Rahsia kejayaan amalan penyusuan susu ibu sangat bergantung kepada persediaan anda. Ini melibatkan pengetahuan dan pengalaman.

Dua faktor ini membantu anda untuk lebih mudah membuat perancangan rapi dan persediaan awal sebelum memulakan penyusuan susu ibu agar lancar dan teratur.

Ramai yang beranggapan penyusuan adalah sesuatu yang semula jadi dan naluri keibuan pasti dapat mengatasinya. Namun, hakikatnya, ramai ibu yang mengambil mudah tentang dua aspek ino sehingga gagal menyusukan anak secara eksklusif dalam enam bulan pertama.

Padahal dalam enam bulan pertama ini, hanya susu ibu sepatutnya diberikan kepada bayi secara eksklusif.

Jom fahami apa yang perlu anda lakukan seawal jam pertama kelahiran bayi agar berupaya untuk menjayakan amalan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya enam bulan dan diteruskan hingga dua tahun atau lebih.

Susukan bayi secepat mungkin

Sebaik-baiknya mulakan penyusuan dalan tempoh sejam pertama selepas kelahiran. Hal ini kerana rooting reflex dan hisapan bayi adalah paling tinggi jangka masa tersebut.

IKLAN

Satu jam pertama kelahiran merupakan waktu paling tenang dan paling peka buat bayi. Inilah waktu terbaik untuk bayi mengenal payudara dan belajar menyusu.

Jika anda letakkan bayi di atas dada anda pada waktu ini, biasanya dia dengan sendirinya akan mencari payudara.

Perasan atau tidak, di payudara anda ada bintil-bintil lemak di kawasan areol. Ia adalah kelenjar montgomery yang menghasilkan bau unik. Itulah bau yang membuatkan bayi kenal dengan payudara ibunya.

Susukan sekerap mungkin

IKLAN

Kebanyakan bayi menghabiskan 60% masanya dengan tidur. Jika bayi tidur, kejut dia untuk menyusu.

Pastikan anda susukan bayi dengan kerap mengikut keperluannya atau jangan melebihi tiga jam setiap sela penyusuan.

Apabila bayi kerap disusukan, lebih banyak hormon prolaktin terhasil dan seterusnya menghasilkan lebih banyak susu ibu.

IKLAN

Jika bayi anda kerap menyusu, jangan merungut, ia merupakan suatu perkara sangat baik. Penuhi permintaannya. Secara tidak langsung, bayi sedang membantu anda menghasilkan susu yang lebih banyak.

Elak beri puting kosong dan botol susu

Pemberian susu ibu melalui botol atau penggunaan puting tiruan di awal kelahiran boleh menyebabkan bayi keliru puting.

Kebanyakan bayi yang dibiasakan dengan cara hisapan menggunakan botol akan menolak jika diberikan susu secara terus ke payudara. Cara hisapan botol lebih mudah dan aliran susunya lebih lancar akan buat bayi selesa dengannya.

Jika perlukan bantuan, gunakan alternatif lain seperti picagari atau feeding cup.

Secara umumnya, anda berkebolehan untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi.

Sebab itu, ilmu tentang penyusuan susu ibu adalah penting. Bila faham, mudahlah untuk anda praktis dengan betul.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI