Sebenarnya ibu-ibu boleh buat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja. Mudah dan berkhasiat lagi. Dahlah ‘confirm’ bersih dan halal, bahan-bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja.

Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Mereka sedang membesar memang akan kerap mengunyah. Selain itu untuk si kecil yang baru belajar makan sendiri, biskut ini boleh jadi pilihan finger food yang baik untuk mereka.

Kalau yang beli di luar, kita tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan biskut komersil yang dijual walaupun dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak mesti mengandungi gula dan garam yang tinggi. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran si kecil.

Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20!

Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resepi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.

Bahan-bahan :

1 cawan unbleached flour

2 sudu besar unsalted butter

2 sudu besar olive oil

Air secukupnya

Cara membuat :

1. Gaul semua bahan kecuali air.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh

3. Canai nipis & terap menggunakan acuan pilihan

4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing-masing.

Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dijadikan stok snek untk si manja.

Sumber: Emilia Salim

Tinggalkan Komen