Bila anak semakin besar, mulalah terfikir bila nak latih dia tak payah pakai ‘pampers’ lagi. Jimat kos ibu! Tapi kadangkala terasa macam tak sempat atau belum bersedia untuk melatih si kecil. Padahal si kecil sendiri sudah memberitahu keinginannya untuk buang air di tandas.

Mungkin sebab dia tengok ibu, ayah, kakak dan abang pergi ke tandas untuk buang air dan tak perlu pakai lampin sepertinya. Sebenarnya kebanyakan ibu pun akan mengalami dilema tersebut. Apatah lagi memikirkan risiko anak akan terkencing atau terbuang air besar di lantai rumah. “Aduh, malasnya nak cuci dan mop lantai!”

Sekiranya ibu ada perasaan seperti itu ketepikan segera. Kalau anak sudah bersedia untuk ke tandas sendiri, ibu kena cari jalan untuk melatihnya. Ibu-ibu boleh cuba cara seorang ibu ini melatih anaknya ke tandas dalam masa tiga hari seperti dikongsi dalam blognya.

Hari yang dinanti pon dah tiba, Sabtu 21 Februari 2015, pagi-pagi lepas mandi Zarith terus cakap kat Zuyyin “Yeay harini Zuyyin dah tak yah pakai CD, ok? Nanti selesa tau, flower tak gatal,tak panas. Nanti Zuyyin duduk kat toilet bowl frog tu, comel kan? Zuyyin suka colour green kan?” Zuyyin nampak teruja =)

Day 1:

Jadi Zarith buatkan satu kad manila dan reward Zuyyin dengan sticker setiap kali Zuyyin berjaya buang air di toilet. Tidak dinafikan hari pertama memang agak mencabar. Alhamdulillah ibu, adik Zarith dan juga Mr Hubby ada. Jadi ada yang tolong nak tengokkan Zayra sementara Zarith melatih Zuyyin, memasak dan buat kerja rumah yang lain. Setiap setengah jam Zarith akan bawa Zuyyin ke toilet. Namun ada beberapa ketika tu Zarith tengah uruskan Zayra, terbabas juga Zuyyin. 3 kali terbabas. Penat ibu Zuyyin ni mengemop rumah. It’s okay, baru hari pertama.

Ibu Ini Kongsi Cara Latih Anak Tak Pakai ‘Pampers’ Dalam Masa 3 Hari. Ibu-Ibu Lain Bolehlah Cuba!

Semasa hari pertama juga Zuyyin bagitau nak buang air besar. Walaupun puas dipujuk, Zuyyin tetap taknak duduk atas toilet bowl, jadi Zuyyin buang air besar atas lantai toilet. Terkejut Zuyyin tengok najisnya yang besar tu, selalu dalam CD mana nampak kan? hehe. Jadi terpaksa la ibu kutip dan flush dalam toilet. Stress? Mestilah tak, sebab dah belajar dari Video di bawah ni =)

Day 2:

IKLAN

Kali ni ada kemajuan, Zuyyin dah mula boleh tahan buang air kecil dalam jarak masa 1 atau 2 jam. Tapi jenuh la Zarith bertanya setiap 15 minit. Takut kejadian semalam berulang. Hari kedua ni Zuyyin takut nak buang air besar dalam toilet. Puas pujuk. “Takut la bu, Zuyyin takut”. Zarith rasa ni semua akibat tertengok najis dia yang besar tu, jadi Zarith ambil keputusan pakaikan Zuyyin pampers. Tak lama lepas tu Zuyyin dah selesai buang air besar. Ok takpa, kita cuba lagi esok.

Day 3:

Alhamdulillah Zuyyin dah pandai minta nak pergi toilet. Walaubagaimanapun Zarith tetap kerap bertanya nak buang air kecil tak. Dan harini Zuyyin berjaya buang air besar dalam toilet bowl. Yeay!! Ibu siap berjoget-joget lepas dengar bunyik “plop..Plop” hehe..Zuyyin pon nampak happy. Ibu bagi Zuyyin 2 sticker sebagai menghargai titik peluh dia, hehe.

Day 4:

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Zuyyin dah boleh bagitahu ibu bila nak pergi toilet. Dan Zarith dah mula ajar perkara-perkara yang perlu dilakukan setiap kali lepas habis buang air kecil/besar. Dan sampai ke harini iaitu hari ke 6, Zuyyin dah tau rutin tu. Masuk toilet dengan kaki kiri. Lepas buang air tak kesah besar atau kecil, kena berdehem. Selepas tu kena flush dan cuci tangan dengan sabun. Memang nampak Zuyyin happy dengan perubahan dirinya yang dah tak pakai pampers. Hari-hari dok cakap “Kakak Zuyyin dah sama macam ibu, ayah dengan wan kan? Pakai panties je.”

Alhamdulillah

Alhamdulillah

IKLAN

Alhamdulillah

Dah tak perlu basuh Cloth Diapers 10 helai sehari. Yeay!! Cuma pakaikan waktu Zuyyin tidur je, itu pon dah bising cakap panas la, gatal la. Nanti akan cuba latih Zuyyin untuk terus diaperless.

Jom tengok apa tips untuk memudah dan melancarkan proses potty train ini:

1. Bagi hint sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal kepada anak yang kita nak melatih dia ke toilet. Kalau boleh semasa mereka dalam fasa tidur-tidur ayam. Waktu ini minda separa sedar mereka lebih mudah menerima arahan

2. Ketepikan semua karpet atau apa sahaja yang berada di atas lantai.

IKLAN

Ibu Ini Kongsi Cara Latih Anak Tak Pakai ‘Pampers’ Dalam Masa 3 Hari. Ibu-Ibu Lain Bolehlah Cuba!

3. Sediakan kelengkapan yang mencukupi, contohnya seluar untuk mereka pakai semasa potty train. Zarith ada belikan Zuyyin Training Pants Charlie Banana, tapi Zuyyin tak nak pakai, jadi Zarith pakaikan Zuyyin seluar dalam biasa. Takpe lah, boleh simpan untuk Zayra nanti. Sediakan juga toilet bowl yang sesuai dengan usia mereka.

4. Gunakan bahasa yang mudah mereka fahami contohnya “shee” untuk buang air kecil atau “poop” untuk buang air besar. Tapi Zuyyin telah Zarith ajar sejak kecil lagi perkataan “purge=buang air besar” dan buang air kecil untuk buang air kecil =p

5. Bawa mereka ke toilet sekerap mungkin. Untuk Zuyyin ni Zarith mulakan dengan setiap setengah jam pada hari pertama.

6. Berikan pujian kepada anak setiap kali mereka berjaya buang air dalam toilet dan jangan sesekali tunjukkan yang anda kecewa dan marah mereka setiap kali mereka tercicir. Katakan kepada mereka,”Tak apa sayang, kita cuba lagi, ok? Sayang ibu terlupa nak pergi toilet ye?”

7. Berikan mereka sedikit ganjaran apabila mereka berjaya. Kalau Zuyyin ni Zarith berikan Sticker setiap kali berjaya buang air dalam toilet. Memang dia happy sangat.

Yang penting jangan stress, memang agak memenatkan. Make it fun for both you and your love ones, ok?

Sumber: www.ibuzarith.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI