Ibu bapa dianggap pembuli emosi dalam diam jika suka membezakan anak-anak. Adakah anda perasan?
Bila dah ada lebih dari dua anak, sebagai ibu bapa kita tak perasan yang sebenarnya kita ada sikap suka membandingkan. Nampak macam isu remeh. Namun impak sangat besar pada jiwa anak-anak.
Perlu diketahui anak yang umurnya 0 hingga 7 tahun, minda mereka menyerap semua apa yang di dengar dan di lihat. Kelakuan ibu bapa menjadi role model mereka.
Menurut Perunding Motivasi, Azura Hashim apabila ada sikap membanding-bandingkan umpama kita meremehkan keupayaan anak-anak dan secara tidak langsung menjadikan anak itu membesar sebagai seorang yang tidak berkeyakinan dan penuh dengan tekanan.
Lebih malang lagi, potensi anak-anak tidak di gilap sebaiknya disebabkan tidak yakin atas keupayaan diri mereka.
Jika diikutkan, membanding- bandingkan anak dikatakan antara salah satu cara ibu bapa membuli anak. Mungkin bagi ibu bapa niat sebenar bukan mahu memotivasikan anak dengan membanding, sebaliknya menjadikan anak mereka seorang yang reaktif.
Sebagai ibu bapa, kita yang harus proaktif. Tukar daripada pujian atau membanding anak kepada memuji Allah.
Contohnya:
Anak yang sulung rajin dan bijak belajar
Maka pujian untuknya yang secara tidak lansung memuji Allah :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang soleh, rajin dan bijak seperti Hadif ini
(Pujian untuk Allah indirect semangat pada anak. Pujian juga berbentuk general untuk memuji anak kita yang lain).
Saat anak lain pula yang tolong walaupun mungkin terpaksa, Puji yang sama :
Terima Kasih Allah kerana berikan anak yang solehah seperti Umairah ini. Jadi tak nampak membanding-bandingkan.
Setiap manusia diberi potensi, kelebihan yang berbeza. Salah satu bukti menunjukkan bahawa Allah Ya Musowwir Yang Maha Kreatif.
Pujian anak melalui memuji Allah boleh memperkasakan kelebihan, menutup kelemahan agar termotivasi menjadi yang lebih baik.
Kita berusaha berikan didikan yang terbaik. Selebihnya, serahkan urusan anak- anak kepada Allah Ya Baari yang maha menguruskan.
Semoga, walau di bidang apa pun, mereka menjadi insan yang memberi manfaat dan cemerlang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Anda Mungkin Bijak Kalau Ada 11 Petunjuk Ini
Anda tertanya-tanya sama ada anda ada anak bijak yang mahir berfikir dan tinggi kemahiran kognitifnya?
Ya, kepandaian anak anda boleh diketahui dengan lebih awal, sebelum mereka mula mengambil peperiksaan di sekolah lagi! 11 petanda awal yang anak anda seorang yang bijak, melebihi dari kanak-kanak biasa yang lain.
- Anak anda mudah ingat
Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu.
Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah, atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya.
Cuba anda uji ingatan anak anda. Lakukan games atau aktiviti berdasarkan memori. Dengan cara ini, bukan sahaja anda boleh lihat sama ada anak anda mempunyai kepandaian dari kecil, malah dapat membantu menguatkan lagi daya ingatannya.
- Anak anda suka termenung
Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu.
Dr. Deborah L. Ruf, seorang konsultant akademik menerangkan anak yang pintar suka melihat dan memberi penumpuan pada sesuatu sedari usia muda!
Sudah tentu, sebagai kanak-kanak, renungan itu mungkin juga renungan kosong. Tetapi, ada ketikanya, dia bukan termenung tanpa berfikir. Boleh jadi dia sedang berfikir secara mendalam dan sedang mempelajari sesuatu.
- Anak anda boleh membuat rumusan tentang sesuatu perkara
Kemahiran anak anda untuk berfikir dan membuat rumusan tentang sesuatu hal juga boleh menjadi petunjuk yang si kecil anda itu bijak orangnya.
Contohnya, apabila dia melihat seseorang sedang membuat sandwich, dia pasti boleh merumuskan bahawa orang itu sedang lapar dan akan makan roti sandwich tersebut.
Bagi kita, perkara ini sangat mudah dan bukan sesuatu untuk dibangga, tapi jika anak anda mampu berfikir sedemikian, maka itu adalah sesuatu yang memberangsangkan!
Menurut pakar dari What to Expect When You’re Expecting, kemampuan anak kecil untuk membuat hubungan antara satu perbuatan dengan perbuatan lain dan memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian adalah satu tanda kepandaian.
- Anak anda suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar
Jika anak anda gemar bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar darinya, maka itu juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak budaknya.
Lyn Kendall, seorang konsultant dari British Mensa berkata yang kanak-kanak bijak suka bergaul dengan orang lebih berusia darinya.
Mereka bukan sahaja matang, malah dapat belajar dari kanak-kanak yang lebih berusia darinya. Malah, kemahiran berfikir juga mampu berkembang pesat jika dia terus bergaul dengan cara ini.
- Anak anda petah bercakap
Kanak-kanak yang petah bercakap dan pandai bersembang pada usia muda juga dikatakan lebih bijak dari kanak-kanak yang seusia dengannya.
Menurut Institut Davidson, kemahiran bahasa yang tinggi adalah antara ciri yang selalu ada pada kanak-kanak genius. Pada anda, mungkin si kecil anda itu bak ‘burung murai’, tapi sebenarnya, ia adalah keupayaan si kecil anda dalam mengekspresikan pemikiran dan perasaannya!
- Anak anda susah untuk tidur
Ini lagi satu petanda yang anak anda itu seorang yang bijak. Mungkin pada anda, ia adalah satu masalah kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, anak yang bijak memang sukar untuk lena!
Menurut Dr. Ruf, ini adalah kerana otaknya sedang ligat berfikir, sehinggakan dia tidak mampu untuk lena dek pemikiran tanpa henti itu.
- Anak anda gemar bersosial
Ada kanak-kanak pemalu sifatnya. Ada juga pendiam dan tidak pandai bermain dengan kanak-kanak lain. Tapi, kalau anak anda suka berkawan dan tidak suka duduk diam bila berjumpa dengan rakan sebaya dengannya, maka ini juga petanda yang anak anda itu bakal menjadi orang yang pandai.
Lyn Kendall dari Mensa menerangkan yang sifat suka bermain, bergurau dan bersosial adalah ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.
Jadi, jika anak anda memeriahkan suasana anda ketika berkawan, ketahuilah bahawa anak anda itu ada bakat istimewa.
- Anak anda menunjukkan pelbagai emosi
Kemahiran untuk meluahkan pelbagai perasaan juga adalah antara ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.
Dr. David Palmer, seorang ahli psikologi menjelaskan kepada Psychology Today bahawa anak yang bijak itu lebih beremosi dari kanak-kanak biasa.
Mereka sensitif dan mampu menunjukkan rasa simpati dan empati pada orang lain. Jadi, ibu ayah, jika anda perasan yang anak anda sering berubah emosinya, ketahuilah bahawa dia sedang meningkatkan kemahiran emosi serta kognitifnya.
- Anak anda sentiasa banyak tenaga
Banyak bergerak, bermain serta mempunyai tenaga yang tinggi bukanlah ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak hiperaktif semata-mata. Tetapi, ia juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak orangnya.
Dr. Hillary Hettinger Steiner dan Dr. Martha Carr menjelaskan yang stimulasi mental serta fizikal adalah tanda kepandaian pada kanak-kanak!
- Anak anda minat pada sesuatu perkara dari usia kecil
Kanak-kanak gemar bertukar minat. Tapi, kalau anak anda sukakan sesuatu perkara untuk masa yang lama, ini adalah tanda kebijaksanaan.
Contohnya, walaupun anak anda masih kecil, tapi dia sudah ada hobi tersendiri – lagi-lagi kalau dia memang berbakat dalam hobi yang diminatinya itu!
Menurut Baby Center, anak anda mungkin berbakat jika dia mahir dalam sesuatu aktiviti, contohnya seni, sukan atau pandai bermain dengan nombor.
- Anak anda suka buku
Bukan semua kanak-kanak gemarkan buku. Hanya yang istimewa sahaja tertarik dengan buku – menyelak setiap halaman, melihat gambar dan membacanya!
Jika anda perasan dari awal yang si kecil anda gemarkan buku, berbanding alat mainan lain, maka, ketahuilah bahawa anak anda mungkin seorang yang cerdik.
Menurut New York Parenting, kanak-kanak yang pandai selalu menunjukkan minat dalam membaca sebelum mereka masuk ke alam persekolahan lagi!
Apa pandangan anda? Anak-anak ada tunjukkan tanda-tanda ini tak?
Sumber: my.theasianparent.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Disiplinkan Anak, Ibu Ayah Jangan Marah Serentak. Kena Seorang Tegas, Seorang Bertenang
Ibu marah, cari ayah. Ayah marah, cari ibu. Biasa berlaku kan? Apa respon kita sebagai ibu/ayah?
Keadaan ini selalu berlaku pada anak-anak untuk mereka dapat perlindungan atas kesalahan yang dilakukan.
Sekali sekala bertegas dengan anak perlu untuk mendidik. Cuma bagaimana cara ibu bapa buat sebenarnya yang akan menentukan sikap anak bila mereka besar.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani boleh membantu ibu bapa bila berdepan situasi ini.
Mempertahankan anak
Habislah. Apabila salah seorang bos dalam rumah (mak/ayah) marah, pastikan ia adalah untuk mendidik. Jika untuk mendidik, bos lagi satu please please please. Janganlah defend anak tersebut. Kenapa? Anda akan menyebabkan anak pandai manipulate keadaan. Keharmonian akan terganggu.
Dalam mendidik anak perlukan kesepakatan.. Parti politik tak sama tak apa.. Tapi bab mendidik anak WAJIB SELARI. Bila selari, pasti berjaya.
Marah sama-sama
Ops… Walaupun perlu SELARI, tindak balas tak perlu COPY. Ayah dah marah, mak jangan marah sama. Kalau hati tisu, lari ke kawasan lain. Biar ayah yang uruskan sampai habis. Bila dua-dua marah, emosi anak akan super duper affected.. Cukup seorang.
Take over
Biasa juga kan. Mak marah tak jalan, ayah take over.. Jika balance take over antara mak dan ayah mungkin ok. Tetapi jika satu pihak sahaja yang selalu take over, agak kurang sihat. Kesannya sesetengah anak akan merasakan mak/ayah yang berundur dari kemarahan untuk di take over by another parent kurang authority.
Apa pun ibu bapa perlu ingat marah untuk mendidik. Elakkan marah kerana emosi.
Sumber: Aabidah Ab Ghani (Terapis Cara Kerja)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa Ada Anak Ramai Boleh Cuba 10 Cara Ibu Ini Kawal Anaknya Waktu Makan Di Luar
Selalu orang cakap kalau ada anak ramai susah nak bawa mereka makan di luar.
Biasanya sukar nak kawal pergerakan mereka dalam satu masa. Bila dah bersama adik-beradik macam-macam tingkah laku yang akan ditunjukkan.
Tapi seorang ibu ini, Puan Siti Maisarah Saifuddin membuktikan semua itu adalah silap.
Suri rumah ini mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan lima orang anak lelakinya terutama ketika membawa mereka bersiar-siar dan makan di luar.
Cara ibu ini mengawal tingkah laku anaknya boleh dicontohi oleh ibu lain yang juga mempunyai anak yang ramai.
Lumrah seorang ibu surirumah.
Bila punya anak yang ramai, hampir sebahagian tugasan terpaksa diambil alih sepenuhnya.
Kerapkali saya ditanya,
Macamana saya urus anak-anak hero 5 orang ni di tempat awam, kemana-mana sahaja.
Percaya tak kalau saya katakan,
Anak ramai sebenarnya lebih mudah diurus berbanding 2 ke 3 orang?
Eh biar betul?
Ye, betul.
Ini situasi ketika saya membawa mereka keluar.
Habib 9 tahun.
Hanif 7 tahun.
Hafiz 6 tahun
Hasyri 4tahun.
Hakim 1 tahun.
Sebelum keluar, mulakan dari rumah.
1. Pesanan penaja.
Sebelum keluar rumah, saya pastikan semua settle dahulu.
Kalau ada anak yang jenis pakai pampers waktu malam je, so pakaikan siap-siap pampers. Walaupun nak keluar kejap je. Sebab time dia nak kencing ke apa, dia tak mengganggu waktu kita di luar atau tempat awam.
Kalau tak, macamana nak berlari cari tandas lagi?
Nak-nak kalau tengah drive.
Tetiba, umi nak kencing! Ala padan…
Selalunya hasyri memang saya pakaikan pampers siap-siap.
Kemudian, pesan siap-siap pada abang-abang yang lain.
“Pergi toilet siap, kalau nak kencing lepas ni masa umi drive, umi tinggal tepi jalan je. “
Selalu saya guna ayat ni, dia orang dah takut. Haha.. so cepat-cepat ke toilet belaka.
2. Situasi dalam kereta.
Saya akan beri pesanan siap-siap pada abang.
“Habib yang paling besar mesti jaga Hasyri yang kecik.
Hanif mesti jaga Hafiz.
Always pimpin tangan adik, jangan berlari.
Kalau sesiapa berlari, tak dengar umi cakap, tak ingat apa yang umi pesan, umi uturn balik.
Siapa good boy, umi belanja ABC.”
ABC adalah kegemaran anak-anak.
Dan saya tahu, itu reward paling baik untuk beri pada anak-anak.
Dalam kereta, pesan siap-siap mohon behave.
Tak nak bergaduh. Tak nak bertengkar.
Anak lelaki kan. Sekali bergaduh bertumbuk, dengan mak sekali jadi ninja!
Pernah tetiba hampir sampai di tempat dituju, dia orang tetiba bergaduh.
Apa saya buat?
Saya pegang pada janji.
Saya UTURN balik on the spot.
Haru kan? Mana tak haru nak-nak kalau time tu nak gi makan dan perut kita pun tengah lapar.
Memang kesian kat anak.
But, kena jadi parent yang pegang pada janji.
Once you cakap uturn kalau bergaduh, so please make it uturn.
Sebab apa? Meh saya cerita.
Peristiwa ni hampir berkali-kali terjadi.
Memang nak bagi mereka behave tempat awam bukan senang.
Ada time order makan, dia bergaduh. Pun saya uturn balik.
Bukan tak kesian kat anak.
Tapi memberi pengajaran.
Dan anak tahu, kita betul-betul tegas.
So next time, anak-anak dengan sendirinya berjaga-jaga.
3. Susun kedudukan di meja makan.
Selalunya saya pilih meja makan yang luas, tepi sekali.
Anak-anak saya jenis berebut nak makan tepi umi dan adik baby (hakim).
Mereka berempat akan berebut kerusi dahulu.
So masa tu, ibu main peranan paling penting.
Ibu dihujung sini.
Abang paling besar dihujung sana.
Make sure adik yang dia orang kena jaga duk sebelah masing-masing.
So diorang tahu tanggungjawab dia orang belum habis.
Oh ya! Make sure masa nak keluar makan ni,
Anak-anak memang betul-betul lapar!
Kalau ada yang tak nak makan, better beli tapau je.
4. Order makan satu persatu.
Selalunya kalau pergi makan, mesti order air dulu kan?
Kali ni tukar.
Order makanan sahaja dulu.
Air order bila dah habis semua makan.
Sebab bila anak minum air dulu, dia takkan habiskan makanan dia orang.
Dan selalunya bila dah habis makanan, semua behave, saya akan bagi reward pada dia orang.
Ok, order abc. So dia orang tahu, sape behave masa makan, umi bagi hadiah.
But ingat!
Kalau order abc, order untuk 2 orang je.
Contoh kalau berempat. Then mintak mangkuk lebih.
Ibu, masa order sampai, rasa dulu makanan tu. Baru bagi anak makan. Even sesudu sahaja.
Then bagi-bagikanlah makanan tu. Dia orang still berkongsi.
Kalau ada yg merajuk, saya pesan siap-siap.
Ok. Jangan makan. No more datang makan lagi. Nanti duduk rumah je.
Dah tak boleh have fun dengan umi.
Automatik yang merajuk tadi nak makan. Hoho..
Sebab dia tahu umi tegas.
Kalau umi sanggup uturn, umi mesti sanggup tinggal dia kat rumah jugak.haha
Oh ya! Tahu tak kenapa ibu kena merasa dulu makanan anak-anak? Nanti saya sharing.
Seronok story bab ni!
5. Situasi semasa makan.
Pernah kan anak tengah makan, comot-comot.
Ibu, belajar beri arahan pada anak yang sulung.
“Abang, lap mulut adik tu. Kesian adik comot. Hahaha”
Kenapa hahaha? Sebab nak ambik hati abang yang tengah mood makan tadi kot spoil mood sebab kena tengok adik tetiba.
Ibu, wujudkan situasi lucu dan kelakar.
Rajin tanya anak, sedap tak? Suap umi sikit.
Jangan pelik kalau tetiba 4 orang sekaligus berebut nak suap.
Masa tu pandai-pandai la ibu bagi giliran.
Selalunya di kedai makan, saya akan order 3 nasi sahaja. Yang dua orang lagi akan berkongsi. Saya orderkan pinggan lebih.
Kalau ada yang tak cukup, baru menambah.
Kenapa?
Sebab sayang tengok nasi yg tak habis.
Nanti saya nak habiskan macam mana?
6. Pakaian ibu.
Bila keluar makan, saya make sure pakaian saya bebas bergerak.
Tak semestinya seluar.
Tapi kain yang bebas untuk bergerak lebih laju.
Bila berjalan,
Hasyri akan pimpin tangan saya sementara saya dukung Hakim.
Habib, hanif dan hafiz akan berjalan berpimpin tangan.
Kalau menghalang jalan, maka saya bagi arahan jalan berdua.
Begitu juga dengan niqab.
Saya lebih selesa memilih niqab yang senang dibuka ketika makan.
Dan niqab ElHuda pilihan saya sebab lebih mudah.
7. Nak ke mana selepas makan?
Kenal pasti minat anak-anak.
Sedari kecil, saya biasakan anak dengan buku sebagai reward.
Sampai di kedai buku ibarat heaven buat mereka.
Saya biarkan mereka memilih buku kesukaan.
Pilihlah buku apa. Umi akan cuba setuju.
Ada jugak pilih buku komik ke apa.
Selalunya saya bertolak ansur.
8. Macam mana kalau anak nampak mainan masa keluar?
Pernah saya tengok situasi anak tantrum kerana nak mainan yang mahal.
Ibu bapa menahan pilu yang amat di hadapan orang.
Saya ingat pesan bonda,
“Jangan ditahan kemahuan anak.
Kalau tak setuju, nasihat yang baik.
Kalau tak makan saman, tukarlah. Beli barang lain.”
Itu yang saya buat.
Tipulah kalau anak saya tak pernah mintak mainan.
Itu dunia anak-anak kecil tanpa batasan.
Selalunya saya bawa mereka ke kedai mainan.
Saya bagi peluang mereka melihat.
Tapi bila tengok harga, saya rasa macam telan bom.
Saya bagitahu siap-siap.
Umi tak cukup duit.
Pernah sekali dia orang merengek nak jugak mainan.
Saya belikan dalam sendu.
Naik kereta, dia orang mintak beli air.
Saya pura-pura menangis, duit dah habis.
Macamana nak beli air.
Saya keluarkan dompet.
Memang duit dah habis.
Anak kedua saya tetiba nenangis dan meminta maaf berkali.
Mungkin serba salah duit dah beli mainan.
Sejak haritu dia belajar sesuatu.
Habib dan hanif faham setiap kali saya katakan umi tak cukup duit.
Saya belajar mohon maaf dengan anak jika tak dapat memenuhi permintaan.
Selalunya kalau ke tempat mainan, saya bagi dia pegang dan tengok sepuasnya.
Biar hilang rasa bosan dan keinginan.
Lama-lama dia orang tahu,
Heavennya di kedai buku berbanding kedai mainan!
9. Apabila semua selesai.
Selalunya bila naik kereta, otw balik,
Saya tanya perasaan anak-anak setiap seorang.
Bila gembira, apa yang perlu buat?
Saya pastikan mereka berterima kasih dengan saya.
Agak lama nak ajar mereka berterima kasih sekalipun untuk happy-happy time.
Alhamdulillah sekarang tak lagi.
Awal-awal beli atau dapat sesuatu,
Dia orang tak lupa ucap, Terima kasih umi! Terima kasih ayah!
Percayalah!
Masa tu ibu mesti rasa macam nak lompat sampai ke bintang bila anak happy!
10. Berjanjilah. Tapi mesti tunaikan!
When you make a promise, so please!
Make it true.
Anak-anak sebenarnya belajar behave dari sebuah janji.
Reward lah bila mereka behave.
Walau sekecil-kecil reward, mereka akan lebih menghargai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI