Tak semua wanita diberikan rezeki mengandung lepas berkahwin. Ada yang kena berusaha buat rawatan sehingga berjaya hamil selepas beberapa tahun berkahwin.

Namun semuanya dengan keizinan Allah SWT jua. Usaha tanpa putus asa dan terus bertawakal kepada Allah akhirnya membuahkan hasil yang manis apabila disahkan  hamil.

Seorang ibu, Nur Haziqah Zainal Abidin berkongsi secara terperinci usaha yang dibuat untuk membolehkan dirinya hamil melalui kaedah rawatan Intrauterine Insemenation (IUI).

Kepada wanita yang masih belum berjaya hamil, jangan putus asa, jadikan perkongsian ibu ini sebagai inspirasi. Segala maklumat yang dikongsi termasuk lokasi, kos dan langkah pengambilan ubat yang diberi doktor untuk rawatan IUI boleh dijadikan panduan dan rujukan berguna kepada yang masih berusaha untuk hamil. Semoga bermanfaat.

Dah janji nak buat sharing pasal rawatan IUI di LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. So here we go..

Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan, macam2 cara dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Period Alhamdulillah regular dan normal. Jadi saya kelaskan kes saya ni sebagai unexplained infertility. Walaupun orang kata usia perkahwinan masih baru, saya fikir tak perlu tunggu lama2 untuk usaha dapatkan anak, sebab kalau tak berhasil jugak, boleh cuba ikhtiar lain. Saya perlu kejar masa. Saya dan suami terus ambil langkah drastik. Terus call LPPKN.

Suasana dalam Klinik LPPKN. Sangat selesa. Port kami kat tepi dinding sebab ada sofa empuk yang sangat best. Tapi tak sempat nak terlelap pun sebab nak tunggu turn tak lama pun. Sekejapan aje dah dipanggil

Firstly, kena book tarikh untuk first appointment by phone call. Kemudian, nurse akan buat short interview etc dah berapa lama kahwin, ada masalah period ke, pernah mengandung atau tak, pernah keguguran atau tak. Just basic question. Nurse akan bagi tarikh appointment.

LPPKN contact number: 03-2613 7555

Website http://www.lppkn.gov.my

Rawatan infertility hanya di LPPKN branch Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor bahru

Prosedur IUI

15 Ogos 2016 (First appoinment):
Detail interview, iaitu suami isteri akan ditanya beberapa soalan yang lebih mendalam. selesai, suami akan buat sperm test (baca: Semen Analysis) di mana sperm tersebut akan dinilai dari segi keaktifannya, kenormalannya, dan bilangannya.
Kos: RM 65.00

1 September 2016:
Ujian darah untuk kesan sebarang penyakit kelamin. (suami isteri)
Kos: RM 101.00

7 September 2016:
HSG (baca: Hysterosalpingogram). Ujian ni saya lakukan di KPJ Tawakkal. Doktor perempuan, jadi, kurang malu sikit. Ujian ni dilakukan untuk kesan sebarang blocking di rahim dan tiub fallopio.
Kos: RM 200.00

19 September 2016:
Ujian darah untuk kesan masalah hormon. Saya saja yang buat ujian ni sebab husband normal takde apa-apa masalah. Masalah hormon ni banyak etc, period tak stabil, pengeluaran telur tak matang. Dalam kes saya, saiz telur saya tak matang, tak mencapai saiz yang normal. Saiz telur tak normal tak membenarkan persenyawaan berlaku.
Kos: RM 20.00

11 Oktober 2016:
Consultation doktor dan ujian pap smear. Pap smear untuk kesan sebarang jangkitan dan sebarang risiko kanser serviks.
Kos: RM 30.00

MASALAH SAIZ TELUR

16 November 2016:
Consult dengan Gynea. Dari ujian2 yang kami berdua lakukan, saya mempunyai masalah hormon (Saiz telur tak matang). Doktor cadangkan kami untuk lakukan IUI (baca: Intrauterine insemination).

Saya perlu consume Chlomid (baca: Chlomiphene) untuk membesarkan telur untuk memastikan prosedur IUI berjaya.

Note:

Cara makan Chlomid – Dibekalkan dengan 10 biji, Perlu dimakan 2 biji sehari, bermula dari hari ke-2 period sehingga hari ke-6, pada waktu yang sama. Tak boleh cepat, tak boleh lambat. Mesti sama. Jam 9 malam pada 5 hari tersebut.
Kos: RM 49.00

Suntikan Pregnyl. Syringe Pregnyl+Solven (2 botol kaca tu, kena bancuh dulu, baru suntik kat perut)

25 November 2016:
TVS (baca: Transvaginal Ultrasound) dilakukan untuk kesan pembesaran telur. Alhamdulillah 4 biji telur membesar dengan jayanya. Saya dibekalkan dengan suntikan Pregnyl dan juga Duphaston (untuk tebalkan dinding rahim). Suntikan Pregnyl ni perlu dilakukan sendiri di rumah, pada jam tepat 9.00 malam. Suntikan di perut. Tujuan suntikan adalah untuk pecahkan telur yang matang.
Kos: RM 162.10

28 November 2016:
Prosedur IUI dilakukan. Suami perlu keluarkan sperm dan sperm dihantar ke makmal untuk proses sperm wash (baca: Sperm Washing). Kemudian sampel sperm yang telah diasingkan digunakan dalam prosedur IUI. Selepas prosedur selesai, perlu baring selama 30 minit dan bed rest 1 hari. Duphaston masih lagi dibekalkan.
Kos: RM 350.00

SYUKUR AKHIRNYA MENGANDUNG!

20 Disember 2016:
Ujian air kencing untuk mengesahkan samada mengandung atau tidak. dan Alhamdulillah saya mengandung (4 minggu) dengan sekali cycle IUI.( Tidak boleh buat TVS atau ultrasound sebab kandungan masih kecil). Dibekalkan Folic Acid dan Duphaston.
Kos: RM 183.50

Xray HSG. Alhamdulillah takda apa-apa masalah. Rahim cantik, tiub cantik, takda blockage

3 Januari 2017:
Usia kandungan – 7 minggu.
TVS untuk tengok saiz baby. Alhamdulillah membesar dengan jayanya. Dibekalkan dengan Folic Acid dan Duphaston.
Kos: RM 144.45

7 Februari 2017 (Last Appointment):
Usia kandungan – 12 minggu
TVS sekali lagi untuk tengok saiz baby. Dibekalkan dengan nasihat-nasihat dari doktor dan juga bekalan ubat (Folic Acid dan Duphaston).
Kos: RM 206.80

Total kos = RM 1511.85

ALHAMDULILLAH SELAMAT BERSALIN

Rumaysaa Nur Awatif fresh from oven Lahir jam 5.12 pagi. 17 Ogos 2017. Hospital Serdang. Berat 3.32 kg

17 Ogos 2017, 5.12 pagi, Rumaysaa Nur Awatif my precious baby selamat dilahirkan setelah 3 hari bertarung nyawa nak lahirkan dia. Alhamdulillah syukur padamu Ya allah atas kurniaan rezeki yang tak ternilai 

Sekian perkongsian yang tak seberapa dari saya. Kalau nak tanya apa-apa, drop komen atau feel free to PM me. To TTC warriors, keep fighting.

Sebarang rawatan adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pasangan, Doktor akan syorkan jenis rawatan yang sesuai

P/s/s: LPPKN adalah badan separuh kerajaan, maka kos perubatannya adalah jauh lebih murah dari klinik swasta dan tempoh menunggunya jauh lebih cepat dari klinik kerajaan yang perlu tunggu turn.

P/s/s/s: Foto adalah beberapa sumber rujukan untuk post ni.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Komathy, Doktor Laila, nurse-nurse dan staff LPPKN Kuala Lumpur

Sumber: Nur Haziqah Zainal Abidin

Tinggalkan Komen