Lepas bersalin memang bukan mudah untuk menurunkan berat badan bagi sesetengah ibu. Mungkin ada yang bernasib baik sebaik sahaja lepas pantang boleh dapat kembali bentuk badan normal atau mungkin lebih langsing berbanding sebelum bersalin.

Penyanyi terkenal dengan lagu-lagu rancak, Stancy turut memberitahu yang dia mengambil masa setahun untuk menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak pertama, Eshaal.

Semasa mengandung berat badannya mencecah sehingga 70 kilogram, selepas setahun melahirkan anak beratnya turun 50 kilogram.

Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Cara Stacy Turunkan 20 Kg Berat Badannya Selepas Melahirkan Anak

Agaknya macam mana cara Stacy turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa setahun ya?

IKLAN

Melihat di laman Instagram peribadi isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini ternyata komited berkunjung ke gimnasium bagi melakukan ‘work out’ untuk mendapatkan kembali bentuk badan ideal selain untuk mengembalikan staminanya semula.

Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Cara Stacy Turunkan 20 Kg Berat Badannya Selepas Melahirkan Anak

Ternyata usahanya rajin bersenam di gimnasium berjaya membuahkan hasil apabila dapat mengurangkan 20 kilogram lebihan berat badan yang terkumpul semasa mengandung.

IKLAN

Disiplin Berpantang

Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Cara Stacy Turunkan 20 Kg Berat Badannya Selepas Melahirkan Anak

Selain daripada itu, Stacy juga mengakui amalan berpantang mengikut cara orang Semenanjung selepas bersalin turut membantu dirinya dapat menurunkan berat badan.

IKLAN

Bagaimanapun Stacy mengakui tidak mengamalkan sebarang diet atau menahan diri daripada makan nasi. Dia makan apa sahaja yang diinginkan tanpa sebarang pantang kerana percaya yang penting adalah amalan bersenam.

Semangat sambung workout lagi sebab dah nampak result haritu. Syukur alhamdulillah ?? Terima kasih banyak kepada trainer @reensaiden kerana membuktikan hasil workout ni berbaloi???? Ya betul memang susah sikit nak nyanyi haritu sebelum buat workout tapi selepas beberapa minggu buat super set workout ni memang rasa lega sangat. Memang request coach ni train saya more on breathing dan stamina kaw2? Alhamdulillah sekarang ni rasa lebih fit lagi dari sebelum pregnant eshaal tau!??? Kalau tau patut dari dulu lagi buat benda ni??? Apa2 pun benda yang paling best saya belajar sepanjang workout ni ialah DISIPLIN..?? Mudah2an lepas ni akan lagi bagus dan bagus Aminn Insyallah? Terima kasih sekali lagi coach @reensaiden kerana memberi yang terbaik sepanjang dalam membantu stamina saya kembali fit cinggggg!!??? #painisworththegain ?? @teamsgs @stacyfrenz_ @kimcylovers

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Stacy mengakui stamina dirinya lebih baik dan bertenaga selepas mengamalkan rutin senaman di gimnasium jika dibandingkan sebelum mengandung. Penyanyi ini bagaimanapun memberitahu tujuan utama bersenam di gimnasium lebih kepada untuk mendapatkan stamina supaya mudah membuat persembahan nyanyian berbanding untuk kurus semata-mata.

Sumber: stacyanam & Mstar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI