Sekarang ni ada macam-macam cara membuat serbuk beras segera yang akan mempercepatkan proses memasak bubur si comel dikongsi oleh ibu-ibu di media sosial.
Jika anda ibu yang mementingkan kebersihan dan keselamatan makanan untuk si manja, lebih baik sediakan sendiri serbuk beras segera seperti yang dijual di pasaran. Yang penting ia juga memudahkan dan mempercepatkan proses menyediakan bubur nasi si kecil.
Perkongsian Puan Nisa Razak tentang bagaimana cara menyediakan serbuk beras segera bayi ini sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak kecil dan baru nak mula belajar makanan pejal.
Mommy-mommy yang ada anak kecik baru nak belajar makan, elok sangatlah buat serbuk beras ni. InsyaAllah sangat praktikal dan mempercepatkan kerja.
Cara menyediakan serbuk beras instant
Cara masak bubur menggunakan serbuk beras
Semoga bermanfaat!
Sumber/Foto: Facebook Nisa Razak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakso Ekspres Tak Perlu Tumis. Hanya Rebus Semua Bahan, Rasanya Sangat Kaw!
Selalu hidangan nasi pun, kadang naik jemu sampai tak tahu nak masak lauk apa. Kali ni cuba buat bakso style mudah. Rasanya yang kaw dengan manis air daging dan bebola memang tak cukup semangkuk.
Bukan ibu bapa je yang suka, anak-anak pun layan. Beli mungkin tak cukup. Jadi bila buat sendiri nak makan banyak pun tak kisah. Nak tahu apa resipi dan cara membuatnya perkongsian dari Salwa Wawa C-rain ini boleh dicuba.
Resipi Bakso
(Kuah bakso)
Bahan A:
Bwg putih = 2 labu
Bawang besar = 5 biji
Lada hitam(biji)= 2 paket kecil
Halia sekerat jari / 2 cm
Tumbuk@blend halus bahan A.
Bahan B:
-Daging 1kg (rebus hingga empuk)
-Bebola bakso 1 paket
Cara-caranya:
1) masukkan bahan A dalam periuk.
2) masukkan air (saya letak 3 jug blender)
3) masuk bahan B (termasuk air rebusan daging)
4) Garam secukup rasa.
**Bebola bakso tu, just nak bagi rebus seketika saja. Dah lembut, angkat bebola bakso (jangan biar dalam periuk bersama kuah terlalu lama SEBAB nanti hilang sedap bebola tu)
P/S: kalau rasa kurang garam, tambah-tambah la ye.
Cabai bakso
(Blend kesemua ini)
1) 10 biji cabai burung
2) 10 biji cabai kering
3) 2 biji cabai merah
4) 3 sudu cuka makan
5) sedikit garam
6) 5-6 ulas bawang putih
7) sedikit air
- Kuah bakso, tidak perlu dimasak sesedap rasa SEBAB nanti kita kena makan bersama Cabai + Kicap + Sos cili.
(Campur perasa-perasa ini waktu nak makan) - Hidangan bakso, paling penting kena pndai main 3 bahan ni masa nak makan (kicap, sos & cabai) JANGAN TERlebih & JANGAN TERkurang. Kena pandai alter
Saya guna Kicap Pekat Mudim, sos cili kimball. Silakan share. Saya halalkan
INGAT yaa.. BAHAN A tuu TAK PERLU TUMIS
Kredit: Salwa Wawa C-rain
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apam Kampung 4 Bahan, Lembut & Gebu, Senang Anak Nak Makan!
Hidangan minum petang sudah semestinya menjadi kewajipan bagi kita sekeluarga. Tidak sah tanpa sepinggan kuih bersama secawan teh panas yang menyegarkan petang hari. Namun hidangan atau menu bagaimana yang menjadi kesukaan anak-anak dan suami?
Apam Kampung antara kuih tradisi yang paling senang untuk disediakan. Resipi perkongsian Pn SuiSan Aleizha ini cukup mudah. Hanya empat bahan sahaja, apam tersedia buat keluarga. Jom cuba!
Sepetang bersama Apam Kampung & Teh panas. Kuih orang dulu-dulu, alhamdulillah sempat belajar dengan Uwan & arwah mak. Saya sertakan resepi jika ada yang berminat.
Resepi:
1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
2 senduk gula pasir
1 senduk setengah gula merah ( bancuh dengan air panas, kemudian sejukkan)
Gaul tepung bersama mauripan bagi sebati, kemudian masukkan gula pasir ratakan.
Masukkan air gula merah dan air manis ikut masing-masing. Bancuh jangan terlalu cair, jangan terlalu pekat, sedang-sedang je. Tutup rapat dengan dulang atau tutup periuk. Biarkan beberapa minit.
Kemudian dah berbuih-buih, kacau semula, isi dalam talam kukus 20 hingga 25 minit.
Pastikn air dalam kukus betul-betul mendidih, dah masak angkat sejukkan baru potong.
Kelapa parut jangan sampai tempurung, gaul sedikit garam dan gaul dengan apam.
Siap!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJoviaNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparent
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyejuk Tekak Waktu Panas, Resipi Puding Koktel Sumi! Pasti Anak Dan Suami Suka.
Musim panas ni mesti nak minum atau makan apa- apa yang sedap dan menyejukkan tekak kan. Lebih- lebih lagi pada waktu petang. Penat seharian bekerja mesti nakkan sesuatu yang boleh membuatkan badan berasa segar semula. Apa kata cuba buat resipi puding koktail sumi.
Kebiasaannya, puding koktail sering dibuat dengan puding kastard. Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan digantikan kastard dengan sumi. Lagi mudah untuk dibuat dan sangat murah kosnya. Bahannya juga senang dicari di kedai berhampiran rumah tau! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Galeri Resepi.
RESEPI PUDING KOKTAIL SUMI
Puding koktail sumi
Resepi puding koktail sumi paling senang.
Bahan- Bahan:
– 1 tin susu cair
– 1 tin mix fruit
– 1 plastik mix jelly (sumi)
– 2 sudu besar susu pekat (optional)
– Air batu (ais)
Cara- cara:
1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan di atas.
2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam magkuk.
3. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat, kacau sebati.
4. Buka setiap bungkusan jelly/ sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh), mama tak potong lagi sedap nak telan.
5. Buka tin buah campuran koktail (campurkan sekali air mix fruit ke dalam).
6. Last sekali rasa, bila dah cukup manis boleh terus simpan dalam peti ais ataupun teruskan je masukkan air batu… siap!
Mahu tambah buah fresh, mangga, tembikai, strawberry atau buah naga pun boleh. Benda boleh buat senang, bua tapa nak buat yang susah.
Selamat mencuba ya…
Baca Juga:
Memecahkan Angin Dalam Badan, Resepi Ayam Masak Halia, Bagus Untuk Ibu Berpantang!
Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!
Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!
Mudah sangat resipi yang dikongsikan. para ibu bolehlah buat untuk jamu kepada keluarga buat minum petang. Sedap makan sejuk- sejuk. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI