Setelah ibunya disahkan mengidap kanser, Hadiff mula mendapat galakkan daripada ibunya untuk menceburi dunia lakonan. Sejak itu tahun lepas pada usia empat tahun, Hadiff menjadi pilihan untuk penerbitan drama dan iklan komersial.

Pernah tengok tak pelakon cilik ni dalam iklan Wonda Coffee 2018 atau drama Dendam Aurora 2017 dan beberapa iklan atau drama lain. Itulah adik Nik Hadiff Dani atau lebih dikenali sebagai Hadiff.

“Sejak saya didiagnos dengan penyakit kanser saya mula-mula tidak tahu tentang apa masa depan dan arah kesihatan saya. Saya berfikir sementara saya masih ada bersama anak-anak saya mahu mereka buat apa sahaja aktiviti yang mereka suka dan minat.

“Seterusnya dapat membantu mereka pada satu masa nanti andainya saya sudah tiada,”terus terang ibu Hadiff yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi kanser payu dara tahap empat.

Ibu Sakit Kanser Tahap Empat, Salah Satu Sebab Hadiff Ceburi Dunia Lakonan Dalam Usia Kecil. Si Cilik Ini Wajar DiContohi

AKTIF BERLAKON, IKLAN DAN CATWALK  WALAUPUN MASIH KECIL 

Antara drama yang pernah dilakonkan oleh Hadiff termasuk Drama Cinta Yang Ku Rasa 2018, Telefilm Shah Vs Sha Edisi Raya 2018,Shortfilm Chinese New Year2018, Telefilm Toyol 2018, Drama Dendam Aurora 2017 dan Astro Seram Selebriti 2017. Antara barisan pelakon yang pernah digandingkan dengan adik Hadiff termasuklah Nabila Huda,Bront alare,Amar Baharin,Izara Aisyah,Zila Bakarin,Kamal Adli dan Syatilla Melvin

Iklan pula termasuk Wonda Coffee 2018, Nian Jiom Malaysia 2018, Nescafe 2018
Tesco 2018, Wyeth S26 2018, Teh Boh 2018, Plus Highway 2017, Ikea 2017
Maybank Raya 2017 dan Permata Kurnia Video 2017.

Hadiff yang pandai bergaya ini turut terlibat dalam sesi shooting dan catwalk antaranya Petit Moi Raya 2018, Watie Collection Catwalk 2018,Sony Event 2018,Hijrah Couture Syawal 2018, Jovian 2018, Wakdan Syawal 2017, SensiTeeth 2017, Parkson Catwalk 2018 / 2017 dan Jubah 5 Waktu Catwalk 2017.

HAFAL SKRIP

Menurut ibunya, walaupun Hadiff belum lancar lagi membaca, dengan bantuannya, Hadiff dapat hafal skrip dengan mudah.

“Hadiff belum boleh membaca lagi.Jadi sebelum masuk ke set saya kena cerita dulu macam mana keseluruhan jalan cerita sebenar. Dan untuk scene yang Hadif lakonkan saya kena cerita situasi dan beritahu Hadif apa dialog dan macam mana perlu deliver watak itu.Memang kena hafalah dialog tu,”jelas puan Wan Musfirah Aimi.

Ibu Sakit Kanser Tahap Empat, Salah Satu Sebab Hadiff Ceburi Dunia Lakonan Dalam Usia Kecil. Si Cilik Ini Wajar DiContohi
Hadiff bersama Nabila Huda,Bront Palare
Ibu Sakit Kanser Tahap Empat, Salah Satu Sebab Hadiff Ceburi Dunia Lakonan Dalam Usia Kecil. Si Cilik Ini Wajar DiContohi
Hadiff diset penggambaran
Ibu Sakit Kanser Tahap Empat, Salah Satu Sebab Hadiff Ceburi Dunia Lakonan Dalam Usia Kecil. Si Cilik Ini Wajar DiContohi
Turut aktif catwalk pelbagai jenama dan iklan tv

Baru-baru ini perkongsian kisah Hadiff turut dipaparkan  ruangan personaliti Genius Pa&Ma edisi Mei 2018. Berikut petikannya.

IKLAN

Ibu Sakit Kanser Tahap Empat, Salah Satu Sebab Hadiff Ceburi Dunia Lakonan Dalam Usia Kecil. Si Cilik Ini Wajar DiContohi

Nama: NIK HADIFF DANI NIK MOHD YUSOFF
Tarikh lahir 31 JANUARI 2013
Nama ibu ayah : WAN MUSFIRAH AIMI & NIK MOHD YUSOFF
Hobi : BERMAIN PERMAINAN KERETAPI & KERETA HOTWHEELS
Cita-cita: JURUTERBANG

NIK HADIFF DANI, GAYA PERSIS MODEL HANDALAN

Sekali pandang, gaya anak cilik ini, persis seorang model handalan. Benar kata orang, usia bukan penghalang untuk sesiapa sahaja melakukan apa yang diinginkan. Apa yang penting ada kemahuan. Inilah yang dibuktikan oleh anak kecil yang baru berusia lima tahun ini tampil dengan yakin dalam dunia komersial dan lakonan.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mula penglibatan dalam dunia komersial dan lakonan sejak setahun lalu. Nik Hadiff Dani menunjukkan minat mendalam dengan mengikuti jejak langkah abangnya di dalam bidang seni ini iaitu Nik Harraz Danish.

Hadiff seorang yang mengemari fesyen, suka bergaya stylo dan mengikuti trend trend fashion terkini.

“Seperti abangnya, Hadiff suka berfesyen dan mengekspresi diri. Jadi saya yakin bidang ini sesuai dengan citarasa dan minat mereka. Bagi saya tidak menjadi masalah untuk mereka menunjukkan prestasi dan menyumbang dalam industri ini walaupun masih kecil,” jelas ibu Hadiff yang merupakan pesakit kanser payudara sejak tiga tahun lalu.

Beliau juga berharap dengan memberi sokongan sebegini ini dapat memberi kekuatan kepada anak-anak setelah ketiadaannya nanti.

IKLAN

“Sejak saya didiagnos dengan penyakit kanser saya mula-mula tidak tahu tentang apa masa depan dan arah kesihatan saya. Saya berfikir sementara saya masih ada bersama anak-anak saya mahu mereka buat apa sahaja aktiviti yang mereka suka dan minat. Seterusnya dapat membantu mereka pada satu masa nanti andainya saya sudah tiada.

Walaupun baru setahun lebih dalam dunia komersial, Hadiff aktif mendapat pelbagai tawaran seperti model pakaian, iklan dan lakonan. Antara pencapaiannya ialah terlibat sebagai pelakon Drama Dendam Aurora 2017, Astro Seram Selebriti 2017. Manakala iklan pula ialah Nescafe 2018,Tesco 2018, Wyeth S26 2018 dan Plus Highway 2017. Bagi photoshot majalah pula ialah Ikea 2017Hijrah Couture Syawal 2018, Jovian 2018, Parkson Catwalk 2018 / 2017 dan Maybank Raya 2017.

PERUBAHAN KAREKTOR

Menyentuh mengenai karektor Hadiff setelah memasuki bidang komersial, Wan Musfirah Aimi mendapati karektor anaknya telah berubah kepada seorang yang bersikap mudah mesra dan terbuka.

“Apabila berada dalam bidang ini saya dapati sikap Hadiff lebih terbuka berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini, agak memilih dengan siapa dia mahu berkawan atau bercakap. Namun sekarang dia lebih ramah dan sudah boleh berbicara dengan sesiapa sahaja.

“Juga menjadi lebih berani dan lebih expresif sama seperti yang ditonjolkan oleh abangnya. Bagi Hadiff, abangnya adalah idolanya dan dia mahu jadi setanding dan lebih baik prestasi daripada abangnya. Ini membuatkan sikapnya untuk memajukan diri lebih kuat dan bersaing dengan lebih sihat.

“Sikap dengki dan iri hati langsung tidak wujud kerana kami terapkan bahawa setiap anak-anak punyai keistimewaan yang berbeza-beza dan perlu diasah, digilap  dan bukan untuk dibandingkan atau diperkecilkan. Saya percaya setiap anak harus disayangi dan dipupuk dengan cara tersendiri mengikut karektor masing-masing.

IKLAN

RAJIN BUAT HOMEWORK

Sebagaimana ibubapa yang lain, pastinya ingin memberikan pendidikan yangn terbaik buat anak. Begitulah yang dilakukan oleh ibu Hadiff. Lebih selesa memilih tadika aliran bahasa Cina.

“Sama seperti abangnya, Hadiff yang mudah untuk belajar dan merujuk tentang pelajaran terutama Bahasa Cina. Hadiff suka dan gembira jika hadir ke tadika dan mempunyai sangat ramai kawan-kawan yang kebanyakannya berbangsa Cina dan guru-guru di sekolah amat prihatin terhadap perkembangan pelajar.

“Setiap kali tidak dapat ke sekolah, guru pasti membantunya untuk memahami subjek atau pelajaran yang tertinggal dan memastikan homework tetap dapat disiapkan walaupun tidak bersekolah,”jelas ibu Hadiff

 

Ibu Sakit Kanser Tahap Empat, Salah Satu Sebab Hadiff Ceburi Dunia Lakonan Dalam Usia Kecil. Si Cilik Ini Wajar DiContohi

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI