Tak dinafikan ibu bekerja dan ada anak kecil masanya agak terhad untuk menguruskan rumah tangga. Jadi tak hairanlah ada ibu yang tak sempat nak menyediakan makanan dirumah kerana kepenatan dan memilih untuk beli makanan yang siap atau makan di luar sahaja.

Kadang-kadang sampai satu tahap, jika dah hari-hari asyik makan di luar sahaja, tentu akan bosan. Nak mudah, praktikkan tip yang mudah untuk menyediakan makanan dan senang untuk memasak walaupun kesuntukan masa.

Selain terjamin kebersihannya, mungkin makanan yang kita masak berkhasiat.

CARA 1: SEDIAKAN BAHAN

  1. RANCANG MENU AWAL

Kita boleh menyediakan menu lebih awal secara mingguan dan pastikan barang mentah  sudah sedia dibeli lebih awal.

Ibu Bekerja Ada Anak Kecil, Boleh Masak Dengan Cepat Jika Tahu Caranya. Confirm Tak Kelam Kabut  

IKLAN
  1. SEDIA BAHAN

Selepas beli barang basah, terus saja bersihkan bahan itu seperti menyiang ikan dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lebih mudah, kita boleh simpan bahan-bahan menu setiap hari dalam beg plastik berzip atau bekas mengikut tarikh.

  1. BAHAN SEDIA DIPOTONG

Jika tidak ada banyak masa, boleh juga hidangkan makanan berkhasiat dengan membeli produk sedia dimasak dan dipotong seperti sayur-sayuran, sos siap dibotolkan dan perencah makanan.

CARA 2: CARA MASAK

  1. HIDANGAN DALAM SATU PERIUK

Ada banyak resepi hidangan yang boleh dimasak dalam satu periuk dan mudah disediakan. Cari saja di Internet. Jika mahu cepat, kita boleh sediakan semua bahan dan simpan dalam bekas untuk sekali hidangan.

IKLAN
  1. SLOW COOKER JIMAT MASA

Masukan semua bahan dalam periiuk tekanan rendah atau slow cooker sebelum pergi kerja dan hidangan siap dimasak apabila pulang. Walaupun lambat disiapkan, tetapi memang sedap dimakan.

Cara masakan begini paling sesuai untuk memasak daging keras seperti daging kambing atau lembu, boleh juga untuk ayam.

  1. BEKUKAN MAKANAN

Masak hidangan lebih awal pada hujung minggu dan agihkan dalam bekas dengan saiz bersesuaian untuk sekali hidangan ke dalam peti ais bahagian beku. Kita hanya perlu keluarkan makanan tadi dan hangatkan bagi hidangan makan malam keluarga selama seminggu.

Bagaimanapun, pastikan kita mengikut peraturan mudah ini dalam menyediakan semua bahan makanan di atas.

IKLAN

Ibu Bekerja Ada Anak Kecil, Boleh Masak Dengan Cepat Jika Tahu Caranya. Confirm Tak Kelam Kabut  

  1. JANGAN TERUS MASUK PETI AIS BEKU

Menyimpan makanan panas dalam peti ais bahagian beku atau freezer akan menyebabkan suhu meningkat dan menjejaskan makanan lain di dalam. Lebih baik, sejukkan dahulu  di luar sebelum simpan dalam freezer.

  1. LABEL TARIKH

Jangan lupa labelkan tarikh pada bekas makanan supaya tidak tersilap mengambil makanan yang disimpan terlalu lama.

  1. JANGAN GUNA LEBIH 3 BULAN

Bagi memastikan makanan tetap mempunyai rasa dan tekstur yang baik, jangan gunakan selepas 3 bulan. Makanan yang terlalu lama disimpan juga mempunyai risiko pencemaran.

Sumber: MyPositiveParenting.org

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI