Hidangan ikan memang bagus untuk membantu perkembangan otak anak. Sebaiknya mula perkenalkan menu ikan seawal usia bayi iaitu bila masuk usia  8 bulan.

Bayi yang makan makanan mengandungi DHA tinggi terbukti mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi dibandingkan yang langsung tidak memakannya.

Jadi, jangan tunggu lama-lama ya ibu. Sebaik bayi masuk usia lapan bulan cepat-cepat sediakan menu ikan untuk hidangan bayi anda.

Tak ada idea nak masak menu ikan untuk si manja anda? Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh ibu ini Puan Herny Hafiz yang mula memperkenalkan ikan kepada bayinya ketika berusia 10 bulan.

Senarai hidangan berasaskan ikan yang saya berikan pada anak (sesuai untuk 12 bulan ke atas)

Baca: Kenapa Ibu Wajib Perkenalkan Ikan Dalam Menu Makanan Bayi? Bagus Untuk Perkembangan Otaknya

IKLAN

Kale Fish Clear Soup

Resipi Berasaskan Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak
Kale fish clear soup

Bahan-bahan:
(Untuk dua kali makan)
1/2 ketul ikan (jenahak atau siakap)
1/2 cawan kale
1/4 cawan kentang
Sedikit daun bawang

1-2 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
1 sudu teh minyak zaitun
2 biji tomato cery di belah dua
Sedikit daun ketumbar.
2 cawan air

Cara menyediakan:Masukkan semua dalam periuk dan rebus
* kalau nak tumis pun boleh

Fish Baby Curry

Resipi Berasaskan Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak
Fish baby curry

Bahan-bahan:
1 sudu teh rempah kari
1 ulas bawang putih
Sedikit bawang merah dihiris halus
Sedikit daun kari
1 – 2 batang bendi
Sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk menumis
2 auns santan
2 cawan air
1 asam keping

IKLAN

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan masukkan rempah bersama air sedikit.
2. Apabila rempah kari dah pecah minyak, masukkan ikan, air, santan dan bendi. Tunggu sehingga semuanya lembut dan cukup rasa.

Sup Ikan

Resipi Berasaskan Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak
Sup ikan

Bahan-bahan:
1/2 ketul ikan (jenahak atau siakap)
Sedikit keledek
Sedikit lobak merah
Air limau nipis
Daun ketumbar
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam
Celery

Cara menyediakan:

IKLAN
  1. Masukkan semua dalam periuk dan rebus

Singgang Ikan Dan Bendi

Resipi Berasaskan Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak
Singgah ikan bendi

Bahan-bahan:
1/2 ketul ikan (saya guna jenahak /siakap)
3 cm kunyit hidup dihiris nipis
Bawang besar
2 batang bendi

Cara menyediakan:
1. Rebuskan semua bersama dua cawan air.

Singgang Ikan

Resipi Berasaskan Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak
Singgang ikan

Bahan-bahan:
1/2 ketul ikan (saya gina jenahak /siakap)
3 cm kunyit hidup dihiris nipis
Bawang besar
2 batang bendi
Serai

Cara menyediakan:
1. Rebuskan semua bersama 2 cawan air.

Sumber: Herny Hafiz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI