Kadangkala ibu pun kehabisan idea menyediakan menu sarapan untuk anak yang umur setahun ke atas. Ibu sentiasa berusaha menyediakan sarapan untuk anak supaya mereka mendapat khasiat diperlukan sepanjang hari. Walaupun kadangkala kehabisan idea tetapi ia tidak memutuskan niat ibu memberi yang terbaik kepada si manja.

Adakalanya bayi yang genap umur setahun dan semakin aktif dan lasak bermain semakin kurang berselera untuk makan. Jadi, ibu kena kreatif dan bijak memancing selera mereka. Idea resipi sarapan untuk anak berumur setahun ke atas oleh seorang ibu, Herny Hafiz mungkin boleh dijadikan rujukan ibu-ibu lain.

Nak share menu breakfast anak saya masa umur 12-18 bulan.

Selalunya masa serve kat dia saya akan bagi bersama buah-buahan dan telur rebus/cheese.

Bila hidangkan dia saya train untuk makan buah dulu. Untuk breakfast saya utamakan makanan bersumberkan protein dan vegetable tapi takdelah hari-hari ikut.

Makan buah pagi-pagi bagus untuk pelawasan dan juga iron absorption. Contoh buah-buah yang saya selalu bagi masa 1 tahun ke atas semasa breakfast

* tomato
* limau mandarin
* tembikai
* kiwi
* pumpkin pancake

Idea Menu Sarapan Si Manja Setahun Ke Atas

Pumpkin Pancake

Bahan-bahan:
1 cawan labu distimkan
Sebiji telur

Cara membuat:

1.Blenderkan labu yang sudah distim bersama telur.
2.Tuang kan 1 senduk campuran tadi ke atas non stick pan.
3.Bila dah naik sedikit buih alihkan. Apabila dah masak boleh dihidangkan.
4.Boleh dihidangkan bersama madu dan sedikit butter.

Banana Raisin Muffin

Bahan-bahan:
3 biji pisang yang sudah ranum dilecek.
1 biji telur
3 cawan tepung gandum tanpa peluntur
2 sudu kismis organik
Sedikit serbuk penaik dan vanilla esen

Cara membuat:

1.Campur dan pukul semua bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam muffin tray.
2.Bakar di dalam oven dengan suhu 180 celcius selama 20 minit.

Baby Spinach Fritata

Bahan-bahan:
1 genggam baby spinach
1 biji telur
Sedikit unsalted butter

Cara membuat:

1.Pecahkan telur, masukkan baby spinach.
2.Kemudian panaskan unsalted butter di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tadi dan goreng sehingga masak. Kemudian potong-potongkan menjadi finger food.

Corn Pancake

Bahan-bahan:
1/2 cawan isi jagung yg sudah di stim kemudian kisar kasar
3 sudu tepung gandum tanpa peluntur
2 oz air
Sedikit unsalted buttter

Cara membuat:

1.Adunkan semua bahan-bahan. Panaskan butter atas nonstick pan dan masukkan satu senduk adunan tadi. Bila dah naik buih boleh alihkan sehingga pancake masak.

Cheesy Spaghetti

Bahan-bahan:
Spaghetti organik
2 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih
Sedikit herba campuran ( parsley, oregano dan basil)
Sedikit keju blok
2 oz susu segar

Cara membuat:

1.Rebus spaghetti organik (ketepikan).
2.Potong halus bawang putih.
3.Panaskan kuali, tumis bawang putih bersama minyak zaitun.
4.Masukkan spagetti yang sudah direbus. Masukkan keju dan susu. Kacau sehingga sebati. Taburkan mixed herb.

#realkidsrealfood

Sumber: Herny Hafiz

 

Tinggalkan Komen