Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh diamalkan oleh ibu hamil untuk menambah darah jika ada anemia. Maklum sahajalah, rata-rata ibu hamil kebanyakannya diuji dengan masalah masalah kekurangan hemoglobin (Hb) darah.

Anda perlu prihatin dengan masalah ini kerana boleh menbahayakan diri dan kandungan. Hal ini kerana kandungan darah anda tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen bagi keperluan tisu badan sendiri dan pembentukan bayi. Lebih daripada itu, ia boleh komplikasi serius yang lain seperti kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan dan mungkin boleh mengalami perkembangan yang lewat.

Antara simptom yang biasa ditunjukkan termasuklah pening kepala, lesu, kelihatan pucat, sesak nafas dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan. Jadi, atasi masalah anemia yang dihadapu dengan mengamalkan makanan tambah darah ini.

1. Jambu batu

Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana kebanyakannya mengandungi vitamin C. Vitamin ini boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C dua kali lebih banyak daripada oren.

2. Tembikai

Hb Rendah Bahayakan Ibu dan Kandungan. 9 Makanan Tambah Darah Elok Anda AmalkanTembikai yang kaya dengan vitamin A ini merupakan makanan penambah darah yang kurang diketahui ramai. Selain daripada terkenal sebagai makanan yang membantu memperbaiki kesihatan mata, vitamin A yang ada di dalam tembikai sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Hal ini kerana ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin ‘mengikat’ oksigen.

3. Buah-buahan kering

IKLAN

Jadikan kismis, kurma, prun, aprikot, buah tin dan buah kering yang lain sebagai kudapan setiap hari ketika hamil. Buah-buahan kering ini dapat membantu menambah darah kerana memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.

4. Sayur berdaun hijau

Hb Rendah Bahayakan Ibu dan Kandungan. 9 Makanan Tambah Darah Elok Anda Amalkan
Green Vegetables over White Background

Sayur-sayur yang mengandung zat besi yang tinggi adalah daripada jenis berdaun hijau. Antaranya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, sawi juga ada zat besi yang boleh membantu ibu hamil mengelakkan risiko anemia.

5. Ikan

Hb Rendah Bahayakan Ibu dan Kandungan. 9 Makanan Tambah Darah Elok Anda Amalkan

IKLAN

Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Antaranya salmon yang boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung kerana ia turut mengandungi vitamin B12 untuk pembentukan sel-sel darah.

Bagi yang gemar telur ikan pula, ia juga bagus kerana mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.

6. Daging merah

Berbanding daging putih (ayam atau burung), daging merah daripada kambing, kerbau dan lembu lebih kaya dengan protein dan mengandung banyak zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, Omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.

IKLAN

Walau bagaimanapun, daging merah juga tinggi kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko kesihatan yang lainnta pula.

7. Kuning telur

Hb Rendah Bahayakan Ibu dan Kandungan. 9 Makanan Tambah Darah Elok Anda AmalkanTelur mengandung protein, kalsium, vitamin dan zat besi. Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan menambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur dua kali sehari.

8. Roti dan bijirin berserat tinggi

Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semula jadi dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain) juga baik untuk ibu hamil menangani anemia.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI