Mungkin ada ibu yang bayinya sudah mula makan makanan pejal keliru bagaimanakah cara untuk siapkan bekal ke rumah pengasuh.

Perkongsian daripada Puan Khalilah Aqilah tentang cara dia menyiapkan bekalan anaknya Nayla, 16 bulan, setiap hari ke rumah pengasuh dari jam 7.45 pagi hingga 6.45 petang boleh dijadikan panduan.

Saya juga memasak untuknya pada hujung minggu tetapi selalu tak sempat nak ambil gambar macam koleksi gambar bekalnya.

Semua makanan anak tidak mengandungi garam, gula, pengawet atau pewarna tiruan. Saya sentiasa cuba untuk memastikan ia segar, bersih dan semuanya natural.

“Keperluan garam bayi sehari adalah kurang daripada 1 g (0.4g sodium) dan kebanyakannya sudah diperoleh dalam susu ibu atau formula. Jadi sebarang garam tambahan hanya akan membebankan buang pinggang si kecil.

Buah pinggangnya mungkin tidak boleh berfungsi dengan betul berikutan lebihan bebanan.

Ia mungkin boleh menjadi punca penyakit buah pinggang dan telah terbukti menyebabkan masalah hipertension bila besar nanti.

Lebihan pengambilan garam semasa kecil turut menyebabkan penyakit seperti osteoporosis, kardiovaskular dan respiratori.”

Tahukah anda kebanyakan real food mempunyai garam (sodium) dan gula semula jadi?

Contoh:

  1. Anda boleh gantikan garam dengan keju, ikan bilis, seleri, bone broth.
  2. Anda boleh gantikan gula dengan madu, kurma, kismis dan kebanyakan buah-buahan.

Cubalah sebaik mungkin untuk masak makanan si manja dan minimakan perasa tiruan untuk memastikan organ dalaman berfungsi lebih lama dengan baik.

Kompilasi bekal Nayla setiap hari ke rumah pengasuh

Semoga panduan penyediaan bekal makanan anak ke rumah pengasuh yang dikongsi ibu ini dapat memberikan idea kepada ibu-ibu lain.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI