Bab makanan yang boleh tambah susu ibu adalah tajuk yang paling kerap dibualkan oleh ibu-ibu menyusu. Majoriti ibu menyusu sentiasa bersemangat dan gigih berusaha untuk memastikan pengeluaran susu mereka terus ‘meriah’.

Jadi bila orang kongsi resipi ‘milkbooster’, confirm ibu menyusu akan cuba buat walaupun tak semestinya setiap orang akan mendapat hasil yang sama.

Perkongsian resipi tambah susu ibu daripada seorang ibu menyusu, Puan Linn Amalina ini wajib dicuba oleh semua ibu-ibu menyusu ya. Mana tahu serasi dengan anda.

Linn sangat faham yang ramai mummies ada masalah dari segi penyusuan, susu tak semeriah dan pekat macam mummies yang lain tapi pada masa yang sama nak berusaha juga sedaya upaya untuk bagi susu ibu sepenuhnya kepada bayi masing-masing CUMA tak tahu cara terbaik untuk rancakkan pengeluaran susu, kan?

Yang sekali pam dapat 1 oz 2 oz dan tiap kali menyusu anak tak pernah puas dan tidur pun tak lena, haa eloklah amalkan petua yang bakal Linn ceritakan satlagi ni ??.

Mudah atau tidak bergantung pada kerajinan mummies la ya. Kalau rajin dan ada masa, kejap je dah siap tau.

Jangan lupa #SHARE dan #TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive bf pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni. 

TAKE NOTE : Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.

BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN:

2 sudu besar halba

1 gengam longan kering

1 sudu besar gula pasir

3 cawan air

CARA-CARANYA

  1. Halba dan longan kering tu kita basuh dulu ye untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Dah basuh, toskan jap.

2. Ambik satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air tau. Dah menggelegak tu kita       masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.

3. Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir. Dah larut je gula tu, kita tutup api.

4. Siap pun milkbooster kita ni. Sebelum minum, tapis dulu halba tau. Kalau longan tu kita boleh masukkan je dalam gelas kita. Sambil minum sambil kunyah longan. Air ni siyes rasa macam air laici kang.

Minum 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam panas atau sejuk bergantung pada citarasa masing masing.

Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.

Waktu penyediaan kurang dari 15 minit je.

Sumber:  Linn Amalina

Tinggalkan Komen