Hati ibu mana yang sanggup lihat anak kecil yang belum tahu apa-apa menanggung sakit disebabkan orang lain. Selama 14 hari anak bertarung nyawa, terasa azabnya.

Bermula dengan batuk, selesema tak sangka masalah ini menjadi semakin serius. Semua ini ibarat pengalaman pahit bagi ibu, Dea Eydrus yang dikongsikan dalam Facebooknya.

Menurutnya, mula-mula memang tak sangka keadaan anak seteruk ini. Sehari selepas aqiqah (2/10) dah nampak Yin lemah, batuk, selesema dan merengek.

Dah cuba mandikan air lemon, guna sterimar dan nasal aspirator untuk sedut hingus pun tak ok juga. Nasib masa ni belum demam lagi.

Dari sehari ke sehari batuk Yin makin teruk sehingga muntah-muntah dan mamy pun rasa tak sanggup tengok.

Disebabkan dah tiga hari tak nampak apa-apa perubahan, dalam jam 4 pagi (5/10) Yin batuk dan sesak nafas. Waktu ini terus bawa ke Hospital Banting dan doktor bagi NAB. Selepas itu, doktor kata dah ok.

Esoknya dalam jam 3 pagi, Yin batuk sampai sesak nafas dan mamy hanya sapu ubat asma sahaja sehingga tertidur sambil mengah.

Dalam jam 7 pagi daddy bawa ke Hospital Columbia dan di situ Yin kena tahan wad sebab doktor kata terlalu banyak kahak dan perlu NAB untuk cairkan kahak.

Selama 5 hari di Hospital Columbia sehingga (10/10), nampak ada perubahan pada Yin dan doktor bagi balik.

(11/10) Dalam jam 1 pagi Yin batuk dan tercungap-cungap, mamy sapu lagi minyak asma sampai tertidur. Sekitar jam 3 pagi Yin mula batuk teruk dan sesak nafas sampai bibir dah biru.

Sedihnya Tengok Anak

Mamy dan daddy terus bawa Yin ke Hospital Banting dan Yin diberikan NAB lagi tapi keadaan Yin masih tak ok. Masa ni mamy rasa nak luruh jantung apabila doktor beritahu keadaan Yin sangat kritikal.

Sejujurnya memang mamy tak senang duduk waktu ni sebab tengok doktor ke sana sini pasang alat dan cucuk Layyin. Hanya mampu doa saja.

Tak lama kemudian doktor kanak-kanak datang dan bertanya macam-macam mengenai keadaan Yin sebelum ini. Rupanya baru tahu puncanya Yin dah dehidrat sebab kurang menyusu sepanjang sakit dan semasa di hospital sebelum ini tak masuk kan air untuk bagi tenaga pada badan.

Apabila keadaan stabil, dari tempat kecemasan Yin di masukkan ke wad dan barulah tahu keputusan penyakit yang dialami Yin. Rupanya Yin kena jangkitan batuk kokol/ Pertussis.

Penyakit ini dibawa oleh orang dewasa dan kanak-kanak tapi penghidapnya kanak-kanak. Berpunca dari orang tak sihat dan penyakit ini penyakit bervaksin.

Mamy dan daddy Yin pun kena makan antibiotik yang dibekalkan hospital disebabkan benda tu virus.

Kena Lebih Hati-Hati

Yang ada anak anak kecik, duduk je rumah diam-diam. Kurangkan berada dalam kelompok orang ramai. Mungkin rasa terkurung. Tapi tu lebih baik daripada kita murung tengok anak sakit. Azab sungguh.

Walaupun daddy Yin bukan perokok tapi tak semestinya anak tu terhindar dari penyakit. Penyakit tu kita tak tahu siapa pembawa. Sebagai mak ayah memang kita kena sentiasa beringat.

Lepas ni memang siapa nak dekat dengan anak kena pastikan badan betul-betul bersih sebelum nak sentuh. Tolong hormat mak ayah yang ada anak kecik. Sebab tahu ramai je orang sekeliling yang ada anak kecik pun tapi tak pentingkan kesihatan anak tu.

Merokok depan anak pun selamba. Kalau kau tak sayang anak, kau punya hal. Tapi anak mamy, mamy yang tentukan siapa boleh pegang. Asap rokok ni sangat bahaya untuk kanak kanak, boleh menyebabkan pneumonia. Tak pernah kena boleh buat sambil lewa, dah kena, merasalah sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Layyin Izz’Yara, mamy dan daddy kira orang yang bertuah sebab Allah izinkan untuk sembuh semula. Orang lain, dah bawa maut baru nak ada kesedaran. Tolonglah sayang nyawa anak kita. Bukan senang nak lahirkan anak tu.

Alhamdulillah, Layyin semakin sihat. Senyum gelak tawa dia dah kembali jadi milik mamy. Semoga terus sihat mcm biasa hendaknya.

Tinggalkan Komen