Kanak-kanak memang teruja tengok warna air atau water colour. Sebenarnya anda boleh buat sendiri warna air untuk anak belajar mengenali warna dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat atau mesra kanak-kanak.

Bila bergelar ibu anda memang kena kreatif cari idea untuk buat sendiri benda yang tak dibenarkan untuk kanak-kanak selamat untuk mereka. Apa yang penting ia untuk merangsang otak anak juga.

Idea kreatif Puan Yatie Eimra yang membuat sendiri warna air untuk kegunaan anaknya belajar mampu merangsang anaknya untuk bereksplorasi lebih seronok. Jom ikut cara beliau.

WARNA AIR DIY

Dah beberapa hari Fayyadh mintak ‘nak main color²’. Semalam baru berkesempatan nak buat warna air DIY ni. Dah agak lama juga tak buat aktiviti mewarna gunakan warna air ni. Maklumlah, aktiviti mewarna ni agak messy dan sesuai dijadikan aktiviti sebelum dan masa mandi.

Banyak resipi untuk buat warna air ni sebenarnya, tapi saya suka gunakan resipi ni sebab selain gunakan 4 bahan je, ia selamat digunakan untuk bayi. Kalau ada ibu-ibu yang nak abadikan moment anak membesar, boleh juga gunakan warna ni untuk buat cop tapak tangan bayi.

Bahan-bahan:

Idea Buat Sendiri Warna Air Untuk Anak Belajar Oleh Ibu Ini Patut Dicontohi. Rangsang Otak Anak!

IKLAN

80ml sabun/syampu bayi (sebaik-baiknya warna jernih/putih)

Idea Buat Sendiri Warna Air Untuk Anak Belajar Oleh Ibu Ini Patut Dicontohi. Rangsang Otak Anak!

2½ sudu makan tepung

2 sudu makan air

IKLAN

Pewarna makanan

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali warna.

2. Asingkan sedikit bancuhan tepung untuk setiap warna yang dikehendaki.

IKLAN

Cara penyimpanan:

Jika ada lebihan bancuhan tadi, boleh disimpan di bahagian chiller (tahan beberapa minggu) atau boleh juga difrozenkan (tahan beberapa bulan).

Tip tambahan:

*Jika tiada palet warna, boleh gunakan penutup botol yang dilekatkan dengan double sided tape (elak tumpah).

*Selain membuat cop tangan dan menggunakan berus lukisan, boleh juga gunakan pompom/span/sayur-sayuran sebagai cop.

*Gunakan lapik pinggan (coaster) sebagai alternatif untuk kertas. Selepas bermain, boleh latih anak untuk mencuci lapik pinggan tersebut semasa mandi. Anak-anak akan teruja melihat air berubah warna dan lapik kembali bersih.

Sumber: Yatie Eimra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI