Ramai ibu teruja nak sambut ulang tahun pertama bayi. Tapi keliru nak buat birthday cake apa untuk si kecil. Nak beli kek hari jadi yang cantik-cantik bukan dia boleh makan pun. Kasihan pula si kecil hanya mampu tengok orang lain yang seronok makan kek hari jadinya.

IKLAN

Menyedari hal tersebut, seorang ibu ini Puan Nurizziaty Abd Raup telah membuat inovasi sendiri dengan mencipta kek hari jadi untuk ulang tahun pertama bayinya. Yang penting kek ini mengandungi bahan-bahan yang selamat dimakan oleh si kecil. Tanpa gula dan garam tau!

IKLAN
IKLAN
Bahan-bahan:
3-4 biji pisang bergantung pada size kalau pisang kecil lebihkan (yang masak betul tau baru sedap yang kulit ade bintik hitam)
1/2 batang carrot
Kurma sebagai pemanis (optional tak letak pun pisang dah manis)
1 biji telur selinium organic
20g unsalted butter + 1sb POEVOO @ 4sudu besar POEVOO (jika tak nak letak butter)
4-5 sb Coconut Flour (low in GI (GLYCEMIC INDEX) & gluten free)
1/2 sudu kecil Baking powder aluminium free
Serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon Organik
Secubit garam himalaya
Ibu Ini Kongsi Resipi Baby Friendly Birthday Cake Untuk Bayinya Yang Sambut Ulang Tahun Pertama
Cara membuat:
1. Gabung semua bahan kering tepung kelapa, baking powder, serbuk kulit kayu manis ceylon, garam himalaya & gaul. Ketepikan.
2. Blend carrot, pisang, kurma & butter.
3. Then masukkan telur & olive oil.
4. Last sekali masukkan bahan kering. Boleh juga masukkan carrot yg disagat halus.
5. Sapu minyak@butter dalam loyang nak baking kek untuk elak melekat.
Saya pakai air fryer jer, suhu 180° selama 35 minit. Cucuk pakai garfu kalau berminyak atau masih melekit maksudnye belum masak. Boleh jugak bakar dalam oven.
♦ Ini utk small portion cake sahaja. Kalau nak besar boleh doublekan resipi.
♦ Kalau nk guna tepung gandum atau unbleached flour pun insyallah jadi tapi tak gluten free lah.
Selamat Mencuba
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI