Memupuk rasa ingin tahu

Berikan perhatian terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan perkara-perkara baru adalah cara untuk mendidik si kecil anda di rumah mahupun di luar rumah. Contohnya ajak membeli-belah bersama supaya mereka tahu cara penggunaan wang dan lain-lain. Semua ini merupakan cara yang baik sekali gus boleh diguna pakai untuk memupuk rasa ingin tahu anak-anak tentang kehidupan orang dewasa.

  1. Membaca

Dalam dunia moden dengan peningkatan teknologi secara meluas, ramai yang mengabaikan pentingnya membaca. Membaca merupakan cara meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan. Membacakan anak-anak anda buku cerita yang menarik atau cerita dogeng kegemaran mereka, ajak ke perpustakaan pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaan antara cara terbaik untuk memupuk minat membaca si kecil.

Ajak ke perpustakaan pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaannya
  1. Sarapan pagi

Pastikan si kecil anda mengambil sarapan pagi mereka kerana seorang anak yang bersarapan akan memiliki ingatan yang lebih baik, dapat menumpukan perhatian di sekolah dan dapat belajar lebih cepat. Tidak perlu sarapan yang berat setiap hari, cukup sekadar segelas susu bersama sandwic atau bijirin sarapan yang dapat mengenyangkan. Itu sudah mencukupi bagi memulakan hari dengan penuh bersemangat.

Tidak perlu sarapan yang berat setiap hari, cukup sekadar segelas susu bersama sandwic atau bijirin sarapan
  1. Permainan menguji minda

Cuba lakukan permainan menguji minda seperti catur, teka silang kata, Sudoku atau permainan lain yang dapat merangsang otak boleh diberikan kepada anak-anak anda. Permainan sebegitu dapat merangsang cara mereka berfikir secara bijaksana dan meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah.

  1. Menghafal dan belajar perkataan baru

Ajarkan anak-anak anda dengan perkataan baru setiap hari yang sering diguna pakai dalam kehidupan seharian atau mintalah mereka menghafal kamus atau menghafal sifir. Hal tersebut dapat membantu meningkatkan kecerdasan otak anak-anak kecil anda.

  1. Beriadah

Tutup televisyen dan ajaklah anak anda keluar untuk beriadah di taman atau bermain bola dan sebagainya. Galakkan mereka cara hidup yang sihat kerana badan yang sihat membuatkan otak si kecil anda cerdas.

Lakukan aktiviti riadah di taman

 

 

 

Tinggalkan Komen