Ramai ibu bapa apabila dah mempunyai anak, niat untuk menyimpan bagi masa depan anak telah ada. Cuma buat atau tak buat je.

Bagaimana nak memastikan simpanan untuk anak dibuat secara sistematik adalah kena ada sikap disiplin atau istiqomah dalam diri mak ayah.

Jadikan amalan sejak anak kecil lagi. Walaupun sebulan kita mampu menyimpan kurang dari RM50 untuk anak pun dah kira ok berbanding langsung tiada simpanan untuk mereka.

Perkongsian dari Nursha Salleh mengenai tip simpanan untuk anak dengan menyimpan secara berdisplin mungkin boleh dijadikan panduan.

Terdapat 7 langkah mudah sebenarnya. Dengan hanya RM1 sehari dan dibuat secara konsisten hasrat simpanan untuk anak memang boleh direalisasikan. Kalau ada duit lebih bergantung pada kemampuan ibu bapa.

Cara-caranya adalah:

1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan. 
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926

6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.

Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Share jika bermanfaat.

Sumber: Nursha Salleh

Tinggalkan Komen