Pelakon Datin Paduka Eina Azman memang terkenal di instagram sebagai artis yang rajin memasak untuk keluarga. Ramai netizen suka melihat video-video masakan yang dikongsinya.

Selain dari itu Eina juga seorang ibu yang sentiasa tampil cantik bergaya dan penyayang serta sangat lembut mendidik dua orang anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Pakej Cantik Dan Pandai Masak. Netizen Puji Eina Azman Rajin Memasak Untuk Keluarga

Bahkan ramai peminat yang menjadikan video-video masakannya sebagai rujukan mereka ketika memasak selain meminta pelakon drama Selamat Pengantin Madu ini berkongsi resipi-resipi tertentu.

Pakej Cantik Dan Pandai Masak. Netizen Puji Eina Azman Rajin Memasak Untuk Keluarga

Pakej Cantik Dan Pandai Masak. Netizen Puji Eina Azman Rajin Memasak Untuk Keluarga

IKLAN

Rahsia Rumah Tangga Bahagia

Orang tua-tua cakap kalau nak rumah tangga bahagia dan suami sentiasa sayang, isteri kena pandai jaga perut suami (rajin masakkan untuk suami).

Memang tepat pun pesanan orang tua-tua kita bila terbukti melihat kebahagiaan pasangan Eina dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang sentiasa ceria dan saling sayang menyayang.

Pakej Cantik Dan Pandai Masak. Netizen Puji Eina Azman Rajin Memasak Untuk Keluarga

IKLAN

Bahkan air tangan ibu juga penting untuk menambat selera serta hati anak agar mudah dididik dan mendengar kata. Melihat telatah dan kecerdikan anak-anak Eina memang terbukti air tangannya berjaya membentuk tingkah laku anak yang positif.

Ternyata biarpun sibuk berlakon, ibu jelita ini tetap punya masa untuk menyinsing lengan memasak makanan kegemaran suami dan anak-anaknya. Salute dengan Eina!

Pakej Cantik Dan Pandai Masak. Netizen Puji Eina Azman Rajin Memasak Untuk Keluarga

Resipi Mashed Potato ala KFC Untuk Aubrey & Karl

IKLAN

Pakej Cantik Dan Pandai Masak. Netizen Puji Eina Azman Rajin Memasak Untuk Keluarga

Bahan-bahan:

Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Susu segar
Lada sulah
Lada hitam
Tepung jagung
Serbuk pati ayam
Sedikit air
Butter

Cara memasak:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan tepung jagung dan sedikit air.
  3. Masukkan lada sulah, lada hitam dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Kemudian kisar bahan tersebut.
  5. Lenyekkan kentang yang sudah direbus. Kemudian campur dengan sedikit susu segar dan gaul rata.
  6. Curahkan kuah yang dikisar tadi ke atas kentang lenyek. Siap untuk dimakan.

Sumber: Instagram eina_azman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI