Tahukah ibu-ibu apa itu bone broth? Ia adalah stok yang dihasilkan dari tulang ayam, ikan atau lembu yang dicampur dengan pelbagai bahan yang bagus untuk meningkatkan sistem imun badan manusia dan direbus dalam tempoh masa yang lama.

Khasiat fish bone broth juga tak kurang hebatnya macam chicken bone broth yang bagus untk meningkatkan imuniti badan anak.

Tahukah anda yang ikan juga boleh dibuat sebagai bone broth? Membiasakan anak makan fish bone broth dalam menu makanan mereka membantu menguatkan sistem imun badan untuk mengelakkan daripada mudah dijangkiti batuk, selesema dan demam.

Resipi dikongsi oleh Herny Hafiz ini mudah disediakan dan sesuai untuk bayi berusia dari 10 bulan dan ke atas. Fish bone broth yang telah dibekukan boleh dicampur dalam pelbagai masakan lain juga.

FISH BONE BROTH tomyum style (suitable 10m/ no seafood alergy)

Bahan-bahan:
Tulang ikan / kepala ikan
Akar daun ketumbar
Bawang putih & bawang merah
Lengkuas
Serai
Daun limau purut
1 sudu jus limau nipis
1.5-2 liter air

Cara memasak:
Rebus semua bahan-bahan tersebut. Sesuai dimasak atas dapur selama 1-2 jam.

*TIPS
-Guna tulang / kepala ikan apa-apa pun boleh tapi elakkan yang terlalu berlemak-lemak macam salmon atau patin sebab tak sesuai. Guna ikan merah, jenahak yang jual kat pasar.

-Akar ketumbar / daun ketumbar “wajib” dalam masakan seafood, ikan bagi membuang logam berat contoh merkuri yang mungkin terdapat dalam makanan laut. Tak de tulang macam ni boleh guna kepala ikan jugak.

-kepentingan daun ketumbar (cilantro)
Makanan kita ni mudah tercemar dengan logam berat sama ada dari makanan laut atau pun peralatan dapur yang kita gunakan.
Dikatakan ketumbar boleh menyingkirkan logam berat. Selain baunya yang wangi dan meningkatkan selera, khasiat dia bagus. Akar ketumbar boleh dibersihkan dan dimasukkan dalam stok atau sup-sup terutamanya yang berasaskan makanan laut.

Sumber: Herny Hafiz

Tinggalkan Komen