Kegigihan wanita bergelar ibu untuk terus menyusukan bayi walaupun mempunyai jadual kerja terlalu padat sehari semalam patut dijadikan kisah insipirasi oleh ibu-ibu bekerjaya lain.

Semua ibu mesti menyimpan impian untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Namun bagaimana nak terus gigih menyusukan bayi bila jadual kerja bermula seawal 5.30 pagi dan pernah balik rumah lebih pukul 12 tengah malam?

Kisah pengalaman yang dilalui oleh Doktor Marlyana Termizi, seorang doktor pelatih dan ibu menyusu diharap dapat memberi semangat kepada semua ibu-ibu yang menyusukan anak. Jika dia boleh mengapa anda tidak?

DOKTOR PELATIH (HO) DAN MENYUSUKAN ANAK

Ibu Ini Terus Gigih Menyusukan Bayi Walaupun Jadual Kerjanya 15 Jam Sehari. Patut Jadi Inspirasi!

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum ni saya rasa keberatan sebab rasa tak layak mahu berkongsi sebab susu cukup-cukup makan.

Sejak ayyash 5 bulan setengah dah terpaksa campur dgn susu formula sebab jadual kerja yang terlalu pack sampai tak cukup makan

Tapi alhamdulillah sampai sekarang (7 bulan) saya masih lagi teruskn pam susu

Harapnya perkongsian ni dapat memberikan semangat untuk ibu-ibu diluar sana

JADUAL YANG PADAT!

Jadual harian saya sebagai doktor pelatih

  • setiap hari perlu sampai di hospital sblum pukul 7 pagi. Paling awal saya pernah smpai pukul 5.30 pagi
  • pulang ke rumah kebiasaannya sekitar jam 10 malam, paling lambat pernah punch out pukul 12++ midnight (average working hours per day 15 hours)
  • jadual oncall : 7 pagi smpai 12 tgh hari esoknya utk posting surgical….berbeza ikut posting
  • Kerja malam Pediatrik 7mlm – 7 pagi

MENTAL PREP

IKLAN
  • sebelum masuk kerja, semasa tempoh berpantang kene ada aim yg kuat nak exclusively BF for 6 month dn sampai 2 tahun nak breastfeed
  • TAHU kenapa nak teruskan bf?

*saya niatkn susu yg anak saya dapat akan menjadi darah daging dia dan saya akn dapat pahala berterusan

* manfaat susu ibu itu sendiri dari segi antibodi, IQ baby lebih tinggi, mengurangkan risiko jangkitan paru-paru pada tahun pertama dan macam-macam lagi

Ibu Ini Terus Gigih Menyusukan Bayi Walaupun Jadual Kerjanya 15 Jam Sehari. Patut Jadi Inspirasi!

KNOWLEDGE PREP

  • frequency pump, latching(lekapan) bayi, direct feed, cara penyimpanan susu, power pumping semua boleh google atau boleh jumpa pakar laktasi
  • yang ni PENTING, Kene banyak membaca sewaktu tempoh mengandung
  • waktu menyusu anak pertama, saya struggle utk latch(lekapan) perfectly sampai jadi sore and irritated nipple, tapi saya teruskan penyusuan, tahan je sakit sampai nangis-nangis 

After 2 weeks, dah tak sakit dan dah tahu teknik yang betul

  • menyusu waktu malam penting utk ransangan pengeluaran susu sebab hormon prolactin dikeluarkan pada waktu malam
  • jadi saya gagahkan juga waktu malam bangun 2-3 kali untuk menyusu
  • kalau penat sangat balik pukul 12 tgh malam, dan kerja esok harinya saya akan pump sebelum tidur dan mak mentua saya yang bangun untuk bagi susu (saya masih pjj dengan suami; suami masih di India)

PERSEDIAAN BARANG-BARANG KELENGKAPAN PENYUSUAN

1. BREAST PUMP

saya ada dua pump susu. satu pump susu yang bulky dan tahan untuk heavy work untuk letak di rumah sahaja

IKLAN
  • satu lagi yang handfree dan sangat mobile
  • dua-dua jenis dual pump, jimat masa

– knapa saya perlukan dua?

  • untuk jimatkan masa
  • pump susu mobile memang letak je dalam beg utk ke tmpat kerja, so takde peluang utk tertinggal
  • sebelum pergi kerja, saya akan pump sekali,
  • sebelum tidur kalau tak tidur dgn anak selepas balik kerja saya akan pump sekali
  • bila ada dua pump,dapat jimat masa untuk sterilize, boleh bawa terus pump yang dah siap sterilize ke tempat kerja

– tapi kalau ad satu sahaja pun dah cukup sebenarnya

2. STERILIZER

  • ini sangat-sangat penting!
  • alhamdulillah, dapat hadiah sterilizer avent yang besar waktu bersalinkan anak first di India (terima kasih sgt pada adik-adik yang bagi, sampai sekarang masih berfungsi dan berguna setiap hari).
  • jimat masa utk sterilize banyak botol sekaligus
  • basuh botol-botol yang banyak dan pump susu equipment ambil masa juga, yang part ni sangat-sangat penting. MINTA TOLONG suami/ pembantu
  • saya masih PJJ dengan suami tak duduk dengan suami sekali, jadi pembantu sangat-sangat diperlukan bagi situasi saya

MACAM MANA BAHAGIKAN MASA

Ibu Ini Terus Gigih Menyusukan Bayi Walaupun Jadual Kerjanya 15 Jam Sehari. Patut Jadi Inspirasi!

  1. Saya WAJIBKAN diri paling minimum perlu pump sekali di tempat kerja, kalau dapat dua kali, sekali waktu solat zohor dan sekali waktu solat maghrib

2. Kebanyakannya saya dapat pump waktu tengah hari, saya tetapkan SETENGAH jam  untuk solat, makan dan pam. Sambil makan, sambil pump…jimat masa banyak kat situ. Pending ward work yg tak settle had to be settle down before pm round sekitar pukul 2. Selalu je rasa mcm x sempat, tpi paksa juga pump, HAK ANAK LEBIH PENTING. Kalau kene marah sbb buat kerja lambat… telan je. Macam solat, tanggungjawab kita terhadap allah lebih penting. Xkan kita rela tuhan yang menciptakan kira marah berbanding pakar/specialist marah

3. WAJIBKAN JUGA setiap kali sebelum pergi kerja pump sekali, masa diperlukan sekitar 10-15 minit utk pump. Jadi perlu bangun awal. Kalau jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja jauh… mungkin boleh pump dlm kereta kalau ad suami/ siapa2 yg hantarkan

IKLAN

Sebelum pergi kerja pun wajib pump, tpi pernah jugak terbabas tidur tak sempat pump. Paling lambat bangun pukul 5.40 pagi

Kalau dah lebih, tak sempat dah pam sebab saya perlu sampai ke tempat kerja sebelum pukul 7 pagi untuk am review sebelum pakar round sekitar pukul 8.30 pagi

Ayah mentua saya akan hantar dan ambil kalau jadual habis pukul 10 malam sebab takut saya mengantuk

Jadi, selalu kalau pagi-pagi dah tak sempat untuk pam, saya akan pam dalam kereta walaupun perjalanan ambil masa dalam 10-15 minit sahaja ke hospital

INFORM

Ibu Ini Terus Gigih Menyusukan Bayi Walaupun Jadual Kerjanya 15 Jam Sehari. Patut Jadi Inspirasi!

  • untuk HO2 kalau pergi pump susu, inform colleague, saya nak pergi pump susu
  • kalau oncall lagi penting untuk inform, sebab kita akan menghilang minimum setengah jam
  • kalau MIA(missing in action) tak inform, silap-silap perlu mengadap HOD(head of department)
  • kalau hospital tempat anda bekerja hospital rakan bayi means hospital tu, sangat menggalakkan penyusuan, kalau ada siapa-siapa mempersoalkan selalu MIA untuk pump susu, balas balik

CUKUP MINUM AIR DAN MAKAN

  • tak perlu milk booster, jaga minum air sehari lebih 2 liter
  • makan on time ( bagi saya susah sikit, tapi saya cuba curi-curi masa untuk makan)
  • sambil makan sambil pump. Jimat masa!

Akhir sekali, setiap orang ada pengalaman dan cabaran berbeza-beza. Saya respect setiap ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan dengan bersusah payah.

Dan sokongan dari ahli keluarga sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu badan

Harapnya perkongsian ni dapat memberikan idea dan semnagat untuk saya dan ibu-ibu di luar sana meneruskan penyusuan

Wa’allahu a’lam

Sumber: Marlyana Termizi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI