Solat itu tiang agama. Untuk mendidik anak belajar solat, ibu ayah kena ada tips yang betul. Seawal usia anak 2 tahun dah boleh mula ajar secara perlahan-lahan. Yang penting konsisten, InsyaAllah anak akan rajin bersolat satu hari nanti.

Nabi Muhammad s.a.w menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila dia sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun. Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun, kita kena dedahkan anak dengan amalan solat.

Ini cara yang sebaiknya kita ajar si kecil bersolat seperti dikongsikan oleh seorang ibu yang mengamalkannya. Malah boleh mulakan seawal usia 2 tahun.

1.AMALKAN DOA NABI IBRAHIM A.S

Ibu bapa amat digalakkan amalkan doa Nabi Ibrahim as ini.Seeloknya anak masih dalam kandungan lagi.Agar anak keturunan zuriat kita tak lalai dalam melaksanakan solat ini.

“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du’aa’…..

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

Sangat mustajab doa ini. Muna dah nampak kesan positif pada anak anak.

2.ROLE MODEL

Ibu bapa ibarat cermin kepada anak anak. Tunjukkan kesungguhan kita terhadap solat. Contoh, sentiasa solat awal waktu dan tidak pernah tinggalkan solat. Lama-lama akan jadi ikutan anak anak.

3.TANDA AZAN

10 Tips Didik Anak Belajar Solat. Seawal Usia 2 Tahun Dah Boleh Mula

IKLAN

Setiap kali azan, bagitahu anak bahawa azan tanda kita perlu solat.Lama-kelamaan, anak akan alert nak solat tiap kali dengar azan. Kadang dia sendiri yang ingatkan kita.

4.AJAK SOLAT

 

Selalu ajak anak solat bersama.

“Kakak,dah azan.Jom kita solat sama-sama nak tak?”

Ajakan ini untuk bagi anak rasa diri diperlukan untuk sama-sama solat.Dari situ, baru rasa keseronokkan yang tinggi setiap kali diajak solat.

5.WUDUK BERSAMA

IKLAN

Selepas kita ambil wuduk,ajar anak cara berwuduk.Bila kita latih dia setiap hari, Insyaallah anak akan mampu buat sendiri dengan turutan yang betul.

6.PAKAIAN SOLAT

Ajar anak memakai pakaian solat yang sesuai.Songkok dan baju melayu/jubah utk anak lelaki.Telekung /tudung untuk anak perempuan.

Jika anak tidak mahu pakai,jangan paksa ya.

Ini untuk latih anak agar terbiasa berpakaian bersih dan sopan sewaktu solat.

7.HAMPARKAN SEJADAH

10 Tips Didik Anak Belajar Solat. Seawal Usia 2 Tahun Dah Boleh Mula

IKLAN

Bentangkan sejadah mini untuk anak.Dia guna atau tidak bentangkan saja.

Untuk menarik minat dia agar solat bersama kita.

8.BERMAIN

Jika kita sedang solat,anak bermain-main di atas badan ke,tarik telekung ke,tarik sejadah kita ke,duduk depan kita ke,biarkan.Tunggu dia selesai bermain sebab anak tengah explore apa yang ibu bapa mereka buat.

9.PUJIAN

Berilah anak pujian untuk setiap usaha yang dia lakukan walau hanya solat 1 rakaat sahaja.Pujian sebenarnya memberi kesan motivasi yang sangat besar pada diri anak.Bila mereka termotivasi,dengan sendiri mereka akan solat tanpa disuruh suruh.

10.SABAR

Semua ini mengambil masa.Kita sebagai ibu bapa kena sabar dan istiqamah dalam mendidik anak agar cinta kepada solat.

Jadikanlah rumah kita sebagai sekolah ibadah pertama anak-anak.

Sesungguhnya solat akan mencegah kita dari kemungkaran

Sumber : Muna Masrur

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI