Homeschooling tak semestinya kena hantar anak belajar dengan guru terlatih. Ibu bapa pun boleh buat di rumah. Cara ini paling mudah kerana ibu bapa lebih tahu dan faham kehendak anak.

Lagi satu, homeschooling ini kena ada kesabaran dan tak boleh anggap anak itu dah pandai semuanya. Buat secara berperingkat dan faham apa kehendak anak. Kalau sekadar memaksa dan anak tak boleh nak buat memang ibu bapa boleh naik darah.

Berikut antara perkongsian dari seorang ibu, Puan Rohayati Ramli mengenai cara nak homeschooling anak di rumah tanpa perlu rasa nak marah.

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh homeschooling anak. Tak kisah ibu bekerjaya atau tak bekerjaya pun boleh. Bagi yang bekerjaya boleh homeschooling waktu malam. Ambil dalam masa 10-15minit dah memadai.

Ibu Ini Kongsi Caranya Buat Homeschooling Di Rumah Dengan Cara Menyeronokkan

IKLAN

Tak sempat malam-malam sebab letih. Wekeend kan ada. Boleh juga sabtu atau ahad.

Nak homeschooling memang perlukan kesabaran tinggi. Kalau tak sabar jangan homeschooling. Kalau tak nanti jadi “mak ko hijo” setiap masa.

IKLAN

Sebagai ibubapa yang nak ajar anak sendiri. Pertama kena set dalam kepala kita. Anak-anak tak tahu apa-apa. Maksudnya start dari zero. Jangan cakap dialog “itu pun tak tahu” sebab memang anak tidak tahu pun.

Mood nak mengajar mestilah dalam keadaan tenang dan emosi ibu bapa dan anak dalam keadaan baik. Pastikan mood sentiasa ceria bagi mengelakkan proses homeschooling dalam keadaan tegang. Kalau ibu bapa keletihan elakkan homeschooling. Mau ada yang kena makan nanti.

IKLAN

Sekiranya anak dah mula tantrum/down/ nangis. Hentikan proses mengajar ketika itu dan bersambung semula keesokan harinya.
Ibu Ini Kongsi Caranya Buat Homeschooling Di Rumah Dengan Cara MenyeronokkanSehari 2 aktiviti sudah memadai. Homeschooling tidak semestinya hanya fokus pada asas akademik semata-mata seperti membaca dan menulis sahaja.

Perlu terap dan tanamkan nilai-nilai murni. Seperti akhlak dan keyakinan diri serta pengurusan diri. Bila anak dah boleh ikut cara homeschooling dan berjaya sesuatu perkara, reward sedikit seperti adakan sistem reward sticker.

Contoh : Anak minat dinosaurs belikan sticker dinosaurs. Lekat satu sticker bila satu perkara dah berjaya.

Sumber: Rohayati Ramli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI