Apabila anak suka bertanya, jangan rasa terbeban kerana ia petanda anak anda pintar.  Sebagai ibu bapa,  anda hanya perlu sabar untuk memberikan jawapan yang munasabah. menghadapiny. Malah  menurut ahli perkembangan anak, anak yang berusia 2 hingga 4 tahun sedang mengalami pembentukan kemampuan kognitif untuk memahami mengapa sesuatu itu terjadi dan ingin mengetahuinya antara satu sama lain. Dan apabila usia mencapai empat hingga enam tahun, perasaan ingin tahu kanak-kanak semakin meningkat. Mereka sudah mula mahu berfikir dan belajar menerima tentang perkara sekeliling mereka. Justeru, kita perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan anak-anak. Hakikatnya pertanyaan anak ini  petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif anak.

Perkongsian Hazhari Ismail yang merupakan Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Sultan Azlan Shah  dalam Facebooknya mengenai ‘Kanak-kanak dan Perasaan Ingin Tahu’ diharap dapat membantu ibu bapa untuk lebih bersemangat untuk menjawab soalan-soalan anak.

 Minggu lepas saya masuk Taman Agroteknologi MARDI yang terletak di Cameron. Di satu taman antara banyak-banyak taman di dalam itu, saya ‘diganggu’ dengan perbualan si anak dan ayah. Sangat ‘bising’.

“Ini pokok apa?”

“Kenapa kena letak dalam bekas (pasu)?”

“Kenapa pokok ini tajam?”

“Kenapa warna dia merah?”

“Kenapa pokok tu ada di atas? (menjalar)”

Info Ini Penting! Apabila Anak Suka Bertanya Itu Petanda Anak Pintar

Saya mendengar si ayah tabah menjawab segala persoalan si anak. Tanpa lelah. Didukungnya anak menyentuh buah labu air yang menjalar di atas kepala. Disuruhnya anak untuk memegang duri kaktus yang tajam. Ditunjuknya cara untuk menghidu bunga ros yang wangi. Dan si anak tidak berhenti bertanya dan bertanya.

IKLAN

RUPANYA SEJAK BAYI LAGI

Perasaan ingin tahu (curiosity) dalam kalangan kanak-kanak adalah sesuatu perkembangan yang normal. Mereka akan meneroka sekeliling dan mencari jalan tentang bagaimana ia berfungsi. Umum mengetahui manusia mempunyai 5 deria. Melihat, menghidu, menyentuh, mendengar dan merasa – dengan menggunakan organ-organ deria yang tertentu.

Sebab itu, walaupun bayi yang masih belum tahu untuk bercakap jangan dianggap mereka tidak meneroka. Semua deria berperanan untuk membantu proses pembelajaran yang positif.

Jika ada barang di atas lantai, Si bayi akan melihat bola tersebut dengan mata, memegang bola tersebut dengan jari, membunyikan bola jika ada, menghidu bola walaupun tiada bau dan akan memasukkan bola ke dalam mulut untuk merasa.

Ini adalah perkara yang normal. Itu adalah cara bagaimana perasaan ingin tahu seorang bayi akan bertindak.

IBU BAPA PERLU BERI GALAKKAN

Perasaan ingin tahu memberi kesan kepada pencapaian akademik. Ada banyak kajian yang sudah dilakukan. Contohnya, ada satu kajian mengkaji ibu bapa yang sering menggalakkan anaknya bertanya, akan memberi impak yang positif untuk subjek Sains.

IKLAN

Perasaan ingin tahu juga membenarkan kreativiti berlaku. Untuk menyelesaikan sesuatu perkara, banyak persoalan perlu ditanya sebelum mencuba dan mencari jalan penyelesaian. Jika cara A tidak boleh, kita guna cara B atau cara C. Ia bermula dengan sifat ingin tahu yang ada.

Selain itu, ia mampu menambahkan perbendaharaan kata. Walaupun bayi berumur 12 bulan tidak mampu lagi bercakap dengan banyak, tetapi mereka mampu untuk memahami sehingga 60 perkataan! Dalam tempoh sehingga 18 bulan, perkembangan Bahasa berlaku dengan drastik – maka ibu bapa perlu bersedia dengan soalan-soalan yang bakal diberikan.

Persoalan dari kanak-kanak makin lama makin rumit. Bermula dengan bayi yang tidak bercakap. Kemudian, diteruskan dengan soalan yang berbentuk ‘Apa/What’, kemudian ‘Kenapa/Why’, kemudian ‘How/Bagaimana’ dan seterusnya.

Maka, makin banyak mereka bertanya, makin banyak mereka tahu dan belajar – dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik yang didambakan.

Menurut kajian, 4 tahun kanak-kanak boleh menyoal sehingga 437 soalan dalam sehari!

Ibu bapa jangan malas untuk menjawab ya.

IKLAN

Info Ini Penting! Apabila Anak Suka Bertanya Itu Petanda Anak Pintar

Di dalam kelas, saya menunjukkan video gajah kepada anak murid. Kata saya, gajah adalah haiwan darat yang terbesar.

“Teacher, saya tahu haiwan yang lagi besar dari gajah. Titanosaurus.”

“Apa tu? Nak tengok teacher.” jerit rakan sekelas yang lain.

Kadang-kadang, soalan yang diberikan oleh kanak-kanak mencabar pengetahuan sedia ada kita – juga mencabar kesabaran. Cuma, jika kita tidak teruskan perasaan ingin tahu mereka, maka ia akan membunuh semangat dan perasaan tersebut. Maka simple respons yang saya boleh beri ketika itu ialah,

“Boleh tak awak ceritakan kepada kawan-kawan mengenai Titanosaurus?”

Kemudian, dengan teknologi yang ada, saya terus Google Image haiwan tersebut dan kelas menjadi riuh melihat keterujaan mereka melihat haiwan itu.

Info Ini Penting! Apabila Anak Suka Bertanya Itu Petanda Anak Pintar

Jelas, dengan perkongsian ini menunjukkan kanak-kanak suka meneroka apa yang ada dipersekitarannya. Oleh itu, sebagai ibu bapa atau pendidik, kita harus memberi panduan dan jawapan yang dapat merangsang minda anak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI