Bila ibu yang menyusukan terkena chicken pox, adakah penyusuan perlu dihentikan? Jangan silap langkah!

Perkara ini tidak dinafikan banyak berlaku kepada ibu-ibu menyusu dan menimbulkan banyak persoalan. Berikut ialah perkongsian Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Konsultan Laktasi IBCLC yang berkongsi cara perihal chicken pox dan penyusuan susu ibu, risiko serta kesannya kepada bayi.

Ibu Terkena Chicken Pox, Bolehkah Susukan Baby? Ikuti Nasihat Doktor & Pakar Laktasi Ini

IBU MENYUSU TERKENA CHICKEN POX

Menjawab persoalan tentang ibu yang terkena Chicken Pox.

Bolehkah ibu menyusukan anaknya sementara menngambil ubat Acyclovir.

Dan adakah anak berisiko mendapat Chicken pox juga?

Perlukah anak yg menyusu utk dapatkan vaksin chicken pox?

Jawapannya

Ibu yang dijangkiti virus Varicella Zoster yg menyebabkan Chicken Pox dan masih menyusukan baby, boleh teruskan penyusuan ibu. Jika tiada lession di areola atau nipple ibu, boleh teruskan direct BF.

IKLAN

Namun, jika ada lession (vesicles @ gelembung cecair kulit) di areola dan nipple, sebaiknya jangan berikan susu di breast tersebut. Baby boleh berisiko dijangkiti bila menghisap gelembung cecair tersebut dan breastmilk perlu diperah dan dibuang.

Hanya susukan di breast yg tiada lession tersebut. Namun jika baby dah menyusu di breast yg ada lession, ibu jangan panik dan risau kerana jangkitan kepada bayi bukan hanya drpd lession kulit tetapi jangkitan virus ini juga melalui nafas ibu (respiratory droplet).

Jadi sebaiknya ibu amalkan memakai topeng muka semasa menyusukan baby dan ketika bersama baby. Sebenarnya jika chicken pox bila orang dewasa dapat chicken pox, ianya lebih sakit berbanding kanak-kanak yang dijangkiti chicken pox.

JIKA ANAK DIJANGKITI CHICKEN POX

Sekiranya anak dijangkiti chicken pox,anda juga tak perlu panik. Dapatkan rawatan antivirus Acyclovir secepat yg mungkin utk mengelakkan virus merebak dgn agresif. Jika tidak diberikan rawatan Acyclovir pun, ia sejenis penyakit yang SELF RECOVERING dalam 7 – 10 hari.

Ibu Terkena Chicken Pox, Bolehkah Susukan Baby? Ikuti Nasihat Doktor & Pakar Laktasi Ini

ELAKKAN RAMUAN HERBA KAMPUNG

IKLAN

Jika anak mendapat chicken pox, jagalah kebersihan tubuhnya dan boleh mandi macam biasa utk mengelakkan kuman-kuman bakteria lain drpd menghinggapi kawasan kulit yg ada gelembung dan ulcers.

Gunakan calamine lotion utk mengeringkan lession tersebut. Elakkan menyapu kulit dgn ramuan2 herba kampung yg kita sendiri tidak tahu cara pembuatannya yg mungkin tidak sterile yg juga mengandungi kuman.

Saya masih ingat kes seorang anak berumur 12 tahun yg meninggal akibat jangkitan kuman bakteria Streptococcal dan kuman pelik dalam darahnya (saya tak ingat namanya tapi ia sejenis kuman drpd tanah dan air kotor yang sangat jarang berlaku). Nenek pesakit tersebut telah menyapu daun semambu yg kononnya dapat mengubati penyakit Chicken Pox. Pesakit tersebut telah mengalami SEPSIS dan pendarahan dalaman (pulmonary hemorhage) dan komplikasi DIVC yg teruk akibat jangkitan kuman tersebut.

Ketika itu saya mengandung kembar dan oncall. Kami tak dapat memasukkan ETT tube kerana pendarahan teruk keluar drpd rongga nafasnya dan Pakar bius oncall yg intubate patient tersebut. Kami semua berhempas pulas cuba menyelamatkan pesakit tersebut dgn segala jenis ubatan dan kudrat yg ada.

Namun malam itu juga anak tersebut menghembuskan nafas yg terakhir. Kes ini menyebabkan saya mengalami kontraksi pramatang yg teruk sbb mengandung anak kembar. Kes ini buat saya trauma sehingga kini. Jadi ibu bapa janganlah pandai-pandaui utk memberikan ubat-ubatan yang pelik-pelik.

Ibu Terkena Chicken Pox, Bolehkah Susukan Baby? Ikuti Nasihat Doktor & Pakar Laktasi Ini

IKLAN

BOLEH DIRAWAT

Chicken pox sebenarnya boleh dirawat dgn ubat Antivirus dan pemberian ubat ini tidak mengganggu sistem imun anak utk produce antibody. Ubat antivirus ini selamat utk diambil oleh ibu yg menyusukan dan mengandung juga.

Jika anak telah terdedah kpd pesakit Chicken Pox, pemberian vaksin tidak ada benefit sangat (tidak ada kebaikan), sebab vaksin ini menggunakan virus hidup yg hanya akan hasilkan antibodi secara maksima setelah 6 minggu pemberian vaksin dose ke 2.

Ibu Terkena Chicken Pox, Bolehkah Susukan Baby? Ikuti Nasihat Doktor & Pakar Laktasi Ini

PEMBERIAN VAKSIN DIGALAKKAN

Jika parents ingin memberikan vaksin kpd anak2 yg belum terdedah kpd virus ini, amat digalakkan utk mengambilnya. Virus ini juga boleh menyerang otak dan paru2 pesakit (small percentage). Vaksin sebaiknya diberikan 2 dose dan dicucuk melalui dalam lemak bawah kulit (subcutaneous) dan bukan dlm otot macam kebanyakan vaksin.

Jarak antara dos pertama dan kedua sekurang-kuranyanya 6 minggu. Vaksin ini hanya boleh diberikan kpd anak yg berumur setahun ke atas. Kesan sampingan vaksin ini yg biasa ialah demam, ruam2 merah, bengkak di kawasan injection (boleh tuam dgn ais). Namun ramai pesakit saya tiada kesan sampingan berbanding yg ada. Ada 2 jenis vaksin iaitu Varilrix yg saya suggest utk Muslim dan Varivax (pm saya klu nak tahu apa sebenarnya).

Kepada ibu yg menyusukan diharapkan post ini membantu kalian. Terima kasih. Wassalam.

Sumber: Hairin Anisa Tajuddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI