Kenapa nak kena perkenalkan telur pada baby ya? Mungkin ada ibu yang tertanya-tanya apa relevannya telur dalam pemakanan bayi. Untuk pengetahuan ibu, bayi berumur setahun akan diberikan suntikan MMR (Measles, Mumps, Rubella) mengikut jadual yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Suntikan MMR mengandungi kolostrom seperti mana yang terdapat dalam telur kuning. Sebelum bayi diberikan suntikan MMR, dia mestilah terlebih dahulu diperkenalkan pada  telur kuning untuk mengesan tindak balas terhadap kolostrum tersebut.

Sekiranya bayi tiada sebarang masalah alahan jadi tiada masalah untuk terus menerima suntikan. Tetapi jika ada tanda-tanda alahan seperti ruam atau bintik-bintik merah pada kulit maka ibu perlu maklumkan kepada jururawat atau doktor.

Telur adalah antara lapan makanan popular yang boleh menyebabkan alahan tetapi ramai Pakar Pediatrik berkata memperkenalkan telur kuning adalah okay untuk bayi usia lapan bulan yang tiada sebarang masalah alergi.

 

Bila Boleh Perkenalkan Telur

Ibu Mesti Perkenalkan Telur Pada Baby Untuk Tahu Tindak Balas Alahan, Follow Tip Dikongsi Ibu Ini

Ramai pakar pemakanan menyarankan lebih selamat untuk perkenalkan telur kuning kepada bayi apabila berumur lapan, elakkan beri  putih telur sehingga bayi genap usia setahun.

Telur mestilah direbus untuk memudahkan ibu memisahkan bahagian kuning dan putih. Pastikan anda hanya bagi anak makan telur yang betul-betul bersih dan direbus sehingga masak. Ini bagi mengelakkan risiko pencemaran bakteria oleh patogen berbahaya seperti salmonella

Seorang ibu, Rai Lee berkongsi dengan ibu-ibu lain di facebook Geng Memasak Untuk Anak (GMUA) bagaimana langkah untuk perkenalkan telur kepada bayi

FEVERET ANAK SAYA–> TELUR

IKLAN

Kuning telur sebenarnya makanan mudah dan simple yg boleh naikkan HB anak.

start kenalkan telur selewat lewatnya mulai umur 8 bulan.

9 LANGKAH PERKENALKAN TELUR KEPADA BAYI ramai juga yang masih belum tahu tentang cara nak kenalkan telur kepada bayi ya. saya share langkah2 penting untuk intro telur kepada bayi. saya copy dari group wasap je ni.

Ibu Mesti Perkenalkan Telur Pada Baby Untuk Tahu Tindak Balas Alahan, Follow Tip Dikongsi Ibu Ini

9 Langkah yang wajib dibuat untuk kenalkan telur kepada baby

IKLAN

Minggu 1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu

Minggu 2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu

Minggu 3: 1 biji telur kuning sahaja

Minggu 4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu

Minggu 5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu

IKLAN

Minggu 6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu

Minggu 7: 1 biji penuh telur

Minggu 8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu

Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu

Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur? Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan baby allergic kepada telur.

Putih telur mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan allergic.

Selamat mencuba

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI