Lahir sebesar patung barbie Armel Mikayla Muhammad Akram kini membesar dengan sihat tak sampai setahun.

Siapa sangka kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun menempuhi pelbagai cabaran di peringkat awal selepas dilahirkan Mikayla mampu bertahan.

Menceritakan pengalaman membesarkan anak yang dilahirkan seberat 1.83 kilogram ini, ibunya Nur Aisyah Syadiyah Sajuddin sangat kecewa dengan penerimaan orang sekeliling.

“Mikayla tak membesar dalam perut. Selepas dilahirkan Allah uji lagi apabila dia kena demam kuning lebih dari 300 dan perlu berada di bawah lampu selama dua hari sehingga berat drop kepada 1.7 kilogram.

“Macam-macam orang bagi tanggapan masa tu. Ada yang kata anak saya macam alien sebab kulit kedut-kedut, kecil dan gelap. Tak macam bayi lain yang putih gebu.

“Saya tak putus asa dan malas nak fikir apa-apa masa tu, yang penting saya jaga waktu susu dia, bagi dia tidur secukupnya, dan paling penting elakkan dia nangis lama-lama. Sebab bila baby nangis boleh kurangkan berat badan dia. Alhamdulillah sekarang anak saya nak masuk 11 bulan. (Birthday dia 26/12 nanti). Dia banyak berubah. Badan makin berisi. Kalau dukung boleh terseliuh juga la bahu kalau lupa bawa stroller or baby carrier.

“Jadi pada ibu atau bakal ibu yang lahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat badan, jangan give up, jangan stres, jangan layan apa orang nak kata. Kita fokus je besarkan anak kita dan pastikan anak sihat.”

Antara tip yang dipraktikkan oleh Syadiyah boleh digunakan oleh ibu untuk mengemukkan bayi yang kurang berat badan.

1) Kerap menyusu anak

Ibu kena rajin dan kerap menyusukan anak. Bagi bayi baru lahir, pastikan dia menyusu 2 jam sekali. Kuantiti sikit tak apa, janji kekerapan tu ada.

2) Pastikan anak cukup tidur

Waktu tidur anak penting. Pastikan dia tidur siang sekurang-kurangnya 2x sehari. Utk baby new born hingga 3 bulan waktu tidur lebih banyak lebih baik. Bila perut anak kenyang , dia tak ada masalah untuk tidur. Macam tu juga dengan waktu malam. Pastikan perut anak betul-betul kenyang, jd dia takkan kejutkan anda bangun malam untuk bancuh susu. (Pengalaman sy Mikayla memang tak pernah bangun malam untuk minum susu. Dia akan tidur smpai ke pagi)

3) Elakkan anak stres

Ini penting. Jangan paksa anak kalau dia tolak susu atau makanan yang ibu bagi. Pujuk atau slowtalk dengan anak. Contoh, ok dah tak nak susu tak pe. Nanti lepas setengah jam habiskan yer. Insya-Allah anak akan ikut. (Pengalaman saya, Mikayla akan ikut apa saya tetapkan. Tapi ibu kena mention dulu. Jangan main sumbat je. Rosak emosi buda tu huhu)

4) Asingkan tempat tidur anak dan ibu

Lepas habis pantang selalunya anak pndai kenal tempat tidur dia. Sama ada suasana bilik, bantal tilam atau selimut dia. Pastikan anak tidur menggunakan kelengkapan dia dr sejak lahir. Ia membantu proses tidur anak dengan lebih lena. Kalau ibu dapat ikut tip jaga kekerapan menyusu dan masa tdur, ibu tak kan ada masalah untuk asingkan tempat tidur anak. (Pengalaman saya , Mikayla tidur di katil sendiri selepas habis pantang. Dia memang tak menangis. Tapi penat la jugak. Sebab kita akan ulang alik untuk pastikan anak ok. Tapi bila masuk usia 3-4 bulan anak tak kan meragam bila kena tinggal dalam baby cot dia. Jadi saya dan suami akan dapat tidur yang nyenyak smpai ke pagi. (Ramai ibu merungut anak suka mengempeng. Mungkin perlu praktis dari awal ye.

5) Sokongan suami. Bila isteri happy anak happy

Apa pun, menjadi ibu untuk pertama kali bukan mudah. Banyak cabarannya. Apa yang penting, suami harus memberi sepenuhnya sokongan untuk membantu isteri. Bila isteri happy, anak akan happy. Punca utama anak stres, menangis, sebab ibu tak dapat kawal stres.

6) Banyak bersabar

Ibu kena banyak bersabar. Letih, stres memang tak boleh nak elak. Yang penting kena sentiasa positifkan diri untuk nak lihat anak membesar dengan sihat. Bersusah dahulu tapi ganjarannya menanti di depan. Apa pun berbalik pada Allah, mohon sungguh-sungguh pada Dia supaya membantu kita dalam segala hal.

 

Tinggalkan Komen